Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Wednesday, February 10, 2010

Cara Dapatkan Info Terkini Kes Fitnah 2 Datuk Seri Anwar Ibrahim

5 Cara Dapatkan Info Terkini Kes Fitnah 2 Datuk Seri Anwar Ibrahim:
5 Fastest Ways to follow Conspiracy Case on Datuk Seri Anwar Ibrahim:

1.“> FaceBook Fan Page DSAI
http://www.facebook.com/pages/Anwar-Ibrahim/16194831839?ref=search&sid=1050280454.1225754697..1

2. Twitter @AnwarIbrahim
http://twitter.com/anwaribrahim

3. TV Selangor.
http://tvselangor.com/v2/

4. Sistem SMS Parti Keadilan Rakyat
How to subscribe?
Type: ON ADIL
sms to: 32300

5. Blog DSAI.
http://anwaribrahimblog.com/


SEBARKAN!! Please FWD!!
And here is the rest of it.

Read more...

Friday, February 6, 2009

Beruk dan Siamang berebut jawatan EXCO

IPOH: Kerajaan baru negeri Perak di bawah Barisan Nasional (BN) telah menjadi kenyataan berikutan majlis angkat sumpah Menteri Besar yang baru, Datuk Dr. Zamry Abdul Kadir, yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Pangkor.

BN Perak dijangka bermesyuarat hari ini untuk membincangkan formula bagi barisan Exco barunya yang akan mengangkat sumpah Selasa ini.

Bagaimanapun, tumpuan kini lebih kepada siapa yang akan mengisi jawatan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (Exco), dan bagaimana untuk menentukan kedudukan wakil-wakil parti komponen BN.

Di bawah kerajaan BN terdahulu iaitu sebelum Pilihan Raya Umum 8 Mac tahun lepas, sekurangkurangnya empat Exco akan diisi oleh ADUN MCA, Gerakan dan MIC iaitu dua daripada MCA dan masing-masing satu daripada Gerakan dan MIC.

Dalam keadaan sekarang dengan wakil BN dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), 27 daripada 28 ADUN adalah daripada Umno dan satu daripada MCA, orang ramai pasti melihat kepada ketidakseimbangan dalam barisan Exco berdasarkan wakil parti komponen.

ADUN MCA adalah Dr. Mah Hang Soon (Chenderiang), yang merupakan Timbalan Ketua Pemuda kebangsaan parti itu.

Secara teori, ia nampak mudah kerana jawatan itu hanya boleh diisi oleh 28 ADUN BN, bagaimanapun realiti politik menjadikannya sesuatu yang sukar.

Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn yang juga Pengerusi Gerakan Perak kecewa apabila parti itu tidak mempunyai wakil untuk dicadangkan bagi jawatan Exco setelah semua empat calon parti itu yang bertanding di kawasan Canning, Aulong, Sepetang dan Jalong kalah pada pilihan raya umum lalu.

MIC turut mengalami nasib yang sama apabila kalah di semua empat kawasan DUN yang mereka tandingi iaitu Sungkai, Hutan Melintang, Behrang dan Pasir Panjang.

Sumber dalaman parti memberitahu Bernama bahawa salah satu pilihan yang boleh dilakukan ialah dengan melantik wakil kepada kerajaan negeri yang setaraf dengan Exco kerana Perlembagaan negeri hanya membenarkan jawatan Exco diisi oleh ADUN.

Oleh itu, kemungkinan besar barisan Exco Perak yang baru akan menyerupai komposisi Exco negeri Terengganu sekarang di mana hanya seorang wakil bukan Melayu iaitu Toh Chin Yaw, ADUN Bandar yang dilantik sebagai Exco.

"Di Terengganu, majoriti penduduknya adalah Melayu. Ia boleh dikatakan negeri orang Melayu dan komposisinya sesuai.

"Bagaimanapun, di Perak keadaannya berbeza dengan komposisinya berlainan sama sekali," kata pemimpin akar umbi MIC itu.

Beliau berkata, jika formula Terengganu dilaksanakan di Perak, parti komponen BN perlu bersedia untuk menerima tuduhan oleh Pakatan Rakyat bahawa kerajaan negeri mereka sebelum ini mempunyai perwakilan yang lebih baik.

Bagi bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali, beliau berpendapat ada dua cara yang boleh dipertimbangkan oleh Menteri Besar yang baru untuk mengatasi masalah itu.

Salah satu caranya, beliau mencadangkan supaya melantik wakil daripada komponen parti BN selain Umno untuk mengisi jawatan Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri yang tidak memerlukan pemegang jawatan terdiri daripada ADUN.

Kerajaan negeri BN juga boleh melantik dua wakil daripada parti komponen BN selain daripada Umno untuk menjadi anggota Dewan Negara supaya dapat mewakili suara rakyat Perak daripada pelbagai kaum.

Semua negeri diperuntukkan untuk memilih dua wakil ke Dewan Negara, dan secara tradisinya Perak diwakili oleh calon Umno dan MCA.

"Tetapi dalam kes ini, peruntukan itu boleh diberi pertimbangan," katanya kepada Bernama di sini.

Kerajaan negeri BN Perak yang baru ditubuhkan hari ini mempunyai 27 ADUN Umno dan seorang MCA, dan disokong tiga calon bebas iaitu Hee Yit Fong (Jelapang), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering).

Tajol Rosli juga berkata, kerajaan negeri Perak juga perlu mengambil kira faktor calon Bebas yang menyokong BN dalam memperuntukkan jawatan tersebut.

"Jangan hanya fikirkan tentang anda (Zambry), fikirkan tentang rakyat dan parti. Apa saja keputusan dan pertimbangan (penentuan) barisan exco ini akan menentukan pandangan rakyat kepada Menteri Besar (Zambry)," kata Tajol Rosli.

sumber ~ Wakil Kerajaan Rakyat

Read more...

Thursday, January 29, 2009

MYKU Pengumuman Khas

Pengumuman Khas daripada Admin Mykmu

Seperti mana makluman umum ruangan Forum siber seperti ini sukar dikawal sepenuhnya. Justeru itu mana-mana pemilik portal tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pendapat atau pandangan yang dikemukakan di sini. Walau pun demikian kami dari masa ke semasa berusaha memastikan tiada isu fitnah atau tuduhan liar dilakukan dalam ruangan forum ini.

Berhubung dengan tuduhan terhadap ADUN Selat Klang, YB Halimah, kami mohon maaf atas terlepas pandang topik terbabit sehingga menjejaskan nama YB dan Keluarga. Ini merupakan pengajaran kepada para pengguna forum ini.

Ahli forum ini yang membuat dakwaan juga telah pun memohon maaf di sini:
http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=24427#629698

Bagaimanapun pihak pentadbir laman bersedia menjawab apa sahaja isu perundangan sekiranya perlu.

Sekian, terima kasih.

Pentadbir Laman
Mykmu.net

Read more...

Wednesday, January 28, 2009

Lima ditahan polis di hospital UM


Gambar dari Shannon Teoh


kemaskini 3:25pm - Lima ditahan polis di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menjelang perarakan mayat A Kugan - didakwa mati dibunuh dalam jagaan polis minggu lalu - pada jam 2 petang ini.

Ketua polis daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid memberitahu Malaysiakini, dua daripada mereka ditahan jam 12.50 tengah hari ini dekat pintu masuk utama hospital itu.

Tiada maklumat lengkap diperolehi tentang keempat-empat yang ditahan dan dibawa ke balai polis Brickfields.

Sementara itu, penyelaras Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) RS Thanendran pula ditahan polis kerana didakwa memaki baju T yang melambangkan pertubuhan itu yang kini diharamkan.

Mulai jam 2.05 petang ini, kira-kira 200 berjalan kaki mengiringi sebuah kereta Mercedes berwarna emas yang membawa mayat Kugan ke balai polis Taipan, Subang Jaya - tempat mendiang ditemui mati.

Mereka sampai depan balai polis berkenaan jam 3.20 petang kira-kira dua minit sambil melaungkan slogan.

Lebih kurang 400 orang mengiringi mayat mendiang di lokasi tersebut.

Mereka merancang berarak sejauh lebih 20km ke tanah perkuburan di Batu 14 Jalan Puchong.



Read more...

Tuesday, January 27, 2009

My ‘biggest mistake’ was to sponsor Khairy’s MyTeam ~ Ref MalaysiaKini

Malaysiakini | Jan 28, 2009

AirAsia boss Tony Fernandez has described his decision to sponsor Khairy Jamaluddin’s MyTeam football project as being the “biggest mistake” of his life.

He said the move - which was meant to make some local lads’ dreams come true - “backfired” instead when it was rumoured that Khairy, Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi’s son-in-law, owned a stake in AirAsia.

“The biggest mistake of my life, and to be fair to this guy, (was when) Khairy Jamaluddin’s team came to propose sponsoring the MyTeam (football project).

“How fantastic - taking guys from the rubber estates, from kampungs, from new villages - to London to play Manchester United. This airline is all about making dreams come true. We’ve also sponsored Manchester United. How great!” said Fernandez in a 60-minute interview with Malaysiakini last Thursday in his office at the Low-Cost Carrier Terminal in Sepang.

“But then it backfired because suddenly, it was rumoured that Khairy and the ‘Fourth Floor’ now own 40 percent of AirAsia.”

Fernandes said he was willing to swear on whatever sacred scripture that would satisfy those who claimed that Khairy has a sizable stake in the budget carrier.

“I hate to sound like a politician, but put a Bible, Quran, whatever, in front of me and I’ll swear on it and say no! I only did the MyTeam thing with him.”

According to Fernandes, the blogosphere where the rumours have originated is become “sick and twisted”.

‘I’ve tried to engage bloggers’

The AirAsia’s 46-year-old chief executive argued that had he enjoyed close links with Abdullah and Khairy, the airline would not have lost several lucrative contracts to MAS.

He cited the deal to transport Muslim pilgrims to Saudi Arabia and the arrangement with the Defence Ministry to transport soldiers between East Malaysia and Peninsular Malaysia.

“Under DRB-Hicom, we had the haj contract, which was very valuable to us, and I did it for two years. MAS took that away (in 2003). They undercut us, we couldn’t match it, and it was gone. But that’s fair competition. No complaints. But you say I’m a crony? If so, I should have been able, with all my powerful friends, to keep the haj contract.

“The Ministry of Defence contract, we did it for seven years and gave fantastic service to the army. Look who’s minister of defence (PM Abdullah) now. Yet, we lost 50 percent of the defence contract to MAS,” said Fernandes.

He blamed a “vicious” community of bloggers for failing to appraise his company objectively.

“It’s guilt by association. I’m ‘collateral damage’, aren’t I?” he said. “There’s just a vicious community of bloggers out there who just spout hate. I’ve tried to engage them. I’ve even invited them here.”

However, if there’s one positive outcome from the personal attacks, it is the motivation for Fernandez to prove his detractors wrong.

“They’re willing to bash me and use racial slurs. There’s one good thing, though, and that’s they’ve called me fat. So now I’m motivated to be thin! When I read the blogs, I see, ‘Hey Fatso!’ But I’m going to show you I can be thin!” said Fernandes, laughing.

Read more...

Perarakan mayat A Kugan: Empat ditahan polis ~ Ref Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Hrkh) - Empat ditahan polis di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menjelang perarakan mayat A Kugan yang didakwa mati dibunuh dalamlokap polis minggu lallu pada jam 2.00 petang ini.

Ketua polis daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid dilaporkan memberitahu dua daripada mereka ditahan jam 12.50 tengah hari ini dekat pintu masuk utama hospital itu.

Tiada maklumat lengkap diperolehi tentang keempat-empat yang ditahan dan dibawa ke balai polis Brickfields.

Beberapa ratus orang berkumpul di dalam dan luar kawasan PPUM sekarang bagi menunggu perarakan sejauh lebih 20 kilometer ke tanah perkuburan di Batu 14 Jalan Puchong.

Polis kini mengawal ketat orang ramai keluar masuk ke hospital tersebut. - azm _

Read more...

Mentang2 YB Lompat; Katak Pun ada dalam minuman

..berlaku kat Kuala Dungun:

Seorang suri rumah yg sedang menikmati hidangan makan malam dgn anaknya di sebuah restoran dikejutkan dengan penemuan katak dalam minuman yang dipesan anaknya.

Kejadian 8.30 malam itu berlaku bila anaknya berusia 8 tahun memesan milo ais ketika makan di situ.

"ketika menyedut minuman, anak saya terpandang suatu objek dalam gelas. Apabila meliaht dengan dekat, ianya adalah seekor katak. Untuk memastikannya, kami menuangkan di atas meja, dan nyata ia adalah seekor katak," katanya.

Beliau memanggil pelayan, namun tiada reaksi yang positif sepertimana memohon maaf atau sebagainya daripada pihak pengurusan restoran. Beliau yang kecewa terus membuat bayaran dan terus berlalu dari situ.

Beliau membuat laporan di pejabat kesihatan daerah dan KPDNHEP bahagian Dungun.


p/s: apa nak buat agak2nya musim Katak Lompat barangkali...

Bos katak Pak Brahim mesti suker baca berita nih!!

Sumber - TKO

Read more...

Langkah ADUN Bota petanda awal 'gelombang wakil rakyat'?

Pensyarah sains politik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Ghazali Mahyudin berkata, untuk menyifatkan tindakan melompat parti ini sebagai permulaan 'gelombang wakil rakyat' mungkin terlalu awal, namun ia tidak mustahil.

"Setakat ini, mungkin terlalu awal untuk meramalkan akan ada lagi wakil rakyat BN yang akan melompat ke pembangkang kerana pada masa ini baru ada seorang wakil rakyat BN yang menyertai pembangkang.

"Jika ada yang kedua (menyertai pembangkang), mungkin itu boleh dikatakan permulaan 'gelombang wakil rakyat' selepas berlakunya 'gelombang rakyat' pada pilihan raya umum, Mac lalu," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Beliau berkata, tindakan Nasarudin seperti 'menunjuk jalan' kepada wakil rakyat BN lain yang mungkin sedang berkira-kira untuk menyertai pembangkang.

"Hal ini tidak mustahil akan berlaku kerana dalam Umno, ada banyak puak dan mungkin ada yang rasa mereka dipinggirkan lalu memikirkan perkara itu.

"Mungkin ada yang tidak puas hati kerana kalah dalam perebutan jawatan dan sebagainya.

"Mungkin mereka tidak menyatakannya tetapi dalam diam-diam, siapa tahu... seperti apa yang dilakukan Nasarudin," katanya.

Ghazali berkata, tindakan nekad tersebut mungkin diambil Nasarudin memandangkan Umno kini berada dalam keadaan lemah dan mempunyai saingan yang semakin kuat.

"Jika Umno kuat dan parti lawan lemah, mungkin mereka akan berfikir dua kali untuk ke parti lawan tetapi oleh sebab Umno sedang lemah, maka mereka rasakan tidak ada guna bertahan dalam Umno.

"Kita tahu dalam politik, semua orang mahu menjaga kepentingan masing-masing dan istilah setiakawan adalah perkara terakhir yang diambil kira," katanya.

Beliau berkata, gabungan parti dalam Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP yang semakin kuat sememangnya mampu menarik wakil rakyat BN menyertai mereka.

"Selepas menang di lima negeri pada pilihan raya umum Mac lalu, mereka juga telah memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu dan jika tidak menang pun pada pilihan raya Sarawak yang akan datang, mereka mungkin berjaya menambah kerusi," katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Sains Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Ahmad Nizamuddin Sulaiman juga berpendapat, tindakan Nasarudin itu akan menarik wakil rakyat BN yang lain untuk mengikut jejak langkah beliau.

"Saya tidak menolak kemungkinan bahawa ia akan menjadi bola salji yang semakin lama semakin besar... semakin lama, semakin ramai pula yang akan bertindak demikian.

"Mungkin pada masa ini, ada yang sedang tunggu dan lihat dan tindakan ADUN Bota ini menyebabkan mereka semakin berani," katanya.

Beliau berkata, tindakan Nasarudin sebagai wakil rakyat Umno menyertai PKR sememangnya sesuatu yang mengejutkan memandangkan ahli-ahli Umno mempunyai disiplin yang kuat dan patuh kepada arahan parti.

"Walaupun beliau adalah ADUN, bukan ahli Parlimen tetapi tindakan beliau sebagai seorang pemimpin daripada Umno sememangnya mengejutkan.

"Kita tidak jangka 'lompat parti' ini akan berlaku di kalangan ahli Umno yang kuat disiplinnya dan sering mengikut arahan parti. Kita jangka mungkin wakil rakyat dari Sabah atau Sarawak," katanya.

Beliau berkata, tindakan Nasarudin itu bagaimanapun merupakan langkah 'selamat' kerana Perak kini diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, beliau percaya, kekalahan Nasarudin merebut jawatan Ketua Umno Bahagian Parit baru-baru ini menjadi penyumbang utama kepada tindakannya menyertai PKR.

"Walaupun beliau ADUN, jawatan Ketua Bahagian penting kerana saluran dana kerajaan pusat untuk membantu rakyat akan disalurkan kepada Ketua Bahagian.

"Mungkin kekalahannya itu menyebabkan beliau tidak berpuas hati dan merasakan telah hilang pengaruh," katanya.

Justeru katanya, BN sebagai parti pemerintah perlu mengkaji semula pengagihan dana ini yang bukan sahaja hanya diserahkan kepada Ketua Bahagian tetapi juga kepada ADUNnya.

Katanya, wakil-wakil rakyat Umno sepatutnya mempunyai semangat setiakawan yang kuat dan berjiwa Umno jika tidak mahu perkara ini terus berulang.

"Jangan kerana nyamuk seekor, habis kelambu dibakar," katanya. - mStar

Read more...

Friday, January 23, 2009

Murugiah akan saman Khalid ~ Ref Utusan

PUTRAJAYA 24 Jan. - Senator T. Murugiah akan menyaman Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar kerana mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan seolah-olah dirinya sebagai `gengster' dalam kejadian menyerbu dan menceroboh mayat di Hospital Serdang pada 21 Januari lalu.

Kata beliau, kenyataan yang disebut oleh Khalid itu telah menjejaskan imejnya sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

``Sepatutnya pihak polis berterima kasih kepada saya kerana berjaya meleraikan keluarga si mati (A. Kugen yang mati kerana didakwa didera oleh polis).

``(Namun) kenyataan Ketua Polis Selangor itu menggambarkan seolah-olah saya ini gengster dan sekali gus menjejaskan imej saya. Saya bekerja untuk rakyat dan hanya menjalankan tugas,'' katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ponggal anjuran Persatuan Malindian Putrajaya/Cyberjaya di Dewan Serbaguna Presint 8 di sini hari ini.

Selasa lalu, sekumpulan orang awam termasuk Murugiah dan seorang lagi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S.K Devamany menceroboh Hospital Serdang untuk memeriksa mayat A.Kugen, 22, yang didakwa didera polis.



Read more...

Thursday, January 22, 2009

Obama orders closure of Guantanamo ~ Ref Malaysiakini

President Barack Obama ordered the closure of Guantanamo Bay prison within a year and banned torture in a dramatic repudiation of his predecessor George W Bush's anti-terror policies.


Sumber ~ Malaysiakini

Read more...

Apa keputusan siasatan kepala babi?


Ini merupakan suatu perbuatan yang tidak bertanggungjawap, mereka ini tidak lagi memghormati Agama Islam di Malaysia.

Read more...

Wednesday, January 21, 2009

As Syahid Ustaz Ibrahim Mahmood

( Membicarakan syahid sebelum kesyahidannya)

" ..sesuatu yang mesti diingatkan kepada saudara-saudara yang masih hidup lagi sesudah kami para mujahiddin ini bertemu dengan Allah swt di dalam syurga firdaus. Kalau saudara/i masih hidup lagi akan berdosa kepada Allah sekiranya zuriat akan datang akan kencing di atas kubur-kubur saudara kerana saudara hidup tidak mahu berjuang dan berjihad untuk menegakkan kalimah Allah yang Maha Tinggi. Kami para mujahiddin yang sudah mati syahid dan dikuburkan berserta darah-darah merah.. kami berada di syurga dan saudara-saudara tetap berdosa dengan Allah Taala seandainya saudara masih berdiam diri..."
.
Itulah antara ucapan-ucapan jihad dari Assyahid Ibrahim Mahmood atau turut dikenali sebagai Ustaz Ibrahim Libya dalam majlis tamrin khusus kepada ahli-ahli Pas Kawasan Baling dalam tahun 1985. Beliau seolah-olah telah mengetahui saat kesyahidannya dan membayangkan telahpun berada di syurga firdaus menikmati penghormatan Tuhannya.
.
" Insyaallah kalau kita dapat mati syahid, inilah suatu kematian yang istimewa dalam dunia ini. Tuan-tuan janganlah cuba melangkah kaki berpaling ke belakang dari perjuangan Islam. Ketika kita melangkah berundur dari musuh kita, ketika kita ditembak mati, dalam hal seperti itu maka kita mati seperti mati katak. Tetapi kalau kita berada dan berhadapan dengan musuh-musuh Islam yang menyekat pergerakan Islam, maka kita akan mencapai mati syahid.."
.
" Orang-orang yang mati syahid ini, tulang temulangnya serta kulit mereka tidak reput untuk selama-lamanya. Mereka tinggal di bawah tanah serta semerbak harum bau mereka. Sesungguhnya orang yang mati syahid adalah orang-orang yang duduk setaraf atau satu saf dengan penghulu para syuhada, Syaidina Hamzah bapa saudara Rasulullah Saw yang gugur syahid di medan pertempuran Uhud bersama 70 orang para syuhada Uhud. Orang-orang yang mati syahid tidak dihisap dan ditimbang menimbang akan dosa dan pahala mereka di padang Mahsyar kelak. Mereka terus masuk syurga dengan izin Allah. Malah mereka dapat pula memberi berkat kesyahidannya itu kepada 70 orang sahabat handai dan saudara mereka untuk memasuki syurga firdaus Allah SWT di akhirat"
.
"..Mereka ini akhirnya apabila mati dalam hal itu dinamakan mati syahid yang telah diambil mereka itu akan dibawa ke dalam syurga Firdaus menjadi burung-burung hijau dan memakan makanan-makanan syurga sejak daripada mula malam mereka gugur syahid itu atau siangnya tanpa ditanya atau dipersoalkan lagi.."
.
Siapa Assyahid Ibrahim Mahmood?
.
Sebelum tragedi itu, namanya kurang dikenali ahli Pas kerana Assyahid lebih aktif di Negeri Kedah sahaja. Apabila mendengar warta berita malam itu dan kejayaan pihak keselamatan dalam operasi membenteras kumpulan ajaran sesat, penyusun terbungkam dengan pertanyaan 'siapa pula penjenayah' ini kerana terlihat kaum wanita bertudung labuh hitam dan berkopiah putih di kaca TV. Sebelum itu penyusun turut ada pengalaman diserbu pihak keselamatan ketika duduk mendengar ceramah politik di Kuala Lumpur. Memang kecut perut juga bila diserbu begitu dengan silauan lampu kamera dan tubuh-tubuh gempal menerpa ketika kami asyik mendengar syarahan pimpinan.
.
Keesokan harinya, media-media masa negara bertali arus memaparkan kejadian berdarah tersebut dan itulah kali pertama penyusun mengenali nama Ibrahim Libya dan Memali. Tanda persoalan bertambah kusut apabila melihat bendera bulan di pagar rumah mangsa. Sebilangan sahabat-sahabat turut bingung dan berhati-hati untuk mengulas kejadian tersebut. Pihak yang tidak menggemari kerja-kerja dakwah turut menunding jari kepada ahli-ahli Pas kerana terpengaruh tuduhan tragedi itu berlaku kerana angkara puak pelampau agama, pendakwah dan ajaran sesat. Penyusun masih ingat betapa sukarnya rakan-rakan yang aktif dalam kerja dakwah di pejabat berdepan dengan rakan-rakan sekerja yang masih 'happy go lucky' dan ada muslimat yang bertudung didiskriminasi dan dimalukan.
.
Beberapa hari berikutnya, satu perhimpunan untuk mendengar taklimat pimpinan telah diadakan di Markaz Tarbiyyah Taman Melewar. Waktu itu, bangunan markaz masih kecil dan dalam pembinaan. Kami berasak-asak dalam dewan yang kecil dan penyusun duduk betul-betul di tepi rostrum penceramah. Apabila Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berucap menjelaskan keadaan sebenar tragedi itu, hati begitu diruntun sayu dan bila beliau terhenti berucap dan tersedu, tanpa sedar airmata pun jatuh berderai. Penyusun melihat hampir kesemua hadirin turut menangis sehingga ada terdengar suara tangisan lelaki agak kuat. Antara yang penyusun melihat mengesat airmata ialah Ustaz Nakhaei Hj Ahmad Naib Yang Dipertua Agong Pas ( sebelum berpaling meninggalkan jamaah) kerana penyusun duduk bersebelahan beliau.
.
Di majlis tergempar itulah penyusun mendapat maklumat sebenarnya. Apa yang dipaparkan oleh media utama negara cukup bercanggah dengan taklimat pimpinan Pas. Tragedi itu betul-betul menjadi isu besar kepada negara dan paling memilukan dalam perjuangan Pas. Berbulan-bulan media masa melaporkan haru-biru ini dan hampir kesemua pihak lawan menyalahkan assyahid Ibrahim Mahmood dan pengikutnya kerana dianggap penjenayah, mengamal ajaran sesat, pelampau, bughah dan sebagainya. Sebelum itu, kami nyaris termakan pembohongan bila ditunjukkan ada gambar pengikut tersebut memakai tangkal di pinggang dan meminum air yasin dalam kolam untuk kebalkan diri.
.
Majlis Fatwa samada peringkat Kebangsaan atau Kedah diarahkan menyiasat perkara tersebut, apatah lagi bila ahli-ahli Pas mendakwa mereka adalah para syuhada berdasarkan matlamat perjuangan dan tanda-tanda kesyahidan pada batang tubuh mereka. Penyusun kira pihak berkenaan juga panas miang dan terdesak untuk menyakinkan rakyat bahawa para syuhada itu golongan subersif, sesat dan membahayakan negara. Mereka ( pimpinan politik) ada yang tidak sabar mengeluarkan kenyataan sebelum siasatan majlis fatwa. Sebagaimana yang dijangkakan maka fatwa mengatakan mangsa-mangsa di Memali adalah 'bughah' dan tidak syahid ma'rakah, iaitu bukan syahid perang menentang golongan yang menentang pergerakan Islam. Antara ulama rasmi yang ditugaskan menyiasatnya ialah seorang mufti dan beberapa hari kemudiannya terpampang pula dalam akhbar beliau meninggal dunia secara mengejut.
.
Mimpi
.
Dalam suasana muram itu, kami mendapat berita terkini oleh pihak tertentu bahawa ada seorang Tuan Guru Pondok di Kedah telah bermimpi bertemu assyahid. Almarhum kononnya memberitahu 'tunggulah seratus hari' maka kami pun tertunggu-tunggulah hari tersebut. Penyusun melakarkan kisah ini hanyalah untuk mengimbas kembali situasi gawat waktu itu dan kesimpatian kami yang mendalam terhadap para sahabat yang telah mendahului kami dalam perjuangan ini. Ironisnya, saban hari membelek bilangan hari di kalendar hingga hari ke seratus.. tidak pulak kami melihat sebarang tanda perubahan. Maha suci Allah yang menguasai alam ini, apakala tersibar berita gempar dalam negeri tentang surat perletakkan jawatan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, sesalinan surat perletakan jawatan yang tersibar luas itu tercatat tarikh 'bertepatan' hari keseratus mengikut kalendar hijrah. Lagi sekali airmata penyusun berlinangan tanpa malu mengenang kebobrokan manusia yang hilang kewarasan demi menyahut kebatilan.
.
Teringatlah penyusun akan kata-kata Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam majlis taklimat selepas tragedi itu:
.
" Apabila engkau melihat umatku takut untuk berdepan dengan orang-orang yang zalim dan berkata kepada orang-orang yang zalim itu, wahai si zalim! ( tidak berani mengatakan zalim kepada mereka) maka diterimalah ucapan selamat tinggal daripadanya" - hadith riwayat Imam Ahmad.
.
"Dalam satu riwayat yang lain, maka perut bumi lebih baik dari atasnya. Suatu amanat dari Rasulullah saw yang menjadi pegangan teguh kepada kita.. "
.
Pada kesempatan yang lain pula, penyusun menghadirkan diri dalam kuliah bulanan almarhum Ustaz Dato' Fadhil Noor, Presiden Pas di Masjid Ar Rahman, Kuala Lumpur. Di sana secara tidak langsung almarhum telah meriwayatkan kisah seorang sahabat Nabi saw yang bertekad untuk mati syahid dalam suatu peperangan, beliau telah melilitkan sehelai kain merah dan terus ke medan perang untuk syahid. Ini memutarkan ingatan penyusun kepada dakwaan yang mengatakan ada pengikut assyahid Ibrahim Mahmood memakai tangkal kain di perutnya sebagai tangkal kebal( baca perenggan kesembilan di atas). Jelas betapa kekeliruan dan kejahilan jika kita tidak mengkaji perjalanan sirah Nabi sehingga apa yang tersimpul dalam benak kepala itu rupa-rupanya sudah terjawab di zaman Rasulullah saw sendiri.
.
Kemudian, apabila berlaku pergeseran antara dua pihak dalam UMNO sehingga terbentuknya 2 team dan berakhir pula kepada pengharaman parti kebangsaan tersebut. Lagi sekali media masa tanpa sedar memaparkan perang mulut kalangan mereka hingga saling tuduh menuduh punca angkara tragedi berdarah itu. Akhirnya, ahli-ahli Pas khususnya termaklumlah akan siapa banjingan utama dalam kejadian tersebut dan siapa pula pihak yang menjulang panji kebenaran. Mereka membuka pekung sendiri dan tidak mustahil percikan darah syuhada itu telah mengenai pakaian orang-orang memfitnah para syuhada tersebut.
.
Biografi Asy Syahid
.
Ustaz Ibrahim Mahmood dilahirkan dalam tahun 1944 di Kampung Memali, Baling ketika masih dalam zaman pendudukan tentera Jepun. Baling adalah sebuah daerah dalam Negeri Kedah Darul Aman, sebelum ini terkenal sebagai daerah termiskin dan retetannya para petani yang disokong oleh para mahasiswa negara pernah mengadakan demotrasi terbesar di awal tahun 1970an. Di sana jugalah terjadinya perundingan antara pentadbiran kerajaan Tanah Melayu dengan pimpinan parti kominis Malaya pimpinan Ching Peng.
.
Ketika penyusun sempat bertugas di pekan Baling ini beberapa tahun lalu, penyusun dapati pembangunan daerah ini agak perlahan tetapi tidaklah seteruk dalam gambaran pemikiran sebelum menjejakkan kaki ke sana. Keperitan hidup petani mungkin tidak menyamai kepedihan luka-luka peninggalan tragedi berdarah yang ditanggung oleh waris peninggalan para syuhada dan mereka yang cedera. Cemuhan dan lebel sebagai keluarga pengkhianat negara sudah cukup membekas dalam sanubari. Pihak yang tidak menyenangi assyahid di Memali masih menaruh syak wasangka bahawa mereka 'tidak syahid' dan terus menyakininya.
.
Berdasarkan latar belakang pendidikan dan kerjayanya, terbukti assyahid mendapat pendidikan yang terbaik. Bermula dari pendidikan Islam asuhan ayahandanya Tuan Haji Mahmood seorang guru agama yang disegani dan kemudiannya ke Madrasah Khairiah Poko Sena. Assyahid meneruskan pengajian di Pusat Pengajian Tinggi di Nilam Puri untuk beberapa tahun sebelum belayar ke Lucknow dan Durban, India mendalami hadith. Beliau sempat berguru dengan tokoh ulama Islam tersohor di abad ini iaitu Maulana Sayyid Abul Hassan Ali Nadwi. Assyahid berada selama lebih kurang empat tahun di India sebelum melanjutkan pengajian ke Azhar, Mesir. Lepas itu menamatkan pengajiannya di Libya pula.
.
Bertugas di Jabatan Perdana Menteri
.
Dalam buku kisah perjuangannya, dinyatakan bahawa assyahid kembali ke tanahair awal tahun 1970an, beliau berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri sebagai Timbalan Pengarah di Institut Dakwah Islamiah Malaysia. Sebagaimana telah dijangka bahawa assyahid tidak sanggup berada lama di bawah ikatan pemerintah yang tidak berpaksi kepada tuntutan agama, lalu meninggalkan segala kedudukannya untuk balik ke kampung halaman mencurahkan bakti sebagai pendakwah, pendidik dan bergerak aktif dalam politik Islam.
.
Membina Madrasah
( sambungan kisah ini akan diteruskan setelah penyusun menemubual adik assyahid iaitu Ust. Ismail Mahmood, beliau juga turut tercedera dalam tragedi tersebut)

Sumber - ShuhadaMelayu

Read more...

Budak kahwin dengan katak

CHENNAI 21 Jan. – Ia berbeza dengan cerita dongeng yang dipetik daripada novel kanak-kanak tetapi lebih kepada ritual kehidupan sebenar apabila seorang budak perempuan dikahwinkan dengan seekor katak di sebuah perkampungan terpencil di selatan India.

Dengan harapan ritual yang berabad lamanya itu boleh menangkis unsur jahat dan membawa petanda baik kepada Kampung Pallu Puthupattu yang terletak kira-kira 150 kilometer dari Chennai, R. Vigneshwari, 8 tahun dipilih sebagai pengantin perempuan.

“Setiap tahun majlis perkahwinan seperti ini dianjurkan. Mereka percaya bahawa jika ritual tahunan itu tidak diadakan, kanak-kanak perempuan akan mati secara luar biasa atau rumah-rumah di kampung itu akan terbakar atau kebuluran akan melanda kampung itu,” kata seorang aktivis hak asasi wanita tempatan, S. Geetha. – Bernama

P/s - Pelik sungguh mereka ini ... katak pun nak dikhawinkannya ...

Read more...

Thursday, January 8, 2009

Malam Kemanusiaan Palestin


Tarikh : 9 Januari 2009 (Jumaat)
Jam : 8.00 malam
Tempat : Stadium Indera Mulia, Ipoh

Anjuran :
Kerajaan Negeri Perak &
Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak (Jamai'y)
Perasmi : YAB Dato' Seri Ir Hj Mohammad Nizar
Menteri Besar Perak

Read more...

Thursday, October 23, 2008

ISU ZAKAT KEPADA NON MUSLIM: MUFTI PERLIS JAWAB!!!

salam,

yg ni aku petik dari web mufti perlis. dh lama dah penulisan maza pasal isu zakat ni.

"""Kita sering mendapat maklumat adanya persatuan atau gerakan agama-agama tertentu yang memperuntukkan wang yang banyak bagi menawan orang ramai agar tertarik dengan mereka. Maka timbullah kisah-kisah orang menukar agama kerana termakan budi. Mengapa kita bising dan hairan. Sebenarnya Islam melalui zakat telah lama membuat pemberian ini di bawah peruntukan golongan muallaf. Muallaf itu bukan sekadar mereka yang baru menganut Islam seperti tafsiran singkat sesetengah pihak.

Bahkan ia merangkumi mereka yang belum menganut Islam dan diharapkan dengan pemberian zakat tersebut menjinakkan hati mereka kepada Islam. Juga para pemimpin yang lemah iman. Diharapkan dengan pemberian itu menguatkan iman mereka. Juga pemimpin yang kuat iman namun mempunyai saingan dengan kaum kuffar. Dengan pemberian itu diharapkan pesaing mereka akan tertarik kepada Islam. Bahkan untuk golongan bukan Islam yang diharapkan pemberian zakat dapat mengelakkan mereka menyakiti umat Islam dan akan suka kepada agama ini. Dr Yusuf al-Qaradawi mengumpulkan peluasan ini dalam karyanya Fiqh al-Zakah.

Jika hal ini dilihat dengan luas betapa kita dapat menggunakan zakat untuk berbagai aktiviti dakwah agar bukan muslim tertarik kepada Islam. Termasuklah memberikan bantuan kepada mereka yang cuba dipengaruhi agar murtad. Dengan pemberian zakat, boleh kembali menguatkan semangat Islam mereka. Malangnya, bukan sahaja tafsiran kita tidak luas tentang muallaf ini, bahkan saudara baru yang sedia pun tidak dijaga dengan baik oleh wang zakat. Sehingga ada yang keluar semula kerana tidak mendapat perhatian dari masyarakat Islam. Selepas itu kita hairan kenapa ada orang ingin murtad!!. Sepatutnya persatuan-persatuan saudara baru diberikan peruntukan zakat yang banyak agar wajah kita yang tercemar dek kisah ramai yang ingin murtad bertukar menjadi kisah ramainya orang yang ingin menganut Islam.

Banyak perkara jika hendak bincangkan tentang kesan zakat jika ia berfungsi dengan baik. Amanah ALLAH kepada pengurusan zakat dalam ayat 60 Surah al-Taubah itu hendaklah dipandang berat.

Firman ALLAH: (maksudnya) Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum Yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Wang zakat bukan milik pihak pengurusan. Sebaliknya amanah yang mesti diserah dengan jaya kepada yang berhak dan berfungsi dengan baik. Janganlah jadikan golongan yang berhak itu bagaikan peminta sedekah yang menagih simpati pengurusan zakat. Janganlah pula kereta para pegawai zakat sudah berulang tukar, sedangkan si miskin masih dengan rumahnya yang hampir roboh, anak yang sakit tidak berubat, yuran pengajian yang tidak mampu dibayar dan segala kesedihan yang lain. Janganlah pula si fakir terpaksa mencari tambang untuk datang ke pejabat zakat, sedang pegawai zakat hanya tersandar di kerusi cantik menunggu peminta datang.

Jika zakat benar-benar berfungsi, tentulah nasib umat tidak sebegini. Namun hanya kepada ALLAH kita mengadu. Umat kehairanan. Mereka kadang kala bertanya: adakah pengurusan zakat hanya bijak mencari, tapi tidak bijak memberi dan membahagi.

Saya tidak tujukan tulisan untuk semua pihak yang menguruskan zakat. Bagi yang telah menepati pengurusan yang baik, hal ini tiada kaitan dengan mereka. Jika yang belum, tulisan patut diberi perhatian. Jangan kita ini dibantah pada Hari Mahsyar. Biarlah ada yang membantah hari ini. Jika kita sudah menepati, al-hamdulillah. Jika belum kita masih berpeluang untuk membaikinya"""


---nah sekarang, ada sesiapa lagi yg lebih arif tentang perkara ni bagaikan dialah jaguh atau hero dalam arena politik??? sudahlah. anda semua masih belum ada ilmu utk bercakap tentang perkara ni(termasuk aku). nasihat aku, sebelum posting tu, lu orang pegilh belajar dulu. nnti kena gelak jek...

sekadar renungan...

Sumber TKO

Read more...

Sunday, September 28, 2008

Blog Azmin kena hack lagi ??? - ref malaysiakini

Aku dah tak paham dah, die buat lagi korang tgk ape mamat ni posting..
kat blog.azminali.com


encik azmin....nampak nya anda masih cuai..anda tidak menggunakan atau mengambil langkah2 keselamatan yg tinggi dalam menjaga blog anda dari dihack....mengapa anda tidak menggunakan password yg lain?

Klik Imej Untuk Lebih Besar

diambil dari skuad dun batu caves

Read more...

7 TAHUN TIDAK DIBENARKAN SOLAT JUMAAT DI MASJID


Meniti hari-hari terakhir Ramadhan, memang terasa sayunya kerana bulan penuh barakah itu akan meninggalkan kita.Segala amalan seperti solat, tadarrus Quran , iktikaf ,mukhayyam, bersedekah dan memberi sumbangan pada orang lain yang kurang bernasib baik, tentunya segala amalan itu hanya mengharapkan balasan yang terbaik dari Allah SWT.Dan diakhir madrasah Ramadan, kita semua akan menyambut Syawal, lambang kemenangan yang Allah janjikan setelah berjaya mengawal diri dan menyelesaikan ibadah dengan sebaiknya.

Bagi tahanan ISA di Kem Kamunting,kegembiraaan mereka hanyalah kerana dapat melakukan amalan mulia seperti solat , membaca Quran dan berdoa di sel atau dorm masing-masing. Itu saja.!!

Tujuh tahun tidak solat di Masjid.

tahanan ISA yang di tuduh dan di label sebagai ahli Jemaah Islamiyyah, adalah antara mereka yang telah dikurung sejak awal tahun 2002. Bagi tahanan ISA tersebut,tujuh tahun mereka dinafikan hak untuk mendapat perbicaraan di mahkamah diikuti penafian pelbagai hak asasi yang lain.Media tidak pernah menyatakan bahawa tahanan ISA ini hampir tujuh tahun tidak dibenarkan pergi ke Masjid untuk menunaikan Solat Jumaat. Di bulan Ramadan , mereka juga tidak dibenarkan solat berjamaah sebagaimana rakyat Malaysia yang merdeka. Manakala Solat Sunat Aidil Fitri di lakukan bersama-sama tahanan Muslim di sebuah gelanggang badminton dengan pengawasan ketat pasukan keselamatan Kem.

Menteri Dalam Negeri bencikan amalan Islam.

Inilah cara Menteri Dalam Negeri untuk “menghakimi dan mengadili” tuduhan yang di lemparkan keatas semua tahanan yang di dakwa ahli “JI” itu. Sebab itulah ISA digunakan keatas mereka , tujuannya untuk memudahkan Menteri berkenaan memperlakukana apa saja keatas manusia yang dijadikan mangsanya termasuk menghalang mereka melakukan ibadah khusus kepada Allah SWT.

Inilah kezaliman tertinggi mereka kerana menghalang mereka yang ingin bersembahyang di rumah Allah. Dan ISA ini adalah satu akta yang sangat disayangi oleh pemimpin UMNO. Sebab itulah kepada semua rakyat Malaysia berugama Islam, janganlah terpedaya dengan dakwaan pemimpin UMNO yang kononnya ingin membela orang Melayu dan agama Islam.Semua itu hanyalah palsu dan retorik saja. Tahanan ISA di Kem Kamunting telah membuktikan bahawa pemimpin UMNO, adalah mereka yang sangat benci kepada kepada Islam dan segala isinya.

Tahanan ISA –7 Tahun bukti kezaliman Menteri Dalam Negeri..

Ada satu permintaan supaya Hamid Albar meletak jawatan dari menjadi Menteri Dalam Negeri, namun saya yakin, ianya tidak akan membawa apa-apa makna.Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri adalah Pak lah@PM. Beliau zalim pada semua tahanan ISA namun setelah jawatan itu diserahkan pada orang lain, penggantinya, iaitu Hamid Albar, juga sama kejam dan zalim macam Pak lah. Tahanan ISA “JI” yang ditahan sejak 2002 itu masih juga belum dibebaskan dan mereka adalah bukti terhadap kekejaman dan kezaliman dua pemimpin UMNO ini.


Doa orang yang dizalimi.

Kami yang menjadi keluarga mangsa ISA ini, sentiasa berdoa supaya Allah akan mengangkat kekejaman dan penganiayaan yang sedang di lakukan oleh mereka keatas kami.

“Ya Allah, Tuhan yang Maha Kuasa , Maha Adil dan Maha Mengetahui, kami memohon supaya semua tahanan ISA segera di bebaskan dan kau balaslah mereka –Penguasa ISA yang menganiayai kami itu , dengan pembalasan yang setimpal dengan perbuatan mereka, yang tidak pernah terfikir oleh kami semua. Kaulah sebaik-baik pembalas.”

Note: Mat Sah, abah Suhaib yang telah hampir 7 tahun tidak dibenarkan Solat di Masjid.Kehidupan harian beliau hanya di sel berukuran 8 x 10 kaki. dan pintu sel sentiasa di kunci dari luar.

diambil dari lailagmi

Read more...

WANITA PKR NEGERI BERSAMA TKM 1 YB FAIRUS MEMBERI BANTUAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN RUMAH HIJAU







MAK MANDIN 28 SEPT-Majlis penyampaian sumbangan kepada semua kaum yang menghuni di rumah hijau yang mengalami kebakaran baru-baru ini telah dianjurkan oleh wanita PKR negeri dan TKM1 YB Fairus yang turut menyumbangkan derma peribadi kepada kaum muslim yang akan menyambut hari raya.Barang sumbangan didermakan oleh Syarikat A1.

Satu penempatan segera telah disediakan oleh pihak kerajaan negeri di kawasan Sama Gagah dimana pihak yang terbabit yang mengalami musibah telah diberikan penempatan dikawasan tersebut.





KAWASAN PENEMPATAN RUMAH HIJAU MAK MANDIN YANG MENGALAMI KEBAKARAN BARU-BARU INI.






PN NORHAYATI.KETUA WANITA PKR NEGERI TURUT BERUCAP.

Diambil dari wrlr@blogspot

Read more...

Friday, September 26, 2008

Kerajaan Selangor sedia terima MB baru?

Load Counter

m.themalaysianinsider |

SEPT 26 KETIKA Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berusaha keras untuk memenuhi janjinya untuk menukar kerajaan, para pegawai kanan kerajaan negeri Selangor, terutama lantikan politik, juga sedang bersiap-siap untuk menerima hakikat kalau-kalau mereka terpaksa mendapat seorang Menteri Besar baru apabila kerajaan pusat yang baru terbentuk nanti.

Cakap-cakap di kalangan mereka kini agar ketara bahawa, mereka besar kemungkinan akan mendapat bos baru menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang dikatakan akan dibawa ke Pusat jika Anwar berjaya dengan projeknya.

Yang disebut-sebut akan menggantikan Khalid sebagai MB Selangor adalan Naib Presiden PKR, Azmin Ali yang juga anggota Parlimen Gombak serta Adun Bukit Antarabangsa, Selangor.

Khalid dikatakan akan dilantik oleh Anwar untuk menjadi tanaga penting dalam kerajaan pimpinan beliau. Besar kemungkinan Khalid akan mengambil tempat Tan Sri Muhyidin Yasin (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) atau Menteri Kewangan. Ini kerana, Anwar dikatakan sangat mengambil berat tentang ekonomi Malaysia yang sedang bermasalah sekarang ekoran kegawatan ekonomi global kerana masalah yang dihadapi ekonomi Amerika.

"Orang PAS kata mereka tidak mendapat tempat di bawah kerajaan negeri Selangor. You tengoklah nanti bila kami dapat MB baru, baru padan dengan muka orang PAS," kata seorang pegawai kanan pejabat MB Selangor.

Bagi beliau, Khalid telah memberikan terlalu banyak tempat kepada para pemimpin PAS di Selangor. Hinggakan para pemimpin PKR sendiri terasa mereka terpinggir di Selangor di bawah pimpinan Khalid.

"Dalam beberapa kes, apabila kita mahu lantik sesiapa dalam satu-satu jawatankuasa, nama pemimpin PAS sahaja yang keluar dari mulut Khalid. Kadang-kadang tu, kami terkejut, kenapa semuanya pemimpin PAS sahaja," katanya kepada penulis.

Antara nama yang sangat popular bagi Khalid adalah Dr Dzulkifli Ahmad (anggota Parlimen Kuala Selangor), Khalid Samad (Shah Alam), Dr Lo' Lo' (Titiwangsa) dan juga juga Dr Mariah Mahmud (Kota Raja). Nama ke empat-empat mereka selalu sahaja mendapat tempat dalam mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan kerajaan negeri Selangor.

"You tengoklah nanti kalau benar Azmin mengganti Khalid, bye-byelah PAS," kata pegawai berkenaan.

Hubungan PAS dan PKR selalu sahaja dibincangkan di mana-mana terutama dalam perbualan di kedai kopi atau sambil sembang-sembang sebelum atau selepas mesyuarat di kalangan aktivis PAS dan PKR.

Bagi sesetengah pemimpin PAS di Selangor, Khalid (MB Selangor) tidak memberikan tempat yang sewajarnya kepada para pemimpin PAS di Selangor terutama dalam menjalankan tanggungjawab kerajaan negeri. Mereka menganggap, PAS di kesampingkan.

Jika benar apa yang dinyatakan oleh pegawai MB Selangor ini, tuduhan sesetengah pemimpin PAS itu nampatnya meleset. Yang sebenarnya berlaku adalah para pemimpin PAS sentiasa menjadi pilihan MB Selangor itu. Tetapi bukan semua mereka. Khalid nampaknya memilih di kalangan mereka yang dianggapnya boleh menjalankan tugas tanpa mengira PAS atau PKR atau DAP. Sebab itu kita tidak hairan apabila aktivis PKR juga mempunyai persepsi yang sama dengan sesetengah pemimpin.

Di kalangan aktivis PKR, mereka terasa terpinggir selepas Pakatan Rakyat menang di lima negeri. Yang paling terasa adalah aktivis reformasi. Oleh kerana mereka kebanyakannya aktif di Selangor, maka apa yang berlaku di Selangor sering menjadi rujukan.

Di kalangan aktivis reformasi ini sudah ada semacam persepsi di kalangan mereka bahawa mereka hanya diperlukan untuk menyerang atau berdemo menentang Umno tetapi apabila memerintah negeri mereka tidak diperlukan.

Mereka tunjukkan, siapa dia Nik Nazmi yang kini menjadi Setiausaha Politik MB Selangor, sebelum ini. Apa sumbangan dia sehingga menjadi orang penting kerajaan negeri Selangor sekarang.

Nampaknya, nasib sesetengah pemimpin PAS dengan aktivis reformasi sebelum ini sama sahaja. Mereka tidak ada tempat yang sesuai dalam kerajaan kerana semua orang kononnya memilih yang boleh membuat kerja, yang berpendidikan tingi dan sebagainya. Yang aktivis ini hanya sesuai berdemostrasi untuk menjatuhkan kerajaan sahaja. Apabila kerajaan sudah terbentuk, pergilah mereka melata mencari jalan sendiri-sendiri untuk hidup.

Kepada mereka semua, saya percaya dunia belum kiamat dan hari esok masih ada. Cuma sedikit perjuangan diperlukan. Siapa akan' bela nasib kita kalau kita sendiri tidak memperjuangkannya.

Selamat hari raya, maaf zahir bathin.

Read more...

Thursday, September 25, 2008

Perhimpunan UMNO Ditunda Mac 2009, Khuatir Tidak Cukup Pencalonan

Oleh GB

aTKO~Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata perhimpunan agung Umno pada Disember ditangguhkan kepada Mac tahun depan. Sementara itu beliau berkata, pemilihan bahagian Umno tetap diteruskan seperti dijadual pada 9 Oktober ini.

Ramai berpendapat bahwa keputusan itu diambil adalah kerana kekhuatiran "pihak tertentu" yang melihat bahawa Presiden kini bermasalah untuk memperolehi pencalonan yang mencukupi untk mempertahankan jawatannya.

Meskipun Abdullah menyatakan penangguhan itu dibuat untuk melicinkan proses peralihan kuasa, namun ramai pemerhati politik merasakan ia adalah satu persediaan terancang oleh Abdullah untuk "cabut lari" jika benar pencalonan untuknya sebagai Presiden mengalami kemerosotan sehingga memungkinkan beliau tidak layak untuk bertanding.

Pada hari semalam sebuah akhbar didalam talian, Malaysiakini, telah melaporkan bahawa Umno bahagian Shah Alam telah membuat keputusan untuk mencalonkan gandingan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, masing-masing untuk jawatan presiden dan timbalan presiden.

"Ia dibuat setelah mengambil kira kemahuan kira-kira 95 peratus dari 84 cawangan dalam mesyuarat cawangan masing-masing," kata bendahari bahagian Shah Alam, Datuk Abdul Manan Said.

Akhbar tersebut juga melaporkan Ketua Pemuda Umno Petaling Jaya Utara, Mohd Ali Mohd Saad telah berkata, mesyuarat bahagian berkenaan telah memutuskan supaya perkara itu diserahkan kepada perwakilan.

Bagaimanapun, katanya, daripada percakapan ramai, bahagian ini akan mencalonkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk jawatan presiden Umno, manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden Umno.

Tetapi, katanya ada juga yang mahu mencalonkan Tengku Razaleigh Hamzah untuk jawatan presiden Umno tetapi tidak dapat memastikan pencalonan untuk Abdullah.

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP