Sunday, November 30, 2008

Badrul: Cadangan AMK tidak selesai masalah. - ref malaysiakini

MKINI - Cadangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR untuk membersihkan anasir BN daripada kerajaan di lima negeri Pakatan Rakyat, tidak menyelesaikan masalah birokasi dan kelancaran dalam pentadbiran, kata bekas timbalan ketuanya, Badrul Hisham Baharin.

badrul hisham01"Yang harus dibetulkan adalah sistem itu sendiri. Kalau biarkan sistem yang korup terus berjalan, lantik siapa pun perkara itu akan terus berlaku," kata beliau yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).

Beliau diminta mengulas gesaan AMK supaya kerajaan Pakatan tanpa banyak alasan segera "membersihkan kerajaan negeri daripada anasir BN" dengan segera dan tanpa berdolak-dalik.

Kelmarin, ketuanya Shamsul Iskandar Md Akin berkata, PKR tidak boleh terpukau dan terpedaya dengan pemimpin dan ahli BN yang bertukar kulit semata-mata untuk membolot peluang, tanpa menghayati prinsip, komitmen dan falsafah perjuangan dan yang didukung.

Ditemui Malaysiakini, Badrul yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu berkata, negeri-negeri yang diperintah Pakatan, selepas memperoleh kerajaan besar dalam pilihanraya umum lalu, mendapat "kejutan budaya" dalam menghadapi masalah kelancaran pentadbiran.

Beliau berkata, Pakatan - selepas lapan bulan memerintah - harus 'berhenti sejenak' bagi menilai kembali pendekatan yang diamalkan dan tidak perlu tergesa-gesa mengambil sesuatu tindakan.

Mengakui terdapat sabotaj anasir BN terdiri daripada kakitangan kerajaan di pelbagai sektor dan peringkat, Badrul berkata, tidak semua di antara mereka yang berniat tidak baik.

'Sudah terbiasa'

Sebaliknya, tambah beliau, ada juga di kalangan kelompok itu yang sudah terbiasa dengan budaya kerja lama.

Oleh itu, tambahnya, hanya sistem dan mekanisme pentadbiran yang baik dan telus sahaja yang dapat membentuk mereka supaya turut berfungsi sebagai sebahagian daripada jentera kerajaan.

Sementara itu, ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih Kang berkata, bersetuju dengan saranan Shamsul kelmarin.

Tetapi, katanya, bukan pecat "orang Umno, ganti dengan PKR".

Sebaliknya, tambah beliau, perubahan kakitangan haruslah mengambil kira profesionalisme dan kelayakan individu, bukannya parti politik.

Mengakui terdapat anasir BN di negeri itu, Chang mencadangkan negeri-negeri lain di bawah pemerintahan Pakatan mengadakan perbincangan bulanan seperti yang dianjurkan oleh negeri tersebut.

Chang berkata, negeri Perak yang dikuasai Pakatan dengan majortiti tipis itu, sudah tiga bulan mengamalkan perbincangan sebegitu yang mempertembungkan pemimpin kerajaan dan kakitangan kanan, bertujuan menyampaikan dasar-dasar kepada jentera negeri.

Read more...

Kepala Babi untuk tarik simpati kepada Umno

sykran | ....Maka, teki-teki tujuan dan matlamat kepala dan bangkai babi ini dikirimkan kepada orang Melayu begitu kabur.

Jika diamati kini, kedudukan parti komponen BN yang dikuasai kaum Cina begitu tertekan. MCA, Gerakan dan beberapa pemimpin Cina lain begitu terasing dalam BN kini. Umno yang masih menguasai menduduki carta teratas dalam pilihanraya lalu kini dilihat begitu agreasif untuk bertahan dan memainkan isu bangsa dan kuasa.

Maka tidak hairanlah jika kepala Babi ini dilemparkan sebagai satu ekspresi terhadap apa yang berlaku kini. Siapa jua yang melakukannya, pastilah telah merancang dengan begitu teliti hingga berjaya membuatkan rakyat memahami maksud yang tersirat dengan begitu mudah.

Walau apa juga alasannya, itu bukanlah bentuk yang paling sesuai untuk melampiaskan kemarahan atau rasa tidak puas hati. Malah kejadian itu hanya mewujudkan ketegangan kaum dan juga peringkat kepimpinan.

Kepala Babi ini, dikirimkan pada orang Melayu seolah-olah untuk memberikan petunjuk. Tetapi ingatlah, kita semua mahu negara ini terus melangkah maju, Jadi segala apa yang dilalui selama ini haruslah berpaksikan kesatuan bukannya atas ...read more.

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP