Monday, January 5, 2009

Rundingan Khas Isu Ghazza

Jadual di Ankara sejak tiba malam tadi hingga waktu berangkat pulang jam 3 petang penuh sekali. Maaf, saya tidak dapat lapurkan pertemuan peringkat tertinggi di sini. Pastinya isu genting dan mendesak berkisar tragedi yang menimpa rakyat Palestin di Ghazza.

Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan merupakan satu-satunya tokoh negara Islam yang mengambil inisiatif berunding dengan pimpinan Hamas, Syria, Arab Saudi, Iran, beberapa negara Eropah dan Russia. Erdogan, Presiden Abdullah Gul dan penasihat luar Ahmad Davutoglu hampir melepaskan semua tugas lain dan hanya tertumpu ka isu Ghazza.

Saya bertuah kerana dimaklum dan sempat berunding menyatakan sikap dan pendirian. Tambah menyayatkan manakala diperhati pembunuhan dan penyiksaan sebagai helah politik Israel menjelang pilihanraya; pukulan akhir Bush-Cheney sabelum meninggalkan kuasa. Malah lebih sengsara lagi manakala dibayangkan betapa lesu sebahagian negara Arab mengizinkan rakyat Palestin terlantar lantaran curiganya mereka terhadap pengaruh Hamas.

Saya dan Azizah melakukan sedayanya di sini dan kini dalam perjalanan pulang - fi amanilllah.

Read more...

Sunday, January 4, 2009

Tidak akan teragak2 naik RM1.90 jika harga minyak USD50

JOHOR BAHRU: Kerajaan mungkin menaikkan harga petrol kepada RM1.90 seliter, jika harga minyak mentah dunia mencecah AS$50 (RM175) setong.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, berkata Disember lalu, purata harga minyak mentah masih di sekitar paras AS$40 setong sekali gus membolehkan rakyat negara ini menikmati harga petrol RM1.80 seliter termasuk cukai RM0.58 sen.

Katanya, jika harga minyak mentah dunia terus mencatatkan peningkatan lebih AS$44 setong, kerajaan tidak akan menaikkan harga petrol sebaliknya, mengurangkan cukai yang dikenakan kepada pengguna.



"Ini bermakna jika harga minyak terus meningkat, cukai yang kerajaan kenakan kepada pengguna kira-kira 55 sen seliter (ketika ini), akan dikurangkan kepada 50 sen dan seterusnya, bagi menampung kenaikan harga minyak mentah dan mengekalkan harga petrol RM1.80 seliter.

"Apabila harga minyak dunia mencecah dan melepasi AS$50, kerajaan tidak dapat mengenakan cukai, baru harga minyak akan dinaikkan semula kepada RM1.90 seliter.

"Pada peringkat itu, kerajaan tidak mengenakan cukai dan tidak memberi subsidi kepada rakyat," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Pemantapan Jati Diri anjuran Puteri Umno Johor Bahru, di Dewan Kampung Melayu di sini, semalam.

Katanya, jika harga minyak dunia mencecah AS$83 setong, kerajaan perlu memberikan subsidi sebanyak 30 sen kepada pengguna supaya kekal pada RM1.90 seliter.

Beliau berkata demikian menjawab kepada soalan wartawan mengenai kemungkinan penurunan harga minyak dalam tempoh terdekat.

Shahrir berkata, kementerian akan menimbang untuk menaikkan atau menurunkan harga minyak pada mesyuarat Kabinet, Rabu ini.

sumber - TKO

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP