Jangan tertipu dengan ‘kebaikan’ yang ditunjukkan Najib - TGNA

Ceramah TGNA di Bukit Gantang
Di bawah, wak siarkan foto-foto buat santapan mata, wak bagi yg ringan2 ajer hari ni, yg berat2 bagi kat orang lain lah..penat laa..dahi berkerut beb baca bahan2 yg berat tu..napas jadi pendek..hati pun panas..! Bukit Gantang ajer yg mendung memanjang…lepas tu hujan ! Katak seronok. Hujan dah datang. Eh…ada DIALOG ESKLUSIF malam ni ! Wak harap malam ni katak tidak menjerit memanggil hujan. Malam ni bagi la kredit lebih sikit..jangan hujan !

Sivakumar menegaskan bahawa beliau mempunyai hak mutlak untuk memanggil sidang dun perak walaupun dibawah pokok kerana penggunaan dewan telah dihalang.
Mohd Sayuti Omar (MSO) turut kelihatan di Majlis tersebut
Ahli Parlimen Gopeng Lee Boon Chye yang turut juga berucap semalam menyebut sekalipun orang Cina adalah bukan Islam, namun kami tetap menyokong Dato’ Seri Nizar kerana beliau adalah seorang Muslim yang adil dan jujur.Kepimpinan beliau tidak setanding dengan Najib atau calon BN di Bukit Gantang.Keadilan yang dilaksanakan oleh beliau ketika memerintah selama 11 bulan tidak pernah berbelah bahagi. Pemimpin seperti ini jarang sekali ditemui di kalangan pemimpin BN.Selama memerintah Perak,Nizar telah membela kemiskinan rakyat China yang hidup dalam kemiskinan untuk memiliki tanah sendiri,dalam masa yang sama beliau turut membantu sekolah-sekolah agama rakyat dan memberikan tanah bagi memperluaskan sekolah-sekolah tersebut.

Rakyat juga dinasihatkan agar tidak terjerat dan tertipu dengan ‘kebaikan’ yang ditunjukkan Najib dengan membebaskan tahanan ISA kerana kesemua Perdana Menteri yang baru dilantik akan membuat suatu ‘pembaharuan’ yang menonjolkan seolah-olah kerajaan yang akan dipimpin adalah satu kerajaan yang adil.




0 comments:
Post a Comment