Sunday, January 11, 2009

KEGANASAN ISRAEL LAKNAT!


(Gambar-gambar dari Aljazeera)

Untuk kesekian kalinya, bumi Palestin bermandi darah, menurut laporan 220 terbunuh manakala 400 yang lain cedera, apabila Israel (baca: Israel laknat) melancarkan serangan peluru berpandu ke arah Genting Gaza.

“Sedang saya menulis rencana ini, jet-jet Israel sedang mengebom kawasan-kawasan sekitar Zeitoun dan Rimal di tengah-tengah Bandar Gaza. Keluarga yang saya tinggal bersama telah berpindah ke bahagian tengah serambi rumah mereka demi mengelakkan dari dibom. Tingkap hampir sahaja musnah berikutan letupan kuat menggegar rumah tersebut.

Siren berbunyi kuat di jalanan. Bekalan elektrik yang terputus menjadikan bandar ini gelap gelita saban malam dan malam ini juga tidak terkecuali melainkan penduduk di sini merasakan malam ini adalah yang paling gelita pernah mereka tempuhi.

Lebih 220 orang terbunuh dan lebih 400 yang lain pula cedera dalam serangan mengejutkan Gaza yang berlanjutan lebih 15 minit. Hospital menjadi sesak dan tidak mampu menampung. Serangan ini adalah tambahan daripada segala krisis kemanusiaan yang sedang mereka alami: kekurangan perubatan, roti, tepung, gas, elektrik, bahanapi dan kebebasan untuk bergerak ke sana ke mari.”
- Ewa Jasiewicz

Apakah yang sedang dilakukan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Kesatuan Eropah (EU), Rusia, Liga Arab, Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC). Moga akan ada ketetapan bagi menghalang lebih banyak nyawa yang tidak berdosa menjadi mangsa.

Tidakkah ada sebuah pihak atau pihak-pihak yang lebih ampuh dari Israel? Tulisan ini mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas Gaza dalam apa jua alasan dan kewajaran. Doa akhir tahun Hijriah dan awal tahun Hijriah 1430: semoga dunia keseluruhan akan lebih aman damai. Amin. InsyaAllah.

Ewa Jasiewick adalah seorang wartawan berpengalaman, penyelaras komuniti, kesatuan dan pekerja soladariti. Beliau adalah Penyelaras Bersama Projek Gaza untuk Pergerakan Pembebasan Gaza pada masa ini. Petikan ini dipetik dan diterjemahkan secara bebas dari artikel beliau yang tersiar di http://www.palestinechronicle.com

Sumber - Kakisakat

Read more...

Jangan Khianati Bahasa Melayu

Saya terbaca rencana menarik dalam akhbar Kompas, Indonesia Jumaat lalu yang mempertikai kebijakan Kementerian Pendidikan Malaysia mengajar matematik dan sains dalam bahasa Inggeris.
Menurut Salomo Simanungkalit:

“Fisikawan-fisikawan terbaik kita saperti Achmad Baiquni, M. Barnawi, Tjia May On, Pantur Silaban, H.J. Wospakrik (dll)… dulu menyerap ‘berat jenis, gaya tarik-menarik, lintasan peluru, perpindahan panas’ dan sebagainya- yang sebahagian merupakan ciptaan komisi Istilah pada akhir 1940han - ketika memahami ilmu alam dimasa-masa pertama. Mereka toh tak canggung belajar dibawah bimbingan fisikawan sekelas pemenang Nobel.”

“Dalam mempelajari ilmu apa pun, sikap utama yang perlu adalah ‘ cari dahulu ilmu dan kebenarannya, maka semuanya akan ditambah kapadamu’……Kegenitan saperti yang dilakukan jiran kita hanya memiskinkan lombong bahasa setempat menampung segala gagasan cemerlang membongkar rahasia semesta.
…..Maka ’survival of the fittest’ bisa direkayasa dalam bahasa Indonesia sebagai ‘kesintasan penyesuai’.”

Tatkala menghadiri Majlis 100 tahun Mohammad Natsir saya tersua Profesor Shahrir Md Zain, seorang ahli matematik ulung sekaligus pejuang memartabatkan Bahasa Melayu. Beliau yakin Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa pengantar matapelajaran sains dan matematik sekaligus mengukuhkan kedudukan bahasa kebangsaan bagi memangkin wacana ilmu.

Waduh, sudah setengah abad Merdeka, pemikiran terjajah kelompok penguasa menebal sekali disini. Namun kami yakin pengkhianatan sebegini ditolak majoriti rakyat. InsyaAllah, kebijakan tersebut akan dirombak nantinya.

Sumber - AnwarIbrahimBlog

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP