Wednesday, February 25, 2009

Terima kaseh .... badak !

Hari ni rakyat Malaysia di terkejut berukkan oleh kenaikan harga tol yang mencecah 50 ke 68 sen.

Tarikh nafas ... istighfar dan baca berita bawah ini.

KUALA LUMPUR: Kadar tol di lima lebuh raya akan dinaikkan di antara 68 sen hingga 50 sen berkuatkuasa 1 Mac ini selaras dengan terma perjanjian konsesi yang ditandatangani antara pihak kerajaan dan pemegang konsesi lebuh raya.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, berkata kenaikan kadar tolitu membabitkan Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur(Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

"Bagi Plus, kadar kenaikan tol untuk sistem kutipan tol tertutup Plus( Lebuhraya E1 dan E2) akan dinaikkan sebanyak 0.68 sen sekilometer bagi kenderaan Kelas 1, bagaimanapun kenaikan itu tidak membabitkan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Tambak Johor dan Bangunan Sultan Iskandar," katanya pada sidang akhbar di kementeriannya di sini hari ini. [read more]
Wakakaka !! ... Hoi orang tak naik gaji, ekonomi menjunam teruk, kerajaan nak naikkan harga toll ! Aku baru start kerja nak tampung susu anak ... korang ni tak der akai ka?

Ellleehhhhh !! ... peduli apa, kalau tol naik pun apa rakyat Malaysia boleh buat? Hari ni marah ... seminggu lepas tu masing masing buat tak tau ... wakakakak !! Panas sekejap je... !

Tapi untung la .. calun calun Pakatan rakyat yang bakal tanding kat Bukit Selambau, Gantang dan Batang Ai ... korang ni untung. Ada aje modal nak berkempen.

Hai badak badak ... ngamuk biar la kat hutan. Ni sampai ke jalan apehal?

aku cempuri daripada notoumno

Read more...

Kadar tol 5 lebuhraya naik 1 Mac

KUALA LUMPUR: Kadar tol di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus), Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE) akan dinaikkan bermula 1 Mac ini.

Demikian diumumkan Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Mohamad Zin Mohamad.

p/s : komen akulah, BN masih belum menyedari salah satu factor kekalahannya di selangor,,, atau mungkin diaorang tahu tapi buat tak tahu .... nampaknya PRU13 nie aku undi PAS or PKR lagi ...

Read more...

Isu kereta dan lembu: Sultan Selangor terima penjelasan MB

Mohd Khalil Abdullah

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Hrkh) - "Tiada bantahan menggunakan kereta peribadi...lembu korban sebagai usaha kebajikan."

Demikian kenyataan yang dikemukakan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung titah pendirian Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kepadanya semalam.

Menurut Khalid, baginda Sultan Selangor tidak mempunyai halangan dan membantah penggunaan kenderaan peribadi sebagai kenderaan rasmi asalkan segala prosedur undang-undang dipatuhi.

"Tuanku Sultan Selangor telah menyatakan pendirian untuk tidak membantah penggunaan kereta peribadi sebagai kenderaan rasmi jika semua prosedur dipatuhi.

"Berkenaan isu derma lembu korban pula,Tuanku Sultan tiadak ada apa-apa halangan terhadap usaha sedekah,malah menggalakkan segala usaha kebajikan ini diteruskan dan dipanjangkan kepada kawasan Kuala Lumpur termasuk Bandar Tun Razak,"jelas Khalid dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily lewat malam tadi.

Tambahnya, baginda bertitah demikian sewaktu beliau mengadap Tuanku Sultan semalam di Istana Mestika,Shah Alam untuk memberikan taklimat tentang hal ehwal pentadbiran kerajaan negeri termasuk mengenai segala tohmahan mengenai derma lembu korban dan tuntutan penyelenggaraan kereta persendirian.

Sementara itu, Khalid yang turut mengulas isu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut memaklumkan kepada Harakahdaily bahawa, beliau akan menulis surat kepada suruhanjaya tersebut bagi mendapatkan penjelasan mengenai kenyataan Pengerusinya baru-baru ini.

Selain itu tambahnya, "satu proses undang-undang akan diambil terhadap Pengerusi Gerak atas segala tohmahan salahguna kuasa seperti yang disiarkan dalam media sebelum ini."

"Setiap keputusan kerajaan negeri adalah berlandaskan undang-undang dan mengutamakan kepentingan rakyat secara keseluruhannya,"tegasnya. - mks.

sumber - Harakahdaily

Read more...

Tuesday, February 17, 2009

Tutup Plaza Tol PJS 2 tidak adil, kata penduduk


PETALING JAYA, 16 Feb (Hrkh) - Penduduk sekitar Kampung Medan tetap akan melakukan demonstrasi kerana kurang puas hati dengan tindakan kerajaan yang hanya menutup Plaza Tol PJS 2 menghala ke Kuala Lumpur sedangkan laluan menghala ke Petaling Jaya tetap dikutip oleh Lebuh Raya Pantai Baru (NPE).

Pada Jumaat, 13 Februari lalu, kerajaan BN telah memutuskan menutup Plaza Tol PJS 2 di NPE berhampiran Kampung Dato' Harun dengan tujuan meringankan pengguna terutama mereka yang tinggal di sekitar kawasan tersebut.

Bagaimanapun, penutupan tol di sebelah jalan sahaja tidak memberi faedah kepada penduduk kerana mereka terpaksa juga membayar tol di Plaza menuju ke Petaling Jaya.

Sehubungan itu, lebih 300 penduduk berdemonstrasi di jalan utama berhampiran Plaza Tol mendesak kerajaan supaya menutup Plaza tol di kedua-dua jalan raya.

Dalam demonstrasi tersebut mereka membawa banner bertulis 'Hapuskan tol, selamatkan duit rakyat'; 'Tol Umno masuk'; 'Tol beban rakyat'; 'Hapuskan Tol BN tipu rakyat', 'Tol membawa padah' dan sebagainya.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kampung Medan, Arifin Mahyuddin menegaskan, penduduk tetap tidak berpuas hati kerana masih lagi membayar tol sebanyak RM1.60 untuk ke Kampung Medan.

"Kita kecewa dengan sikap dan keputusan menteri yang hadir pada hari Jumaat lalu, kerana tol yang dimansuhkan hanya jalan ke Kuala Lumpur," tegasnya.

Menurut beliau, penduduk akan terus berdemonstrasi sehingga tol jalan ke Petaling Jaya dimansuhkan.

Beliau berkata, sepatutnya tol tidak perlu tetapi jalan lama yang sedia ada perlu dilebarkan.

Sebelum tol diwujudkan penduduk Kampung Medan telah membantah tindakan pihak kerajaan yang akan mewujudkan tol, katanya.

Seorang penduduk Kampung Medan, Rosli Baharudin tetap akan meneruskan bantahan kerana tol yang dimansuhkan hanya jalan menghala ke Kuala Lumpur.

"Kami mengharapkan kerajaan lebih prihatin kepada penduduk Taman Medan dan penutupan plaza tol itu sepatutnya di lakukan di kedua-dua hala," tegasnya.

Beliau berkata, jika menteri terbabit mengatakan penutupan tol itu untuk kepentingan penduduk Taman Medan, tol yang ditutup menghala ke Subang bukan menghala ke Kuala Lumpur.

Ini kerana katanya, laluan ke Kuala Lumpur itu tidak digunakan oleh penduduk di Taman Medan.

Sebagai wakil penduduk beliau mendesak supaya kerajaan Pusat lebih prihatin akan nasib penduduk Kampung Medan. - lanh _

Read more...

Wednesday, February 11, 2009

Sentuhan gay durjana

Oleh Mohamad Hussin dan Mohd Firdaus Ibrahim

mohamad@hmetro.com.my

AYER HITAM: Awas lelaki kacak berharta dan kedudukan tinggi kerana anda mungkin diperhatikan lelaki gila seks songsang yang menggunakan ilmu pukau untuk menjalinkan hubungan cinta sejenis dan mengikis harta anda.

Lelaki berusia 30-an itu dikatakan memiliki kebolehan luar biasa dengan hanya menyentuh bahu mangsa ketika berselisih di tempat awam untuk menjadikan mereka tempat melampiaskan nafsu songsangnya.

Sihirnya dapat mematikan nafsu mangsa terhadap wanita, termasuk isteri supaya dapat dijadikan kekasih sejenis.

Selepas beberapa bulan menjalin hubungan intim, kesempatan itu digunakannya untuk mengikis harta mangsa, termasuk tanah bagi membuktikan keutuhan percintaan mereka selain wang perbelanjaan setiap bulan.

Terbaru, seorang lelaki yang hanya ingin dikenali sebagai Murad, 40-an menjadi mangsa lelaki bernafsu syaitan terbabit.

Menurutnya, sebaik bersentuhan bahu di sebuah pasar raya dalam kejadian setahun lalu, dia terpukau dan mula terpikat kepada lelaki itu biarpun menyedari kaum sejenis.

“Ketika itu, perasaan ingin mengenalinya amat tinggi. Sebaik disapa, saya terus menjadi selesa dengannya biarpun baru mengenalinya.

“Setahu saya sebelum ini saya seorang yang agak pendiam dan jarang bertegur sapa dengan sesiapa, terutama individu tidak dikenali,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Selepas beberapa bulan mengenali lelaki terbabit, Murad dipelawa ke rumahnya untuk berbual kosong.

Dia hanya menuruti permintaan itu tanpa berfikir panjang dan akhirnya terjerumus ke lembah kehinaan.

Malah, kata mangsa, dia langsung tidak mempedulikan perbuatannya menyalahi ajaran agama.

“Sejak hari itu, saya mula diperlakukan seperti kekasihnya dan terpaksa melayani nafsu buasnya.

“Peliknya, nafsu saya terhadap isteri dan perasaan sayang kepada keluarga, termasuk ketiga-tiga anak saya sudah hilang. Apa yang ada dalam fikiran saya hanyalah lelaki itu,” katanya yang mendedahkan perkara itu bagi mengelakkan kejadian sama menimpa orang lain.

Murad berkata, akibat terlalu mencintai lelaki itu, dia sanggup memberikan beberapa hektar tanah sebagai hadiah selain wang saku RM2,000 sebulan.

Lebih dikesalinya, dia pernah menghalau isteri dan anak keluar rumah semata-mata untuk melayan nafsu lelaki berkenaan.

“Mana tidaknya, setiap kali melihat dia, gelora nafsu saya tidak mampu bertahan dan keinginan melakukan hubungan songsang dengannya makin menjadi-jadi.

“Namun, dengan bantuan ahli keluarga akhirnya saya pergi mendapatkan rawatan tradisional dan bersyukur kerana sudah sembuh daripada ‘penyakit’ itu,” katanya.

Kini dia sedang berusaha menyelamatkan rumah tangganya daripada kehancuran dan menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila terserempak dengan orang yang tidak dikenali.

Pengamal perubatan tradisional, Fadzil Othman, 46, berkata mangsa sebenarnya disihir lelaki terbabit.

“Dia turut diberi makan benda kotor yang dijampi bagi mematikan nafsunya terhadap isteri. Ini bukan kejadian pertama, saya sudah mengubati lebih 10 pesakit seumpama itu dan bersyukur kerana berjaya membantu mereka,” katanya.

Menurut Fadzil, perbuatan sihir itu mampu dihindari jika orang ramai tidak meninggalkan Rukun Islam selain mempunyai pendinding ketika meninggalkan rumah.

“Antara amalan yang boleh dijadikan sebagai pendinding adalah berwuduk selain mengamalkan ayat Kursi,” katanya.

Sementara itu, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria ketika dihubungi berkata, perbuatan segelintir individu mengamalkan sihir bagi mendapatkan habuan haram di sisi agama.

“Tidak kiralah apapun tujuan penggunaannya ia tetap sesat. Mana tidaknya, sihir itu sendiri digunakan untuk tujuan salah semata-mata memerangkap mangsa bagi mendapatkan keuntungan sendiri.

“Orang ramai perlu meningkatkan keimanan selain tidak meninggalkan rukun Islam bagi mengelakkan diri daripada terkena sihir itu,” katanya.

Read more...

Tuesday, February 10, 2009

Mohammad Nizar dihalang ‘lapor diri ke pejabat MB’

MOHAMMAD Nizar dihalang daripada memasuki bangunan SUK di Ipoh semalam.

IPOH – Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang enggan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak dihalang daripada memasuki bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini semasa beliau cuba ‘melapor diri untuk bekerja’ pagi semalam.

Mohammad Nizar bersama-sama bekas Exco kerajaan negeri daripada Pakatan Rakyat, termasuk Datuk Ngeh Koo Ham daripada DAP, tiba dengan beberapa buah kereta pada pukul 11 pagi dan disambut oleh kira-kira 40 penyokong.

Bagaimanapun, semasa mereka tiba di pintu utama, polis menghalang mereka daripada masuk.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias kemudian menasihatkan Mohammad Nizar dan kumpulan supaya bersurai kerana kehadiran mereka menyebabkan kesesakan trafik.

“Saya minta Datuk Seri (Mohammad Nizar) dan penyokong agar beri kerjasama kepada pihak polis dengan segera beredar dari sini dan tidak menimbulkan kekecohan mahupun menghalang lalu lintas,” beritahu Azisman kepada Mohammad Nizar.


Read more...

Monday, February 9, 2009

Arrest warrant for Changkat Jering rep ~ Ref MalaysiaKini

The Ipoh Magistrate's Court this morning issued a warrant of arrest against Changkat Jering representative Mohd Osman Mohd Jailu for failing to turn up for his corruption trial.


Read more...

Perang Besar, Hanya 6 exco angkat sumpah ?

IPOH , 10 Feb :-Berita sedang bertiup Kencang di Istana Bukit Candan bahawa hanya 6 orang sahaja yang akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis mesyuarat Kerajaan Negeri (AMMK) pada pagi.

Pada jangkaan saya yang akan mengangkat sumpah pada pagi ini termasuk berita yang sedang diperkatakan di Kuala Kangsar 6 borang yang akan angkat sumpah ialah :-

1. Manong- Ramly Zahari
2. Sungai Rapat - Hamidah Osman
3. Cenderiang - Mah Hon San
4. Kota Tampan - Shaarani bin Mohamad
5. Sungai Manik - Zainol Fadzi Paharudin
6. Kamunting - Mohamed Zahir Khalid

Setakat ini hampir pasti dan akan menjadi kenyataan 3 orang yang melompat tidak temasuk dalam senarai yang akan dilantik menjadi Exco.

sumber - cina islam

Read more...

Kenyataan Balas AMK Terhadap YB Karpal Singh

daripada Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

8 Februari 2009

Kenyataan Balas AMK Terhadap Karpal Singh

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin memberi kenyataan balas ke atas apa yang telah dibangkitkan oleh Pengerusi DAP, YB Karpal Singh di dalam kenyataannya hari ini.

Karpal dilaporkan menggesa Ketua Umum KeADILan yang juga Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya berhenti daripada memimpin ikatan pembangkang berikutan Datuk Seri Anwar dilihat sebagai bertanggungjawab mencetuskan budaya melompat parti selain menjejaskan ‘keharmonian’ dalam Pakatan Rakyat.

AMK berpendapat bahawa sandaran fakta yang dinyatakan oleh Karpal adalah sangat samar dan tidak mengambil kira beberapa fakta penting di dalam kronologi kes yang berlaku seusai Pilihanraya Umum Ke-12 pada 8 Mac 2008. Pendedahan yang dibuat oleh Saudara Fauzi Muda, Ketua KeADILan Bahagian Ipoh Barat bahawa ada usaha untuk membeli beberapa ADUN Pakatan Rakyat di Perak untuk menyertai BN dengan wang puluhan juta ringgit membuktikan bahawa usaha lompat parti ini dicetuskan dengan jijik oleh Umno-BN di bawah kepimpinan Najib Tun Razak. [Read More]

Read more...

Sunday, February 8, 2009

Ustaz Roslan kembali ke rahmatullah.....

Al- Fatihah...


MP Bukit Gantang Ustaz Roslam Shahrum kembali ke rahmatullah akibat serangan jantung di Hospital Batu Gajah. Mummy sekeluarga mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga allahyarham Ustaz Roslan semoga tabah menghadapinya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Read more...

30,000 lebih banjiri kediaman MB. -ref malaysiakini

cina islam

IPOH, 8 Feb : Walaupun mendapat kawalan yang ketat dari pasukan keselamatan, namun kehadiran penyokong Pakatan Rakyat ke majlis ceramah mempertahankan Kerajaan pakatan Rakyat Perak mendapat sambutan lebih 30,000 orang.

Sejak jam 6.00 petang saya mendapat maklumat mengenai semua jalan menuju jalan ke Kediaman MB di larang kenderaan menuju kesana. Mereka diarahkan berjalan kaki ke kediaman.
Bersama ini saya paparkan koleksi gambar yang diambil untuk tatapan pengunjung blog cina islam.




















Read more...

Family being threatened, V Arumugam quits


Tukar Tiub has confirmed Malaysiakini's suspicision that PKR's V Arumugam has decided to relinquish his state assembly seat of Bukit Selambau following personal and family threats by the Barisan Nasional camp.

A by-election will be held in the next 60 days.

This has confirmed suspicions by certain quarters, that Barisan Nasional, led by Big Mama Najib intends to regain the state with crossovers, trying to repeat their pirate success in Perak. Currently in Kedah, the Pakatan Rakyat has 21 of 37 state seats.

In Perak, Najib's proxies including Hamzah Zainuddin and Kenneth Eswaran are believed to be responsible on offering monies to the "renegade three" to crossover to Barisan Nasional. [read more]

Read more...

Bila bukan Islam lebih bermaruah

[...] Terkini, kami mendapat maklumat dari Kedah Darul Aman yang mengatakan seorang Exco Kerajaan Negeri iaitu YB Arumugan a/l Vengatarakoo, iaitu ADUN Bukit Silambau (foto) dari PKR telah meletakkan jawatannya malam tadi. Ini berikutan beliau tidak tahan lagi dengan tekanan dan ugutan supaya beliau melompat parti. Akibat bimbang dengan keselamatan keluarganya, maka beliau terpaksa mengundur diri dan meletakkan jawatan secara terhormat.

Perkara ini telah disahkan. Ini bermakna satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan iaitu di kerusi DUN Bukit Selambau Kedah dalam masa terdekat ini. Tahniah kita ucapkan kepada YB Arumugan, biarpun beliau bukan beragama Islam namun atas dasar maruah dan harga diri serta tidak mahu mengecewakan para penyokongnya beliau lebih rela mengambil keputusan berundur dari menerima habuan "rasuah" dari puak-puak UMNO. Berbeza sekali dengan tiga ADUN PKR di Perak yang kononnya beragama Islam, namun sebenarnya mereka tiada maruah dan harga diri serta lebih rela dijual beli tanpa memikirkan impaknya di kemudian hari nanti. [read more]

Read more...

Saturday, February 7, 2009

Sultan boleh disaman - Mahathir

KUALA LUMPUR: Undang-undang membolehkan seseorang Sultan untuk dibawa ke mahkamah, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

"Dari segi etika, ia tidak baik tetapi dari segi perundangan, tiada siapa yang boleh dihalang daripada menyaman (Sultan)... ini undang-undang," katanya.

Berhubung soalan sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) sewajarnya telah dibubarkan, bekas Presiden umno itu memberitahu, DUN Perak seharusnya telah bertemu dan memutuskan undi tidak percaya ke atas Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kerana ia satu-satunya cara untuk menjatuhkan kerajaan negeri pimpinannya.

"Bagaimanapun jika Menteri Besar (Nizar) enggan mengadakan sidang DUN, tiada siapa yang boleh memaksa beliau," katanya. [read more]

Read more...

Friday, February 6, 2009

Beruk dan Siamang berebut jawatan EXCO

IPOH: Kerajaan baru negeri Perak di bawah Barisan Nasional (BN) telah menjadi kenyataan berikutan majlis angkat sumpah Menteri Besar yang baru, Datuk Dr. Zamry Abdul Kadir, yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Pangkor.

BN Perak dijangka bermesyuarat hari ini untuk membincangkan formula bagi barisan Exco barunya yang akan mengangkat sumpah Selasa ini.

Bagaimanapun, tumpuan kini lebih kepada siapa yang akan mengisi jawatan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (Exco), dan bagaimana untuk menentukan kedudukan wakil-wakil parti komponen BN.

Di bawah kerajaan BN terdahulu iaitu sebelum Pilihan Raya Umum 8 Mac tahun lepas, sekurangkurangnya empat Exco akan diisi oleh ADUN MCA, Gerakan dan MIC iaitu dua daripada MCA dan masing-masing satu daripada Gerakan dan MIC.

Dalam keadaan sekarang dengan wakil BN dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), 27 daripada 28 ADUN adalah daripada Umno dan satu daripada MCA, orang ramai pasti melihat kepada ketidakseimbangan dalam barisan Exco berdasarkan wakil parti komponen.

ADUN MCA adalah Dr. Mah Hang Soon (Chenderiang), yang merupakan Timbalan Ketua Pemuda kebangsaan parti itu.

Secara teori, ia nampak mudah kerana jawatan itu hanya boleh diisi oleh 28 ADUN BN, bagaimanapun realiti politik menjadikannya sesuatu yang sukar.

Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn yang juga Pengerusi Gerakan Perak kecewa apabila parti itu tidak mempunyai wakil untuk dicadangkan bagi jawatan Exco setelah semua empat calon parti itu yang bertanding di kawasan Canning, Aulong, Sepetang dan Jalong kalah pada pilihan raya umum lalu.

MIC turut mengalami nasib yang sama apabila kalah di semua empat kawasan DUN yang mereka tandingi iaitu Sungkai, Hutan Melintang, Behrang dan Pasir Panjang.

Sumber dalaman parti memberitahu Bernama bahawa salah satu pilihan yang boleh dilakukan ialah dengan melantik wakil kepada kerajaan negeri yang setaraf dengan Exco kerana Perlembagaan negeri hanya membenarkan jawatan Exco diisi oleh ADUN.

Oleh itu, kemungkinan besar barisan Exco Perak yang baru akan menyerupai komposisi Exco negeri Terengganu sekarang di mana hanya seorang wakil bukan Melayu iaitu Toh Chin Yaw, ADUN Bandar yang dilantik sebagai Exco.

"Di Terengganu, majoriti penduduknya adalah Melayu. Ia boleh dikatakan negeri orang Melayu dan komposisinya sesuai.

"Bagaimanapun, di Perak keadaannya berbeza dengan komposisinya berlainan sama sekali," kata pemimpin akar umbi MIC itu.

Beliau berkata, jika formula Terengganu dilaksanakan di Perak, parti komponen BN perlu bersedia untuk menerima tuduhan oleh Pakatan Rakyat bahawa kerajaan negeri mereka sebelum ini mempunyai perwakilan yang lebih baik.

Bagi bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali, beliau berpendapat ada dua cara yang boleh dipertimbangkan oleh Menteri Besar yang baru untuk mengatasi masalah itu.

Salah satu caranya, beliau mencadangkan supaya melantik wakil daripada komponen parti BN selain Umno untuk mengisi jawatan Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri yang tidak memerlukan pemegang jawatan terdiri daripada ADUN.

Kerajaan negeri BN juga boleh melantik dua wakil daripada parti komponen BN selain daripada Umno untuk menjadi anggota Dewan Negara supaya dapat mewakili suara rakyat Perak daripada pelbagai kaum.

Semua negeri diperuntukkan untuk memilih dua wakil ke Dewan Negara, dan secara tradisinya Perak diwakili oleh calon Umno dan MCA.

"Tetapi dalam kes ini, peruntukan itu boleh diberi pertimbangan," katanya kepada Bernama di sini.

Kerajaan negeri BN Perak yang baru ditubuhkan hari ini mempunyai 27 ADUN Umno dan seorang MCA, dan disokong tiga calon bebas iaitu Hee Yit Fong (Jelapang), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering).

Tajol Rosli juga berkata, kerajaan negeri Perak juga perlu mengambil kira faktor calon Bebas yang menyokong BN dalam memperuntukkan jawatan tersebut.

"Jangan hanya fikirkan tentang anda (Zambry), fikirkan tentang rakyat dan parti. Apa saja keputusan dan pertimbangan (penentuan) barisan exco ini akan menentukan pandangan rakyat kepada Menteri Besar (Zambry)," kata Tajol Rosli.

sumber ~ Wakil Kerajaan Rakyat

Read more...

Suhakam: Cara Tubuh Kerajaan Baru BN Bermasalah ~ Ref MalaysiaKini

Dari Malaysiakini

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkata cara pembentukan kerajaan baru di Perak telah menimbulkan persoalan dan seterusnya mengenai kesahihan kerajaan negeri yang baru itu.

Sehubungan itu, Suhakam mengulangi bahawa, hanya pilihanraya bebas dan adil yang juga satu hak asasi manusia dapat menyelesaikan ketidaktentuan politik di negeri tersebut.

Dalam satu kenyataannya, Suhakam berkata, ia merupakan hak asasi rakyat untuk memilih kerajaan yang adil pilihan mereka.

Menurutnya, Suhakam mengambil perhatian bahawa Sultan Perak tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Suhakam berpandangan bahawa pilihanraya baru bagi Dewan Undangan Negeri - selaras dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia - akan menyelesaikan ketidaktentuan politik berhubung kedudukan kerajaan negeri, terutama apabila kesahihan surat peletakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) diragui,” tambahnya.

Menurutnya, bersempena menyambut Hari Hak Asasi Manusia Malaysia pada 9 September 2007, Suhakam telah memfokuskan kepada keperluan dan pentingnya pilihanraya yang adil dan bebas. [Read More]

Read more...

Kenyataan Akhbar Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat

–KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA–
6 Februari 2009

Pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan rasa kesal terhadap tindakan biadap rampasan kuasa di Perak termasuk layanan terhadap YAB Dato’ Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak di mana semua barangan telah dirampas dari pejabat beliau. Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut.

Kami akan memfailkan satu saman bagi mencabar keabsahan perlantikan Menteri Besar yang baru dari Barisan Nasional. Panel peguam sedang mengkaji tindakan ini. Kami masih berpendirian bahawa YAB Dato’ Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi Menteri Besar Perak yang sah.

Pada ketika ini pelbagai reaksi sedang ditunjukkan oleh rakyat sebagai reaksi spontan kepada krisis di Perak ini. Reaksi tersebut adalah untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penyalahgunaan kuasa oleh Barisan Nasional. Kami menggesa kepada semua agar bertindak secara aman dan tertib. Kami merayu agar pihak polis bertugas secara profesional dan tidak menimbulkan sebarang provokasi atau huru hara.

YB DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang / Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR)

YB LIM KIT SIANG
Ketua Ahli Parlimen Democratic Action Party (DAP)

YB USTAZ NASHARUDDIN MAT ISA
Timbalan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)



Read more...

Sunday, February 1, 2009

ADUN Behrang, Changkat Jering tidak keluar PKR ~ Ref Utusan

IPOH 2 Feb. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap menganggap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu yang “hilang” sejak Isnin lepas sebagai wakil rakyat parti itu.

Pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman berkata, kedua-dua wakil rakyat itu tidak membuat pengumuman keluar dari parti.

“Kita tidak ada menerima sebarang surat meletak jawatan atau keluar dari parti (daripada mereka),” katanya kepada pemberita di pejabat PKR Perak di sini hari ini. - Bernama


Read more...

Speaker DUN Perak serah surat pada SPR ~ Ref MalaysiaKini

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar telah memaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Perak mengenai kekosongan kerusi DUN Changkat Jering dan Behrang.

Beliau menemui pengarah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Perak, Adli Abdullah jam 8 pagi ini.

perak deputy speaker sivakumar and osman and jamaluddinSemalam, Sivakumar berkata beliau telah menerima surat peletakan jawatan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu.

Jamaluddin bagaimanapun menafikan beliau telah meletak jawatan dan masih kekal sebagai ahli dewan undangan negeri.

Beliau yang juga exco kerajaan negeri turut mencabar kesahihan surat tersebut.

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Mohamad Nizar Jamaluddin mengadap Sultan Perak pagi ini.

Pertemuan tersebut berlangsung selama 25 minit di Istana Kinta pada jam 10 pagi.

Beliau bagaimanapun enggan bercakap dengan pemberita berhubung pertemuan tersebut.

Difahamkan Jamaluddin dan Osman akan mengadakan sidang akhbar hari ini.



Read more...

Misteri pocong terbongkar

Oleh FARIK SALLEH
berita@kosmo.com.my

Mohamad (kanan) dan Mad Zamri mengangkat 'pocong' yang ditinggalkan di tebing Sungai Johor di Kampung Tembioh, Kota Tinggi semalam.


KOTA TINGGI - Tiga ketul batu berwarna kelabu kehitaman seperti batu nisan ditemui dalam bungkusan 'pocong' lima sekeluarga yang menggemparkan penduduk Kampung Tembioh, dekat sini kelmarin.

Selain itu, batu itu diselaputi kapas dan bungkusan plastik hitam serta bau kapur barus yang agak kuat.

Itulah yang ditemui oleh dua penduduk kampung tersebut, Mad Zamri Ademin, 37, dan Mohamad Hussin, 44, setelah memberanikan diri untuk membuka ikatan 'pocong' tersebut semalam.

Kelmarin, penduduk sebuah kampung tradisional di pinggir bandar Kota Tinggi digemparkan dengan penemuan lima objek menyerupai 'pocong' yang terdampar di tebing Sungai Johor.

Dalam pada itu, penduduk di situ meminta pihak berkenaan tidak membiarkan 'pocong' tersebut terbiar begitu sahaja di sungai tersebut.

Seorang penduduk, Othman Abas, 50, berkata, pihak terbabit tidak sepatutnya membiarkan keluarga 'pocong' itu berkampung di kawasan berkenaan.

Menurutnya, kejadian yang berlaku ini bukan sahaja memberi tanggapan tidak baik terhadap masyarakat di sini, malahan penduduk terutamanya wanita dan kanak-kanak mulai takut untuk melalui kawasan berkenaan.

Menurut Othman, setiap hari tidak kira siang atau malam, pinggir sungai di kampung ini menjadi tumpuan orang ramai memancing ikan dan udang galah.



Read more...

Perak deputy speaker missing too ~ Ref MalaysiaKini

The sudden ‘disappearance' of Perak state assembly deputy speaker Hee Yit Fong today fuelled speculation of her imminent crossover over to MCA.

Hee, 46, is the DAP's state representative for Jelapang.

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP