Thursday, May 28, 2009

Wajah Sebenar Cif Inspektor Azilah Hadri


Inilah wajah sebenar Cif Inspektor Azilah Hadri yang menutup wajahnya gaya ala ninja sepanjang tempoh 159 hari perbicaraan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Gambar yang disairkan dalam sebuah akhbar tempatan bertarikh 28 Mei 2009 menunjukkan muka beliau dari bahagian tepi kiri.

Azilah, 33. bersama rakannya, Koperal Sirul Azhar Umar, 37, di hukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam 9 April lalu apabila didapati bersalah terhadap tuduhan membunuh Altantuya.

Sebelum ini kedua-dua tertuduh dibicarakan bersama-sama Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC), Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya.

Bagaimanapun pada 31 Oktober tahun lepas, penganalisis politik dan penasihat kanan Perdana Menteri Najib Razak itu dilepas dan dibebaskan tanpa perlu membela diri setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat.

Azilah dan Sirul Azhar telahpun memfailkan notis rayuan beberapa hari setelah keputusan Mahkamah Tinggi.

Perbicaraan mereka mencatat beberapa rekod termasuk tempoh perbicaraan paling panjang membabitkan sejumlah 84 saksi.

Azilah direman di Penjara Sungai Buloh selama 891 hari manakala Sirul Azhar selama 895 hari.

- www.tvantara.com

Read more...

SEJARAH GENIUS SENIMAN MALAYSIA YANG TINGGALKAN DUNIA SEMASA BERUSIA 45 TAHUN!


Pada hari ini 29 Mei 1973 Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee meninggal dunia secara mengejut semasa berusia 45 tahun di Hospital Besar Kuala Lumpur kira-kira 5.30 pagi.
Allahyarham terkenal sebagai penyanyi,pengubah lagu,pencipta lagu,penulis skrip,pelakon,pengarah filem,pelakon drama,pemain muzik dan pelawak.
Filemnya kalau sedih memang sedih,kalau komedi sukar tak ketawa dan jika seram memang menakutkan.
Kalau lagu & melodinya memang menusuk jiwa dan menawan kalbu.Semua lagu ciptaan dan dendangannya memang ada kelas dan sentiasa hijau (evergreen) orang kata.
Beliau dipercayai telah berlakon dalam 200 buah filem dan mengarah 20 buah filem serta mengubah lagu lebih 1,000 buah.
Kita sedekahkan al-fatihah untuk rohnya dan doa dimasukkan kedalam golongan orang mukmin dan solehin.
Mudahan-mudahan Kerajaan Malaysia melalui Seniman dapat mengumpulkan hasil royalti Allahyarham Tan Sri ini yang bersepah agar dimanafaatkan kepada anak dan cucu serta keturunan Allahyarham.

Source ~ Pascawanganbukitsentosa

Read more...

Bawa balik Balasubramaniam, siasat semula akuan bersumpah!

KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KeADILan Selangor menggesa agar pihak kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membawa segera penyiasat persendirian Balasubramaniam a/l Perumal yang masih berada di luar negara.

Gesaan ini adalah untuk membantu siasatan berkenaan kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu melalui Akuan Bersumpah bertarikh 1hb Julai 2008.

Ketuanya Khairul Anuar Ahmad Zainuddin mempertikaikan tindakan pantas pihak kerajaan yang begitu cepat meminta bantuan Interpol untuk mengesan dan membawa pulang Raja Petra Kamaruddin yang berada di luar negara sebaliknya dalam isu akuan bersumpah Balasubramaniam seolah-olah tiada berita dan perkembangan terkini.

"Kita juga membidas pihak-pihak tertentu yang mempolitikkan isu mengenai kembalinya ancaman Parti Komunis Malaya (PKM) berkaitan membawa pulang bekas Ketua PKM ke Malaysia.

"Isu ini ditimbulkan hanya strategi politik 'desperado' sesetengah pihak Umno/BN yang berusaha membakar hati dan perasaan bekas anggota keselamatan,keluarga dan rakyat Malaysia untuk menyokong kembali Umno/BN yang semakin hilang sokongan dan dokongan rakyat Malaysia, " katanya dalam satu kenyataannya.

Beliau berharap penyiasat persendirian Balasubramaniam perlu dibawa pulang segera oleh kerajaan kerana akuan bersumpah yang pernah dibuatnya melibatkan individu yang sangat penting negara ini.

"Semakin melambatkan tindakan untuk membawa pulang selama itu juga nama baik individu yang sangat berprofil tinggi itu terus tercemar di peringkat nasional dan antarabangsa.

Katanya AMK Selangor berharap isu membawa pulang bekas ketua PKM ini tidak menjadi satu lagi isu sensasi politik pihak-pihak tertentu yang semakin hilang dari sokongan rakyat.

"Amat jelas isu ini sudah lama selesai dan tidak perlu ditimbulkan semula lagi. Kini rakyat Malaysia lebih bijak dan pintar dalam menganalisis sesuatu isu melalui perkembangan semasa revolusi maklumat global," katanya.

Harakah
29/05/09

Read more...

Thursday, May 14, 2009

Kubu Umno di Johor semakin retak!

KOTA BHARU, 14 Mei (Hrkh) - Umno kini hanya mampu berkubu di Johor bagi meneruskan kelangsungan politik di negara ini.Apabila kubu itu berjaya diroboh bermakna Umno akan lenyap di semenanjung.

Namun kini ternyata Umno tidak lagi kebal di Johor apabila Pakatan Rakyat berjaya bertapak kukuh pada pilihan raya umum lalu.

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, perubahan pola politik di Johor semakin jelas sekarang apabila rakyat mulai sedar terhadap perkembangan politik negara.

"Dianggarkan tidak kurang rakyat 29 kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Parlimen di Johor sudah menampakkan riak perubahan.

"Kawasan itu sedang menunggu untuk merubah lanskap politik khususnya dalam pilihan raya umum akan datang," katanya pada majlis mesra bersama sukarelawan Tabung Amanah Tok Kenali baru-baru ini.

Menurut beliau sebelum ini Johor terkenal sebagai 'Darul Umno', namun pada pilihan raya umum lalu beberapa kubu Umno sudah berjaya dirobohkan.

"Saya ada menerima maklumat daripada penyokong Pakatan Rakyat kaum India di Johor yang mengatakan PAS kini sudah berada di hadapan kerana berjaya memecahkan benteng pertahanan Umno di negeri itu," ujarnya.

Menurutnya rakyat di negara ini sudah melihat PAS dan Pakatan Rakyat semakin hampir menguasai politik negara.

Oleh itu beliau berharap anggota parti di semua peringkat perlu menggerakkan jentera bagi mendekati masyarakat khususnya golongan bukan Melayu.

Pada majlis itu beliau berharap sukarelawan Tok Kenali melaksanakan tanggung jawab melaksanakan tugas dengan sistematik bagi membantu menyelesaikan masalah rakyat.

Kata beliau, Presiden Barrak Obama memenangi pilihan raya Amerika tahun lepas hasil usaha sukarelawan yang turun ke bawah sewaktu kempen pilihan raya.

"Untuk itu saya mencadangkan sukarelawan kita turun ke bawah bersama masyarakat dengan mengedarkan risalah kepada rakyat," ujarnya.

Hadir sama pada majlis itu Pengurus Tabung Amanah Tok Kenali, Mohd Khir Zahri Abdul Ghani dan Timbalannya, Rosli Abdullah serta 200 sukarelawan. - mks. _

Salmah Mat Husain

Read more...

Tuesday, May 12, 2009

Nizar out as MB again

By Lee Wei Lian - The Malaysian Insider

PUTRAJAYA, May 12 - Approximately 22 hours after the Kuala Lumpur High Court ruled that he was the rightful mentri besar of Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin is now unable to act as mentri besar again after the Court of Appeal granted an unconditional stay of yesterday's High Court order.

Judge Datuk Ramly Haji Ali said that he was satisfied that there were special circumstances and granted the stay order to Datuk Seri Zambry Abdul Kadir at about 1.15 pm.

The effect of the stay order is that Nizar cannot act as mentri besar pending the appeal of yesterday's High Court decision by Zambry.

The date of appeal was not determined but Ramly said that he will set an early appeal date.

Datuk Cecil Abraham, the lead counsel for Zambry said that since Nizar, was seeking to use his position as mentri besar to seek a dissolution of the state assembly, it would render the actual appeal by Zambry unnecessary and thus a stay of yesterday's order was required.

Sulaiman Abdullah, the lead counsel for Nizar argued however, that the decision to dissolve the state assembly was the perrogative of the Sultan of Perak and that there was no guarantee that the Sultan would agree to a dissolution pending Zambry's appeal.

Nizar's lawyers are now exploring the possibility of setting aside the stay order but will seek instructions from their client first.

Mohd Hafarizam Harun who was holding a watching brief for Barisan Nasional told reporters that Nizar should now do what Zambry had done and respect the court's decision and vacate the office of mentri besar honorably.

Nizar's lawyers were unhappy that there was insufficient notice given for today's hearing as the notice was served on them only this morning.

Read more...

Zambry Masih Tak Mahu Menerima Kenyataan!

Keputusan mengejut yang membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang telah mengisytiharkan Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak yang sah itu telah dibuat oleh Hakim Ramly Mohd Ali.

Kes rayuan ini dilihat telah membelakangkan tradisi kes2 seumpamanya didengar oleh sekurang-kurangnya 3 hakim di peringkat Mahkamah Rayuan.

Keputusan Ramly bermakna Nizar tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai MB selagi Mahkamah Rayuan tidak mendengar penuh rayuan peguam Zambry terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

Peguam Nizar, Sulaiman Abdullah meminta Mahkamah Rayuan untuk menetapkan tarikh mendengar rayuan itu secepat mungkin. Keputusan terbaru Mahkamah Rayuan hari ini dijangka mengusutkan lagi keadaan politik di Perak dengan pertikaian kuasa yang berlarutan antara BN dan PR.

Read more...

Monday, May 11, 2009

Inilah Masanya Untuk Bubar DUN


MAKLUMAT terkini, Nizar Jamaluddin akan memohon untuk menghadap Sultan Perak, Paduka Sultan Raja Azlan Shah (foto) untuk memohon agar DUN Perak dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya diadakan. Kini Nizar dikatakan akan meminta untuk menghadap dalam waktu seberapa segera yang dapat.

Langkah Nizar itu berikut keputusan Mahkamah Tinggi petang tadi yang mengisytiharkan bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah. Pengisytiharan itu dibuat oleh Hakim, Datuk Abdul Aziz Rahim.

Keputusan Mahkamah Tinggi itu menyebabkan keadaan politik Perak yang bercelaru sebelum ini menjadi makin celaru dan mengelirukan. Keputusan itu juga menyebabkan Zambry Abdul Kadir tidak ada hak lagi untuk bertakhta sebagai Menteri Besar.

Sehubungan itu Nizar dikatakan telah meminta Zambry dan kesemua Exconya meletakkan jawatan secara terhormat ekoran keputusan mahkamah berkenaan.

Sebenarnya, Nizar tidak payah meminta Zambry letak jawatan sebab pengisytiharan mahkamah itu secara automatik kedudukan Zambry sebagai MB dan kesemua Exconya gugur.

Sekiranya Zambry dan para Exconya ada maruah dan air muka mereka akan meletakkan jawatannya dengan sendiri pada malam ini juga.

Dalam perkembangan lain, satu laporan menyebut Zambry dikatakan akan meninggalkan bangunan pentadbiran kerajaan Perak esok. Dipercayai langkah itu akan diturut serta oleh para Exconya.

Persoalannya kini, apakah Sultan Perak sedia menerima Nizar menghadap dan memberi perkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak? Sebelum ini pun sudah dua kali Nizar minta untuk menghadap tetapi tidak boleh.

Apakah dengan keputusan Mahkamah Tinggi tadi ia akan membuat pintu hati Sultan Perak yang terkenal sebagai seorang berhemah dan bijsaksana itu untuk menerima Nizar dan mendengar apa-apa yang akan diperkatakan oleh Menteri Besar yang sah itu?

Atas kapasitinya sebagai MB berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi petang tadi, Raja Azlan tidak ada sebab untuk tidak menerima menghadap Nizar!

Sekiranya Nizar dibenar menghadap dan beliau memohon agar DUN dibubarkan rasanya adalah baik kalau Raja Azlan bersetuju bagi menamatkan kemelut dan krisis politik di Perak inilah ketika dan masanya yang paling baik. Keputusan mahkamah tadi juga boleh dijadikan alasan konkrit untuk berbuat demikian. Pembubaran DUN adalah penyelesaian yang paling berkesan dan adil.

Walaupun UBN masih ada peluang untuk menyingkirkan Nizar menerusi undi tidak percaya di DUN Perak, kerana mereka mempunyai kelebihan tiga undi namun kejayaan itu kelak tidak akan menyelesaikan masalah. Berbagai kesalahan teknikal akan dilakukan untuk terus menggugat kestabilan kerajaan UBN.

Sekiranya pilihan raya diadakan semula dan mandat diperolehi sesiapa pun selepas ini tidak akan boleh membangkitkan apa-apa peristiwa yang telah berlaku dan keputusan atau suara rakyat yang baru itu hendaklah dihormati.

Sekiranya selepas diadakan pilihan raya ini masih ada pihak yang berdegil dan tidak berpuas hati maka saat itulah pihak berkenaan boleh dianggap tidak bertamadun dan mereka menggunakan nafsu bukannya akal dalam berpolitik.

Sama-sama kita berdoa agar kemelut politik di Perak akan berakhir dengan selamat dan jayanya.

- msomelayu

Read more...

Thursday, May 7, 2009

(HOT) Adegan musti kena tonton Sidang DUN Perak hari ini !

Sorotan adegan yang mesti kena lihat sepanjang 5 jam DUN Perak bersidang dari jam 10 pagi tadi. Di dalam umpama TAIWAN, diluar pula umpama THAILAND..Adehhh..! Bila kerja blogger nak selesai nih..azab giler nak tunggu habis telenogila nih..! Foto di dalam Dewan

Foto terkini, penamat Siva sebagai Speaker DUN Perak..perjuangan hingga saat akhir, kemana beliau akan dibawa ? Hanya Tuhan yg tahu..wak tak tau !

bengis tu beb !

Kecoh..terus kecoh ! mana satu speaker nak ikut !

Bubar DUN..bubar DUN..jeritan DUN PR !

Lu sudah kencing kaa ? kalau belum..tunggu malam laa..!
Boleh tahann..maa !!








Foto di luar Dewan..!



Adun Teratai, Janice Lee

Dr Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar


Salahudin Ayub, Ketua Pemuda Pasyang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian


Read more...

Sivakumar diheret keluar



Read more...

Wednesday, May 6, 2009

INILAH SLOGAN - 1 MALAYSIA - RAKYAT DIDAHULUKAN - PENCAPAIAN DIUTAMAKAN











Read more...

Monday, May 4, 2009

Pas tetap diterajui ulama – Nik Aziz

KOTA BHARU 4 Mei – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu tradisi jawatan presiden dan timbalan presiden dalam parti itu yang disandang oleh golongan ulama diteruskan.

Beliau menegaskan, sejarah kepimpinan Pas sejak awal penubuhan menunjukkan bahawa hanya golongan itu yang layak untuk memimpin parti mengikut landasan.

Katanya, ulama sedia ada bukan sekadar arif dalam soal agama tetapi mereka juga adalah golongan profesional.

Ditanya sama ada beliau bersetuju dengan pendirian Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi bahawa dua jawatan utama itu mesti disandang oleh ulama, beliau berkata:

“Ini bukan soal tidak setuju. Pas dah lama di bawah pimpinan ulama. Kalau ulama dulu tak banyak pelajaran tetapi sekarang mereka dah pandai, dah jadi profesional.

“Jawatan nombor satu dan dua ini mesti patuh kepada Islam. Yang penting beriman dan takwa kepada Allah.”

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan diminta menyatakan pendirian mengenai individu yang layak memimpin dua jawatan tertinggi Pas dalam polemik yang tercetus menjelang pemilihan Jun ini.

Baru-baru ini, Mohamed Daud dilaporkan berkata, jawatan tersebut perlu disandang oleh golongan ulama yang berpengetahuan tinggi dalam bidang agama.

Kenyataan Mohamed bagaimanapun mendapat tentangan pelbagai pihak terutamanya Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Ahmad Awang dan Dewan Pemuda Pas Kelantan yang berpendapat bahawa pemimpin yang bukan daripada aliran agama juga boleh memimpin parti itu.

Nik Abdul Aziz yang pertama kali menyatakan pendiriannya mengenai perkara ini selepas pulang dari mengerjakan umrah semalam menyeru semua pihak supaya kembali kepada ajaran Islam.

Beliau mengingatkan kembali sejarah kepimpinan dalam Pas suatu ketika dulu apabila berlaku kesilapan memilih menyebabkan beberapa pemimpin telah berpaling tadah.

“Dalam Islam, ulama dan profesional itu sendiri telah bergabung. Seorang ulama yang profesional adalah pemimpin dunia dan akhirat.

“Kita pernah pilih Datuk Hassan Adli sebagai pemimpin tetapi dia berpaling tadah. Ini buktinya pemimpin yang dilantik mestilah seorang Islam yang mukmin,” jelasnya.

Source ~ Utusan

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP