Sunday, November 30, 2008

Badrul: Cadangan AMK tidak selesai masalah. - ref malaysiakini

MKINI - Cadangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR untuk membersihkan anasir BN daripada kerajaan di lima negeri Pakatan Rakyat, tidak menyelesaikan masalah birokasi dan kelancaran dalam pentadbiran, kata bekas timbalan ketuanya, Badrul Hisham Baharin.

badrul hisham01"Yang harus dibetulkan adalah sistem itu sendiri. Kalau biarkan sistem yang korup terus berjalan, lantik siapa pun perkara itu akan terus berlaku," kata beliau yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).

Beliau diminta mengulas gesaan AMK supaya kerajaan Pakatan tanpa banyak alasan segera "membersihkan kerajaan negeri daripada anasir BN" dengan segera dan tanpa berdolak-dalik.

Kelmarin, ketuanya Shamsul Iskandar Md Akin berkata, PKR tidak boleh terpukau dan terpedaya dengan pemimpin dan ahli BN yang bertukar kulit semata-mata untuk membolot peluang, tanpa menghayati prinsip, komitmen dan falsafah perjuangan dan yang didukung.

Ditemui Malaysiakini, Badrul yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu berkata, negeri-negeri yang diperintah Pakatan, selepas memperoleh kerajaan besar dalam pilihanraya umum lalu, mendapat "kejutan budaya" dalam menghadapi masalah kelancaran pentadbiran.

Beliau berkata, Pakatan - selepas lapan bulan memerintah - harus 'berhenti sejenak' bagi menilai kembali pendekatan yang diamalkan dan tidak perlu tergesa-gesa mengambil sesuatu tindakan.

Mengakui terdapat sabotaj anasir BN terdiri daripada kakitangan kerajaan di pelbagai sektor dan peringkat, Badrul berkata, tidak semua di antara mereka yang berniat tidak baik.

'Sudah terbiasa'

Sebaliknya, tambah beliau, ada juga di kalangan kelompok itu yang sudah terbiasa dengan budaya kerja lama.

Oleh itu, tambahnya, hanya sistem dan mekanisme pentadbiran yang baik dan telus sahaja yang dapat membentuk mereka supaya turut berfungsi sebagai sebahagian daripada jentera kerajaan.

Sementara itu, ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih Kang berkata, bersetuju dengan saranan Shamsul kelmarin.

Tetapi, katanya, bukan pecat "orang Umno, ganti dengan PKR".

Sebaliknya, tambah beliau, perubahan kakitangan haruslah mengambil kira profesionalisme dan kelayakan individu, bukannya parti politik.

Mengakui terdapat anasir BN di negeri itu, Chang mencadangkan negeri-negeri lain di bawah pemerintahan Pakatan mengadakan perbincangan bulanan seperti yang dianjurkan oleh negeri tersebut.

Chang berkata, negeri Perak yang dikuasai Pakatan dengan majortiti tipis itu, sudah tiga bulan mengamalkan perbincangan sebegitu yang mempertembungkan pemimpin kerajaan dan kakitangan kanan, bertujuan menyampaikan dasar-dasar kepada jentera negeri.

Read more...

Kepala Babi untuk tarik simpati kepada Umno

sykran | ....Maka, teki-teki tujuan dan matlamat kepala dan bangkai babi ini dikirimkan kepada orang Melayu begitu kabur.

Jika diamati kini, kedudukan parti komponen BN yang dikuasai kaum Cina begitu tertekan. MCA, Gerakan dan beberapa pemimpin Cina lain begitu terasing dalam BN kini. Umno yang masih menguasai menduduki carta teratas dalam pilihanraya lalu kini dilihat begitu agreasif untuk bertahan dan memainkan isu bangsa dan kuasa.

Maka tidak hairanlah jika kepala Babi ini dilemparkan sebagai satu ekspresi terhadap apa yang berlaku kini. Siapa jua yang melakukannya, pastilah telah merancang dengan begitu teliti hingga berjaya membuatkan rakyat memahami maksud yang tersirat dengan begitu mudah.

Walau apa juga alasannya, itu bukanlah bentuk yang paling sesuai untuk melampiaskan kemarahan atau rasa tidak puas hati. Malah kejadian itu hanya mewujudkan ketegangan kaum dan juga peringkat kepimpinan.

Kepala Babi ini, dikirimkan pada orang Melayu seolah-olah untuk memberikan petunjuk. Tetapi ingatlah, kita semua mahu negara ini terus melangkah maju, Jadi segala apa yang dilalui selama ini haruslah berpaksikan kesatuan bukannya atas ...read more.

Read more...

Wednesday, November 26, 2008

Ali Rustam lebih sayangkan babi dari rakyat Melaka.

Ali Rustam tak nampak ke rakyat marah tuu.. Ke sibuk dengan Shah Rukh Khan..

manjanik | Berita Harian mengkhabarkan; Kerajaan negeri tidak bercadang menghalang penduduk di sekitar Kuala Sungai Baru, dekat sini, mengadakan demonstrasi setiap hujung minggu sebagai bantahan terhadap tindakan pihak tertentu membuang sisa bangkai babi di kawasan mereka seperti berlaku hujung minggu lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata penduduk di kawasan terbabit boleh membuat bantahan dan menyerahkan memorandum kepadanya, tetapi pada masa sama, mereka wajar membantu polis menangkap pesalah sebenar untuk dihadapkan ke muka pengadilan.

Kenyataan seperti ini adalah kenyataan lepas tangan. Seolah-olah tidak ada apa yang akan diambil tindakan oleh Ali Rustam terhadap bantahan rakyat. Bagi beliau isu kepala babi lebih besar dari isu rakyat tidak mahu babi di situ.

“Terpulanglah kepada penduduk, tetapi jangan hanya marahkan Ketua Menteri, kerajaan negeri, parti dan kerajaan Barisan Nasional, sedangkan penjenayah sebenar yang melakukan kerja terkutuk itu dibiarkan terlepas,” katanya selepas melawat Pusat Zakat Majlis Agama Islam Melaka, di Peringgit, dekat sini, kelmarin..... more.
Pekida ngan Pewaris kena bukak cawangan kat Melaka ni ... .wakakakakak

Sumber - No2umno

Read more...

Tuesday, November 25, 2008

Di larang pakai tudung

http://www.comeo.de/gfx/upload_images/mas03_06_72rgb.jpgSikap ‘Double Standard’ MAS terhadap Islam Amat DiKesali
buletinonline | Sikap ‘Double Standard’ pengurusan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) terhadap perlaksanaan hukum-hukum Islam dalam syarikat penerbangan nasional itu amat dikesali.

MAS bersifat ‘talam dua muka’ dengan ‘mengharamkan’ pemakaian tudung kepala dikalangan kakitangan wanita, namun demikian berupaya pula memberikan khidmat peramugari yang memakai tudung untuk penerbangan Haji.

“Malaysia yang mengaku sebagai sebuah ‘Negara Islam’ sepatutnya mencontohi Penerbangan Antarabangsa Pakistan (PIA) dan Penerbangan DiRaja Brunei (Brunei Royal) yang mewajibkan peramugari memakai tudung,


“namun MAS telah meletakkan peraturan ‘mengharamkan’ peramugarinya memakai tudung sebaliknya boleh pula dilaksanakan untuk beri khidmat kepada bakal-bakal haji yang naik kapalterbang untuk menunaikan fardhu Haji,”kata Pengerusi Lujnah Pendidikan PAS Pusat, Dato’ Abu Bakar Chik.... more.
Hello ... !!!!
Mana Fatwa ... cepat cepat .....

Sumber No2umno

Read more...

Sunday, November 23, 2008

Kes Rogol Kaum Penan : KeADILan tubuh Jawatankuasa

oleh: Masdar R Arifudin

KUALA LUMPUR: KeADILan membentuk Jawatankuasa untuk membantu mangsa rogol Kaum Wanita Penan yang dipimpin oleh Dr Tan Yee Kew.

Pengerusi Perhubungan KeADILan Sarawak Dominique Ng berkata, kes rogol berkenaan amat lambat diselesaikan dan KeADILan mengambil inisiatif menubuhkan Jawatankuasa terbabit bagi memastikan Keadilan pelajar Wanita dan Kaum Penan berkenaan terjamin.

Dr Tan dipilih berdasarkan pengalaman beliau sebagai Menteri Kabinet dan aktivis Masyarakat di samping diri beliau sendiri sebagai seorang wanita yang begitu perihatin dan amat memahami wanita.

Dominique turut mendesak polis agar lebih bertanggungjawab dalam mengendalikan kes itu kerana Kaum Penan adalah kaum yang bersifat pemalu, sensitif serta bahasa yang sukar difahami dan KeADILan bimbang sikap ini dieksploitasi oleh polis dalam keputusan siasatan mereka.

Dominique yang juga Adun Padungan mengulas perkara itu sebagai reaksi kepada kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Ng Yen Yen yang mengatakan kes terbabit telah selesai dan hanya diketahui Disember ini.

Terdahulu, Kes rogol ini mula heboh apabila sebuah badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Bruno Manser Fund (BMF) menyiarkan artikel menyatakan yayasan itu menerima maklumat daripada sumber kaum Penan bahawa wanita muda dan pelajar perempuan kaum Penan dirogol oleh pekerja balak di pedalaman Baram Sarawak.

Kes itu yang dilaporkan kepada pihak polis lebih dua tahun lalu hanya disiasat awal tahun ini.

Sementara itu, Unit Maklumat dan Dokumentasi, Jabatan Kesihatan sarawak mencatatkan peningkatan kes remaja hamil di negeri itu sehingga 2006 sebanyak 3,799 orang dengan remaja termuda berusia 11 tahun.

Sumber Suara keadialan

Read more...

Thursday, November 20, 2008

Tanding Ketua Wanita: Shahrizat perlu berani, Penganalisis - ref malaysiakini

Posted by Skuad Dun Batu Caves

mStar - KUALA LUMPUR:Seperti yang dijangkakan, Naib Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan untuk merebut jawatan nombor satu pergerakan itu biarpun bakal berdepan penyandang Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz pada pemilihan parti Mac depan.

Pengumuman Shahrizat hari ini ditunggutunggu pemerhati politik terutama sekali apabila calon Naib Ketua Wanita Datuk Kamilia Ibrahim, yang merupakan anggota Exco Wanita pusat awala-wal lagi menegaskan untuk bertanding tanpa mengikuti pelan peralihan pada Jun tahun depan.

Dalam kenyataan dua perenggan hari ini, Shahrizat turut menegaskan bahawa Wanita Umno mesti bersatu dalam mengukuhkan parti serta berani membawa perubahan dan pembaharuan.

Kenyataan Shahrizat membawa maksud beliau bersedia untuk 'bertarung' biar apa pun cabaran yang dihadapi.

Penganalisis politik Prof Madya Dr Ahmad Nidzammuddin Sulaiman menganggap tindakan Shahrizat hari ini adalah menyahut seruan akar umbi yang mahukan perubahan dalam kepimpinan pergerakan itu.

"Shahrizat kena kuat dan berani bertanding dengan harapan menang. Saya percaya dalam diam, ada juga bahagian yang menerima Shahrizat dengan mempersoalkan tempoh peralihan tiga bulan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata tidak timbul nanti persoalan tentang perpecahan dalam pergerakan itu.

"Perpecahan tidak akan berlaku tetapi semua itu bergantung juga kepada budi bicara Rafidah dan jika beliau (Rafidah) tetap bertanding, risikonya (perpecahan) tetap ada," katanya.

Beliau berpendapat jalan terbaik bagi mengekalkan perpaduan dalam pergerakan itu ialah Rafidah mengundurkan diri secara sukarela.

Rafidah yang dihubungi Bernama melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) untuk mendapatkan komen mengenai keputusan Shahrizat, menjawab melalui SMS bahawa beliau akan membuat kenyataan esok.

Dr Ahmad Nidzammuddin berkata jumlah pencalonan yang dibuat pada persidangan Bahagian Wanita Umno barubaru ini bukanlah suara sebenar sokongan yang mewakili manamana pihak.

Bagi jawatan Ketua Wanita Umno, Rafidah mendapat 117 pencalonan manakala Shahrizat 73.

Secara automatiknya, Ahmad Nidzammuddin berkata keputusan Shahrizat itu memberikan laluan kepada Kamilia menang tanpa bertanding jawatan Naib Ketua Wanita Umno.

Sementara itu, penganalisis politik Dr Azeem Fazwan Ahmad Farouk berkata keputusan yang dibuat Shahrizat itu berkemungkinan diambil menerusi 'calculated decision' iaitu dengan mengambil kira kebarangkalian menang apabila bertanding nanti.

"Keputusan itu bukan mudah kerana ia perlu mengambil kira persekitaran pada masa kini termasuklah sokongan akar umbi. Pertandingan itu juga menggambarkan bahawa proses demokrasi dalam pergerakan itu berjalan lancar dengan setiap ahli mempunyai hak masingmasing," katanya.

Pensyarah Sains Politik di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata sokongan Wanita Umno Perak semalam yang menyebelahi Shahrizat juga mungkin salah satu kriteria yang diambil bagi Shahrizat membuat keputusan seperti itu.

Mengulas lanjut, beliau berkata sokongan Wanita Perak itu adalah penting berdasarkan sentimen bahawa Rafidah, yang merupakan anggota Parlimen Kuala Kangsar, berasal dari Perak.

"Pada pendapat saya, peluang Shahrizat untuk menang adalah tinggi kerana semua faktor semasa kini menyebelahi beliau," katanya.

Beliau berkata dengan keputusan Shahrizat itu, maka pelan peralihan kuasa yang dipersetujui Exco Wanita Umno sebelum ini berakhir begitu sahaja.

Mengikut pelan peralihan kuasa yang diputuskan pada mesyuarat Exco Wanita Umno pada Ogos lepas, jawatan ketua dan naib ketua pergerakan itu tidak dipertandingkan, dengan Rafidah kekal sebagai ketua dan Shahrizat sebagai naib ketua dan Rafidah akan menyerahkan jawatan nombor satu pergerakan itu kepada Shahrizat pada bulan Jun tahun hadapan.

Minggu lepas Exco pergerakan itu turut mengekalkan keputusan untuk meneruskan pelan peralihan itu. BERNAMA

Read more...

Harga minyak RM1.85?

KUALA LUMPUR - Kerajaan mungkin menurunkan sekali lagi harga minyak sebanyak 15 sen, untuk kali keenam berturut-turut, awal bulan depan.

Pada masa ini, harga minyak RON97 ialah RM2 seliter manakala RON92 dan diesel masing-masing RM1.90.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad berkata, penurunan itu kini dilihat wajar memandangkan minyak dunia kini didagangkan di bawah paras AS$60 setong.

"Saya fikir harga turun lagi. Perbincangan sedang dibuat dengan pelbagai pihak termasuk pengusaha pam minyak.

"Mereka minta jika berlaku penurunan kerajaan perlu menurunkan hanya 10 sen bagi mengelak mereka terpaksa menanggung kerugian 3 sen bagi setiap liter tetapi kerajaan berpendapat 10 sen terlalu rendah,'' katanya di lobi Parlimen semalam.


sumber kosmo

Read more...

Wednesday, November 19, 2008

ISU KHUTBAH SAYA TERUS PANAS !!

Sinar harian melaporkan muka depan dengan tajuk KHUTBAH HENTAM KERAJAAN.
Ramai yang bertanya "Macammana Ust? Terus terang saya katakan saya tak hentam kerajaan. Apa yang saya hentam ialah KEZALIMAN dan KETIDAKADILAN. Ada komen nakal menghentam saya kerana menentang ISA. Saudara harus menyelami penderitaan anak-anak yang bapa ditahan di bawah ISA. Rintihan isteri yang berhempas pulas mengharungi kepayahan tanpa suami.

Ada yang membangkitkan bagaimana pula penjenayah dipenjara. Mereka berbeza dengan tahanan ISA. Mereka telah diberi peluang membela diri.. segala bukti dibongkar di mahkamah. Hakim menjatuhkan hukuman, ada yg 4 tahun ada yang 10 tahun malah ada yang 20 tahun, seumur hidup pun ada.

1. Maknanya mereka mengetahui berapa lama mereka akan duduk dalam jeriji besi. Anak mereka boleh membilang hari, bila bapa bebas tetapi ISA tidak diketahui berapa lama di tahan. Selepas dua tahun sambung lagi 2 tahun sambung lagi 2 tahun sambung lagi 2 tahun.

2. Bila saya ziarah anak dan isteri ISA, mereka mendakwa pertemuan mereka dihadang oleh cermin tebal dan bercakap hanya menggunakan intercom. Tiada sentuhan, belaian yang hanya ada linangan air mata.

3. Isteri penjenayah dipenjara tak diganggu. Apa yg terpaksa mereka hadapi hanyalah tohmahan masyarakat. Tetapi isteri tahanan ISA diganggu oleh manusia yang mengaku SB. Psikologi mereka diganggu, panggilan telefon mengganggu mereka, malah ada rumah tangga mereka hancur akibat gangguan ini.

4. Kak Norlaila (isteri Mat Sah Satray) mendakwa, SB memberi amaran, kalau beliau terus aktif dalam GMI membantu kempen kesedaran mansuh ISA dan membantu kebajikan tahanan, suaminya akan terus merengkok dalam tahanan, dengan tujuan 'padan muka'.

Manusia yang menulis menyokong ISA, anda hanya duduk dalam bilik berhawa dingin tanpa anda mengetahui jerih payah anak dan isteri mereka. Bacalah buku karya isteri-isteri tahanan ISA bertajuk "DUNIA TANPA SUAMI" Selamilah isi hati mereka.

Tambahan pula perjuangan menentang ISA ini tidak boleh dilihat sebagai agenda pembangkang. Ia telah diterima oleh sebahagian rakyat malah yang tak berparti pun sehingga mereka menjadi aktivis Gerakan Mansuh ISA (GMI). Bukan itu sahaja, hari ini parti GERAKAN, MCA, MIC, SAPP juga sedang mendesak supaya ISA ini dikaji semula. Malah Mufti Perlis Sahibus Samahah Dr Asri menolak penggunaan ISA dan minta ISA dihapuskan

Laporan mingguan Malaysia muka 3 pula KHUTBAH: JAIP SIASAT IMAM

Saya sedia memberikan kerjasama. Saya tak bimbang sebab saya hanyalah tunaikan tanggung jawab sebagai pendakwah.

Saya menghormati Jabatan Agama Islam Pahang. Mereka juga bertungkus lumus dalam kerja kerja Islam. Malah semasa JAIP mengambil tindakan terhadap 2000 remaja Islam yang menghadiri pesta muzik dan pesta arak di genting Highland (Keratan akhbar di bawah), beberapa tahun yang lalu, JAIP dibelasah oleh NGO pro Islam Liberal atas tuduhan menceroboh hak asasi manusia, termasuk juga ada ahli parlimen dan menteri membelasah tindakan JAIP, Namun saya dan Pemuda PAS konsisten membela dan mempertahankan JAIP

Dalam buku yang saya baca saya teringat kisah imam Izzuddin Abd. Salam.

Seorang ulama terkenal sezaman dengan Imam Nawawi iaitu Imam Izz Assalam menegur Raja Zahir Baiber pemerintah Memluk di Mesir dalam Khutbah. Belau menegur pemerintah yg ingin menaikkan cukai kerana perbelanjaan tak mencukupi bagi menghadapi perang dengan Monggol. Imam Izzuddin Abd Salam menyebut 'Haram kamu mengutip cukai dari rakyat sebelum kamu jual perhiasan mewah dalam mahligai kamu. Imam Izzudin berkata Jual diri kamu terlebih dahulu sebelum kamu jual rakyat kamu.

Lagi keras peringatan ini daripada khutbah saya dan pemerintah masa tu insaf....

Sebenarnya Mesyuarat Dewan Pemuda PAS bulan Ramadhan yang lalu, kami telah memutuskan untuk mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Masalah umat Islam yang memenuhi premis perjudian semakin membarah, berpeleseran tak solat jumaat dan banyak lagi, semua kesalahan itu disebut dalam enakmen dan hukumannya. Kami melihat kelemahan ini perlu diatasi. Maka kami bersedia untuk bertemu JAIP untuk berbincang.

Maka bila isu khutbah ini berlaku, maka saya melihat mungkin ini hikmah untuk kita duduk semeja Selain bincang isu Khtbah saya, memorandum itu juga akan saya ajukan dan kita boleh berbincang.

Ada beberpa tuduhan dalam komen pengunjung blog Pahang Daily.. saya akan jawab Insya Allah.

Sumber najwasuhaimi

Read more...

Wednesday, November 12, 2008

Harga minyak : Pro dan kontra

kereta buruk | ...Kerajaan Pak Lah cukup efisien menaikkan dengan tidak efisiennya menangani kesan-kesan dari kenaikan minyak itu terhadap ekonomi negara. Perlu ingat kesan berantai yang mana kenaikan harga barangan yang kononnya dikawal setiap musim perayaan dan ditambah lagi kesan kos operasi seperti contoh khusus untuk penternak ayam. Kesan berantai juga berlaku ke atas caj perkhidmatan dan dikenakan lagi caj tambahan termasuk tambang bas, teksi, upah itu upah ini dan sebagainya lagi.
Apakah kerajaan Pak Lah kerajaan Umno-Bn ini buka mata dan prihatin dengan kehidupan rakyat yang semakin menyempit.

Fakta yang pro nya tidak nampak dan mudah kita mengatakan kerajaan BN dan UMNO sedang merompak hak dan wang rakyat dengan cara mencagar dan mengambil subsidi yang sepatutnya dinikmati setiap rakyat warganegara Malaysia. Fakta yang kontra pula cukup jelas dan nyata kenaikan yang mendadak adalah keputusan yang tidak betul dan gila. Sebab itu juga persoalan kenapa Pak Lah tukar portfolio kemeterian dengan Najib tempohari. Tambah-tambah lagi Pak Lah pernah gagal dalam bidang ekonomi semasa pengajiannya di Universiti dulu. Pak Lah kurang clean dan kurang bijak membuat keputusan kenaikan minyak kerana keputusan mutlak adalah di tangan Mr PM.

Di kebelakangan hari ini penurunan yang dijangka dan dibayangkan mcm Pak Shahrir cakap telah menampakkan kerakusan dan ketamakan pemimipin kalangan UMNO dan BN sebenarnya. Kalau jujur dan amanah dalam menjaga kepentingan rakyat dan negara pasti BN dan UMNO tidak ditolak oleh rakyat seperti hingga ke hari ini. 51 tahun memerintah negara yang penuh aman ini tetapi sekarang ia agak terlalu jauh dari Singapura yang pernah menjadi sebahagian (UMNO lah yang menjual dan melepaskan kepada PAP sial)dan agak jauh dari Vietnam yang stabil dan progresif ekonominya.... selanjutnya.

Read more...

Tuesday, November 11, 2008

Lewat diterima, Dewan Rakyat tolak usul Kit Siang, Karpal - ref malaysiakini

KUALA LUMPUR: Gara-gara lewat dihantar, notis usul yang dikemukakan dua Ahli Parlimen DAP, Karpal Singh dan Lim Kit Siang semalam gagal dikemukakan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini apabila ia ditolak kerana ada notis usul lain dikemukakan lebih awal daripada itu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika menjelaskan perkara itu berkata keduadua usul itu ditolak berdasarkan Peraturan Mesyuarat 18(5), di mana apabila Speaker menerima lebih daripada satu usul pada sesuatu hari, usul yang akan ditimbangkan ialah notis usul yang terdahulu diterima.

"Maka notis usul yang dihantar terkemudian akan ditolak melalui Peraturan Mesyuarat 18(5)," katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab pertanyaan Karpal Singh yang meminta penjelasan mengapa usul yang dikemukakannya tidak diterima.

Karpal semalam mengemukakan notis usul membincangkan isu kenyataan mengenai rasuah yang dibuat oleh Ketua Hakim Negara Tan Sri Zaki Tun Azmi, manakala Lim mengemukakan notis usul bagi mendesak Kabinet mengenepikan keputusan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi membebaskan editor laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin daripada tahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Pandikar Amin berkata berdasarkan amalan lazim, apabila usul itu ditolak mengikut Peraturan Mesyuarat 18(5), Anggota Parlimen yang mengemukakan usul berkenaan boleh mengemukakan semula usul sama untuk dipertimbangkan.

Terdahulu, Pandikar Amin turut menolak satu lagi usul yang dikemukakan wakil pembangkang, Dr. Mohd. Hayati Othman (PAS-Pendang) bagi membincangkan isu keretakan dan keselamatan Hospital Queen Elizabeth (HQE) di Kota Kinabalu, Sabah atas alasan ia tidak perlu disegerakan.

Pandikar Amin berkata, usul itu ditolak memandangkan Kementerian Kesihatan telah pun mengambil langkah sewajarnya untuk mengatasi masalah berkenaan.

Hospital Queen Elizabeth ditutup buat sementara waktu sejak Oktober lepas berikutan struktur bangunannya yang tidak selamat untuk digunakan setelah beberapa keretakan dikesan pada bangunannya.

Ekoran itu beberapa blok utama HQE dikosongkan dan pesakitpesakit turut dipindahkan ke hospital berdekatan secara berperingkat. - mStar

Read more...

Monday, November 10, 2008

Harga petrol wajar bawah RM1.62 seliter

KUALA LUMPUR – Kerajaan wajar menurunkan harga minyak petrol ke paras RM1.62 seliter berikutan trend penurunan harga minyak dunia semasa yang kini berada pada paras AS$64.10 setong.

Harga itu berdasarkan jangkaan Pensyarah Ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Abdul Rahim Anuar ketika diminta mengulas kewajaran paras harga petrol semasa jika mengikut pasaran minyak global terkini.

Namun kata Abdul Rahim, beliau yakin kerajaan mampu untuk menurunkan harga minyak pada paras yang lebih rendah..

Menurut beliau, ia tidak mustahil untuk dilaksanakan kerana ketika harga minyak petrol dijual pada harga RM1.92 seliter sebelum ini, harga minyak di pasaran dunia adalah sekitar AS$78 setong.

“Jika diikutkan, kerajaan mampu turunkan harga petrol lebih rendah daripada RM1.92 seliter kerana harga minyak di pasaran dunia dijangka turun lagi,’’ katanya.


Sumber - Kosmo

Read more...

Friday, November 7, 2008

Kes liwat Anwar kekal di mahkamah sesyen ~ Ref Malaysiakini

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memutuskan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh didengar di mahkamah yang sama.

Keputusan itu diambil selepas ketua pembangkang dan penasihat PKR itu membantah kesnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

anwar sodomy 2 trial session court 100908 07Pada 10 September lalu, hari kes itu disebut, peguam mantan timbalan perdana menteri itu membantah permohonan pendakwaraya untuk memindahkan kes tersebut.

Peguam utamanya Sulaiman Abdullah berkata, mahkamah sesyen memenuhi semua keperluan untuk terus mendengar kes tersebut dan menegaskan bahawa hakim SM Komathy Suppiah layak mendengarnya.

Pada 7 Ogos lalu, Anwar mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau dituduh melakukan kesalahan tersebut pada petang 26 Jun lalu di sebuah bilik di Desa Damansara Condominium, Bukit Damansara.

Jika disabitkan kesalahan bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, Anwar boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP