Thursday, October 30, 2008

Status usul Anwar tubuh Suruhanjaya Diraja Isnin depan - ref malaysiakini

KUALA LUMPUR: Status usul yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) supaya satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat tiga projek kerajaan persekutuan yang didakwa meragukan akan diketahui pada persidangan Dewan Rakyat, Isnin depan.

Perkara itu dinyatakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebelum sesi Perbahasan Rang undang-undang Perbekalan 2009 di sini hari ini.

"Usul yang dikemukakan itu sampai di meja saya selepas jam sepuluh pagi (semalam), maka jawapannya akan dibuat pada hari Isnin," katanya.

Anwar menggunakan Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan (2) bagi meminta mesyuarat ditangguhkan untuk menubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat keraguan mengenai projek jalur lebar berkelajuan tinggi bernilai RM11.31 bilion, pembelian Bank Internasional Indonesia oleh Maybank bernilai RM4.26 bilion dan perolehan 12 unit Cougar Eurocopter EC-725 bernilai RM1.679 bilion.

Anwar sebelum itu bangun bagi meminta penjelasan Pandikar Amin mengenai status usul yang dikemukakannya.

"Saya ada kemukakan usul semalam," kata Ahli Pahlimen Permatang Pauh itu.

Celahan Anwar itu dijelaskan Pandikar Amin dengan berkata: "Kalau sebelum jam sepuluh maka jawapan boleh dibuat pada hari berikutnya".

Anwar akur dan menerima ketetapan yang dibuat oleh Speaker Dewan Rakyat itu. - mStar

Read more...

Tuesday, October 28, 2008

Replika Anwar ingin dikekalkan hingga Krismas - malaysiakini

Imej besar penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menimbulkan kontroversi, akan diruntuhkan awal bulan depan jika permohonan mereka melanjutkan tempoh penegakannya tidak diluluskan.

"Permit tamat 4 November ini. Kita ingat mahu minta sambung (kelulusan). Tetapi kalau tidak dapat, tidak mengapalah, saya turunkanlah," kata pengelola projek itu R Viriya kepada Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, beliau berharap dapat mengekalkan imej setinggi 12.2 meter tersebut di satu simpang dekat Wisma Keringat untuk tempoh kira-kira dua bulan lagi sehingga sambutan hari natal dan tahun baru.

poster gergasi anwar ibrahim batu caves 061008Ekoran itu, kata Viriya, beliau bercadang menemui wakil rakyat Batu Caves, Amiruddin Shari bagi mendapatkan pandangan beliau.

Bagaimanapun, tambahnya, permohonan baru untuk melanjutkan tempoh belum dibuat kepada pihak berkenaan Majlis Perbandaran Selayang.

"Mungkin dalam dua hari lagi (akan memohon)," kata Viriya yang juga timbalan pengerusi persatuan penduduk Kampung Indian Settlement dekat situ.

Penegakan imej itu genap sebulan lalu mula mencetuskan kontroversi apabila mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin awal bulan lalu dilaporkan mendakwa imej itu "berunsur keberhalaan" dan "perlu dihapuskan dengan segera."

Perkara itu bagaimanapun dinafikan Amiruddin, yang juga naib ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), yang menjelaskan “tidak pernah wujud aktiviti keberhalaan di tempat itu”.

Viriya sebelum ini berkata, penduduk setempat bersedia untuk merobohkannya jika kontroversi berlarutan berhubung penegakan replika gergasi itu.

Katanya, patung berharga RM5,000 itu yang dibina sempena sambutan hari raya awal bulan ini dan Deepavali semalam.

Pemuda PAS Selangor bagaimanapun menafikan imej gergasi itu termasuk dalam kategori patung yang diharamkan dalam ajaran Islam.

Replika ini dibina atas menggunakan duit sumbangan masyarakat setempat.

Sumber SkuadDunBatucaves

Read more...

un M tidak setuju mansuh ekuiti bumiputera - ref malaysiakini

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed tidak bersetuju dengan cadangan pemansuhan ekuiti pemilikan bumiputera dalam syarikat awam.

“Benda-benda macam ini patut bawa kepada BN (Barisan Nasional), tak payah bincang di luar,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di sini hari ini.

Semalam Naib Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai meminta kerajaan menghapuskan syarat pemilikan ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat penyenaraian awam bagi memastikan ia terus berdaya saing. - mStar

Sumber - SkuaddunBatucaves

Read more...

Friday, October 24, 2008

Majlis Fatwa haramkan perbuatan wanita

KOTA BHARU - Majlis Fatwa Kebangsaan semalam membuat ketetapan untuk mengharamkan perbuatan wanita yang menyerupai lelaki sama ada dalam bentuk penampilan atau berpakaian.

Pengerusinya, Datuk Dr Abdul Shukor Husin berkata, pengharaman itu dibuat berdasarkan kepada perkembangan terkini di kalangan golongan remaja terutama kaum wanita, yang cenderung kepada cara hidup kaum lelaki sedangkan mereka adalah wanita sebenar.

“Yang ketara lagi apabila berlaku kegiatan seksual dengan kaum sejenis iaitu perempuan sama perempuan,” katanya pada persidangan media di sini, semalam, selepas berakhirnya muzakarah dua hari Majlis Fatwa.

Dr Abdul Shukor berkata, remaja perempuan kini didapati lebih gemar dengan cara hidup kaum lelaki dari segi pergaulan, perbuatan dan berpakaian, yang bukan sahaja bertentangan perkara tersebut dengan fitrah asal manusia tetapi cuba menafikan hak kewanitaan.

“Memandangkan perkembangan terkini ini, Majlis Fatwa Kebangsaan yang bermuzakarah semalam mengambil ketetapan dan pendirian bahawa perbuatan seperti itu adalah haram dan dilarang sama sekali,” katanya.

Beliau menyarankan ibu bapa, keluarga dan ahli masyarakat supaya memberitahu larangan itu kepada golongan terbabit agar tidak melakukan perkara yang dikira salah dengan ajaran Islam.

“Inilah yang membimbangkan apabila melihat golongan wanita sudah lebih cenderung kepada cara hidup lelaki termasuk dalam berpakaian,” katanya.

Majlis turut membuat ketetapan untuk membolehkan seseorang cucu mewarisi harta pusaka datuk mereka sekiranya bapa mereka meninggal dunia terlebih dahulu daripada datuk mereka.

Dr Abdul Shukor berkata, tindakan itu diambil demi menjaga kepentingan cucu tersebut, sekiranya harta itu tidak diagihkan kepada mereka selepas kematian bapa mereka.

“Bagi sesetengah cucu dari kalangan yang tidak berada, tentunya dengan sejumlah kecil harta yang diberikan oleh datuknya, dapat mengelak perkara yang tidak diingini menimpa ke atas mereka,” katanya.

Menurut Dr Abdul Shukor, cucu sebenarnya tidak layak menerima harta pusaka tinggalan datuk mereka sekiranya bapa mereka meninggal dunia terlebih dahulu daripada datuk mereka.

Bagaimanapun pengagihan yang dibuat adalah tidak melebihi satu pertiga dari lebihan harga pusaka tersebut selepas ditolak pembayaran hutang datuk dan sebagainya, katanya. -BERNAMA

Read more...

Thursday, October 23, 2008

ISU ZAKAT KEPADA NON MUSLIM: MUFTI PERLIS JAWAB!!!

salam,

yg ni aku petik dari web mufti perlis. dh lama dah penulisan maza pasal isu zakat ni.

"""Kita sering mendapat maklumat adanya persatuan atau gerakan agama-agama tertentu yang memperuntukkan wang yang banyak bagi menawan orang ramai agar tertarik dengan mereka. Maka timbullah kisah-kisah orang menukar agama kerana termakan budi. Mengapa kita bising dan hairan. Sebenarnya Islam melalui zakat telah lama membuat pemberian ini di bawah peruntukan golongan muallaf. Muallaf itu bukan sekadar mereka yang baru menganut Islam seperti tafsiran singkat sesetengah pihak.

Bahkan ia merangkumi mereka yang belum menganut Islam dan diharapkan dengan pemberian zakat tersebut menjinakkan hati mereka kepada Islam. Juga para pemimpin yang lemah iman. Diharapkan dengan pemberian itu menguatkan iman mereka. Juga pemimpin yang kuat iman namun mempunyai saingan dengan kaum kuffar. Dengan pemberian itu diharapkan pesaing mereka akan tertarik kepada Islam. Bahkan untuk golongan bukan Islam yang diharapkan pemberian zakat dapat mengelakkan mereka menyakiti umat Islam dan akan suka kepada agama ini. Dr Yusuf al-Qaradawi mengumpulkan peluasan ini dalam karyanya Fiqh al-Zakah.

Jika hal ini dilihat dengan luas betapa kita dapat menggunakan zakat untuk berbagai aktiviti dakwah agar bukan muslim tertarik kepada Islam. Termasuklah memberikan bantuan kepada mereka yang cuba dipengaruhi agar murtad. Dengan pemberian zakat, boleh kembali menguatkan semangat Islam mereka. Malangnya, bukan sahaja tafsiran kita tidak luas tentang muallaf ini, bahkan saudara baru yang sedia pun tidak dijaga dengan baik oleh wang zakat. Sehingga ada yang keluar semula kerana tidak mendapat perhatian dari masyarakat Islam. Selepas itu kita hairan kenapa ada orang ingin murtad!!. Sepatutnya persatuan-persatuan saudara baru diberikan peruntukan zakat yang banyak agar wajah kita yang tercemar dek kisah ramai yang ingin murtad bertukar menjadi kisah ramainya orang yang ingin menganut Islam.

Banyak perkara jika hendak bincangkan tentang kesan zakat jika ia berfungsi dengan baik. Amanah ALLAH kepada pengurusan zakat dalam ayat 60 Surah al-Taubah itu hendaklah dipandang berat.

Firman ALLAH: (maksudnya) Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum Yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Wang zakat bukan milik pihak pengurusan. Sebaliknya amanah yang mesti diserah dengan jaya kepada yang berhak dan berfungsi dengan baik. Janganlah jadikan golongan yang berhak itu bagaikan peminta sedekah yang menagih simpati pengurusan zakat. Janganlah pula kereta para pegawai zakat sudah berulang tukar, sedangkan si miskin masih dengan rumahnya yang hampir roboh, anak yang sakit tidak berubat, yuran pengajian yang tidak mampu dibayar dan segala kesedihan yang lain. Janganlah pula si fakir terpaksa mencari tambang untuk datang ke pejabat zakat, sedang pegawai zakat hanya tersandar di kerusi cantik menunggu peminta datang.

Jika zakat benar-benar berfungsi, tentulah nasib umat tidak sebegini. Namun hanya kepada ALLAH kita mengadu. Umat kehairanan. Mereka kadang kala bertanya: adakah pengurusan zakat hanya bijak mencari, tapi tidak bijak memberi dan membahagi.

Saya tidak tujukan tulisan untuk semua pihak yang menguruskan zakat. Bagi yang telah menepati pengurusan yang baik, hal ini tiada kaitan dengan mereka. Jika yang belum, tulisan patut diberi perhatian. Jangan kita ini dibantah pada Hari Mahsyar. Biarlah ada yang membantah hari ini. Jika kita sudah menepati, al-hamdulillah. Jika belum kita masih berpeluang untuk membaikinya"""


---nah sekarang, ada sesiapa lagi yg lebih arif tentang perkara ni bagaikan dialah jaguh atau hero dalam arena politik??? sudahlah. anda semua masih belum ada ilmu utk bercakap tentang perkara ni(termasuk aku). nasihat aku, sebelum posting tu, lu orang pegilh belajar dulu. nnti kena gelak jek...

sekadar renungan...

Sumber TKO

Read more...

Karpal digantung 2 hari sidang parlimen

PARLIMEN, 23 SEPTEMBER (SK) - Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia mengambil tindakan dengan menggantung dua hari Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh selepas Pengerusi DAP itu mengatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menghina orang buta.

Perkara berkenaan berlaku setelah Karpal Singh membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36(4) yang mendakwa M ketika menjawab soalan Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) mengenai kos yang dibelanjakan kerajaan untuk jamuan makan malam Majlis Peguam Malaysia April lalu.

Dalam laporan media, Mohamed Nazri dikatakan menyebut: “Butalah jika orang tidak nampak bahawa hubungan Majlis Peguam dengan pentadbiran Perdana Menteri terdahulu agak tidak begitu baik.”

Pandikar Amin kemudian menjelaskan bahawa Mohamed Nazri tidak menghina Orang Kurang Upaya (OKU).

“Saya rayu supaya ahli Yang Berhormat berpegang teguh pada Peraturan Mesyuarat dan elakkan daripada berhujah yang melanggar Peraturan Mesyuarat.

“Bagi saya, saya tidak nampak situ ada Peraturan Mesyuarat dan apabila saya buat (keputusan) maka Wangsa Maju saya arah keluar, ada lagi ahli Yang Berhormat saya suruh keluar,” katanya.

Jawapan Pandikar Amin itu bagaimanapun tidak diterima oleh Karpal dan berkata: “Tuan Speaker, jangan main-main. Tuan Speaker tidak serius dalam perkara ini.”

Sumber Suara Keadilan

Read more...

Wednesday, October 22, 2008

Penahanan Raja Petra Berniat Jahat, Kata Peguam - ref malaysiakini

SHAH ALAM, 22 Okt (Bernama) -- Seorang peguam yang mewakili tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) Raja Petra Kamaruddin memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini perintah penahanan anak guamnya di bawah Seksyen 8 Akta berkenaan dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri adalah berniat jahat.

Azhar Azizan Harun berkata terdapat andaian ketara bahawa penahanan itu bukan didorong oleh keprihatinan tentang keselamatan negara tetapi hasrat untuk menyenyapkan pengkritik lantang dan berpengaruh terhadap kerajaan serta parti-parti politik dan individu dalam kerajaan.

"Pemohon pada ketika tertentu mengkritik antara lain, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan responden (Menteri Dalam Negeri). Ini menjejas kepentingan politik Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagaimana dapat dilihat pada anjakan sokongan pengundi," kata beliau.

Beliau juga berkata Raja Petra tidak pernah diberitahu tentang sebab penangkapan atau penahanannya kecuali satu dokumen yang beliau diminta tandatangani di balai polis Jalan Travers pada 12 Sept, yang hanya menyatakan beliau telah menghina Islam dan beliau merupakan ancaman kepada keselamatan negara.

"Di bawah Seksyen 8(1) ISA, responden mesti berpuashati bahawa penahanannya perlu bagi menyekat tahanan dari bertindak dalam apa cara yang membahayakan keselamatan Malaysia. Oleh itu responden mesti melihat pada semua fakta dan persekitaran hingga berpendapat pemohon adalah satu ancaman kepada keselamatan negara sebelum ia berpuashati bahawa penahanan pemohon adalah perlu bagi menyekat beliau dari bertindak dalam apa cara yang membahayakan keselamatan Malaysia.

"Pemohon juga tidak bersalah dengan mana-mana jenayah; beliau didakwa dengan pelbagai kesalahan dan perbicaraan masih tergantung. Oleh kerana tidak ada tindakan yang dikatakan dilakukan pada masa depan yang boleh membahayakan keselamatan Malaysia, perintah Seksyen 8 adalah jelas pelaksanaan kuasa yang bersifat berniat jahat," kata beliau.

Malik Imtiaz Sarwar yang turut mewakili Raja Petra, berkata jika satu daripada asas penahanan kerana beliau telah dengan sengaja dan cuai menerbitkan artikel di Malaysia Today yang menghina Muslim, mengapa ia tidak didakwa dengan kesalahan menghina Islam oleh pihak berkuasa agama.

Beliau berkata tidak ada "fatwa" yang pemohon telah menghina Islam atau telah bertindak dalam cara bertentangan dengan prinsip Islam.

"Soal sama ada pemohon telah menghina Islam merupakan perkara di dalam bidang kuasa eksklusif pihak berkuasa agama Selangor. Responden tidak boleh mengambil alih tugas itu. Walaupun responden mempunyai kuasa dalam hal keselamatan di bawah ISA, autoriti ini tidak memberi kuasa kepada responden menentukan isu-isu berkaitan Islam.

"Adalah perlu bagi responden mendapatkan pengesahan dari pihak berkuasa agama negeri atau mahkamah syariah negeri bahawa tindakan yang diadukan itu satu penghinaan kepada Islam atau jika tidak, ia melanggar Islam sebelum ia boleh mengambil langkah di bawah ISA. Atas alasan ini saja, penahanan itu perlu diisytiharkan tidak sah," kata beliau.

Raja Petra memohon writ habeas corpus bagi mendapatkan pembebasan dirinya dari tahanan di bawah ISA atas alasan penahanannya adalah tidak sah dan tidak berperlembagaan. Beliau menamakan menteri Datuk Seri Syed Hamid Albar, sebagai responden.

Isteri Raja Petra, Mable @ Marina Lee, dan dua orang anak perempuan mereka -- Sarah, 19, dan Suraya, 34, -- dan beberapa orang penyokong kelihatan berada di mahkamah.

Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan Abdul Wahab Mohamad berhujah bahawa penahanan itu dibuat di bawah Seksyen 8 Akta berkenaan adalah sah dan mengikut undang-undang.

Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad menetapkan 7 Nov untuk keputusan mengenai permohonan habeas corpus itu.

-- BERNAMA

Read more...

Melawat Tuan Guru

Akhirnya impian untuk mencilok melawat Tuan Guru Nik Aziz yang berada di Hospital Sains Kubang Kerian menjadi kenyataan.

Selepas solat maghrib, rombongan menziarahi Tuan Guru yang di dalam keadaan ceria dan sihat walafiat. Alhamdullillah !!! Tuan Guru beransur pulih. Perjuangan di teruskan.

Beberapa pesanan dan cerita di perolehi sepanjang temubual dengan Tuan Guru dan beliau akan keluar hospital di dalam masa terdekat. Butir perbualan .... ahhhh rahsia.

YB Fairuz [Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang] dan En Shamsul Iskandar [Ketua AMK Malaysia] turut berada di sana ketika itu.

Aku tak banyak mencelah ... tengok sambil senyum senyum sendiri. Ahhhhh ..... berjaya !!!
Hati senang ... dada di di duuuuduuu .....

Berikut adalah sedikit imej yang di perolehi ketika di sana.






Letih ... . Kerja banyak. Blackberry dah pulangkan. Tak der la member nak kutuk kutuk lagi. Dan aku pun tak boleh nak eksyen eksyen lagi.

Bantai tidur. Apa khabar kawan kawan ...? Emmmmm ...budu dah beli, tapi dah habis. Semua dah habis kitorang belasah kat sana.

Sumber - No2umno

Read more...

Tuesday, October 21, 2008

Kekuatan Melayu tidak akan hilang


KUALA LUMPUR – Kekuatan dan kedaulatan Melayu tidak akan hilang walaupun di bawah pemerintahan kerajaan baru Pakatan Rakyat (PR) sekiranya peralihan kuasa yang dirancang menjadi kenyataan.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Azmin Ali berkata, parti lain tidak pernah mempertikaikan tindakan negara dipimpin oleh seorang Melayu yang kuat agama dan akidahnya.

“Apa yang penting ialah keadilan dan kesaksamaan kepada bangsa lain tanpa meminggirkan mereka.

“Ini (kesaksamaan dan perkongsian kuasa) jelas sekali tidak berlaku di dalam UMNO di mana sebelum ini bangsa Melayu juga dipinggirkan walaupun kebanyakan portfolio kanan dipegang oleh mereka,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Lobi Parlimen di sini semalam.

Katanya, perkara ini jelas menunjukkan mengapa UMNO sendiri akhirnya ditolak oleh orang Melayu.

“Saya yakin bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu memerintah negara dengan memberikan keadilan yang sewajarnya bukan sahaja kepada Melayu tetapi kepada semua kaum di negara ini termasuk kaum-kaum di Sabah dan Sarawak.

“Ini jelas jika dibandingkan dengan parti lain yang kononnya melaungkan akan menjaga nasib bangsa sendiri pada asasnya, namun sebenarnya tiada pelaksanaan seperti apa yang dikatakan,” ujarnya.

Menyentuh mengenai banyak permintaan daripada PR yang tidak diendahkan oleh kerajaan terutamanya untuk mengadakan rundingan bagi perlaksanaan proses peralihan kuasa agar berjalan mengikut tertib dan teratur, Azmin menganggap ia berlaku disebabkan sikap ego yang ditunjukkan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Kita juga akan terus membahasakan isu mengenai bajet yang kini sudah tidak relevan dengan keadaan ekonomi sekarang walaupun sehingga hari ini tiada tanda-tanda maklum balas positif yang ditunjukkan oleh parti pemerintah.

“Kita perlu menyatakan kebenaran dan Pakatan Rakyat akan terus membahasakannya di Parlimen kerana ia perlu dilakukan (dirombak) demi kepentingan rakyat,” tegasnya.

Beliau juga berpandangan kerajaan tidak menyatakan yang benar mengenai kedudukan ekonomi negara yang pada hakikatnya semakin kritikal apabila memaklumkan kepada rakyat bahawa ia (ekonomi) adalah dalam keadaan baik dan kukuh.

“Peniaga telah merasai ekonomi semakin menguncup di mana peluang perniagaan telah berkurangan,” katanya.

Menurutnya, pemimpin negara dan menteri perlu sedar dan mengemukakan unjuran data dan angka-angka yang betul. Perkara ini (krisis ekonomi) juga telah diakui oleh ahli korporat.

“Pada krisis ekonomi tahun 1997 contohnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengemukakan semakan semula bajet dan fakta baru bagi mengukuhkan ekonomi. Ini dibuktikan oleh Parlimen apabila disemak dibuat. Dan kita mengharapkan ia berlaku pada kali ini tetapi sehingga kini tidak ada tanda-tanda bajet akan diubah.

“Jika keadaan ini dibiar, negara akan bankrap. Dengan keangkuhan kerajaan yang ada hari ini, tidak mustahil ia akan dihukum oleh rakyat kelak,” jelasnya.

Sementara itu, Azmin menolak tanggapan mengatakan kelewatan menubuhkan kerajaan akan mengurangkan sokongan rakyat terhadap PR.

“Perkara itu sama sekali tidak berlaku, kita tahu rakyat sentiasa ternanti-nanti peralihan pimpinan kerajaan baru bagi membela dan menjaga kebajikan mereka yang terabai sebelum ini.

“Mereka ternyata kecewa kerana peralihan kuasa gagal berlaku pada 16 September lalu, itu saya akui. Di sini saya menggesa rakyat agar lebih bersabar dan peralihan tampuk pemerintahan pasti akan berlaku,” ujarnya.

Beliau menambah, terdapat beberapa budaya tidak elok di dalam Barisan Nasional (BN) yang digunakan oleh pemerintah tertinggi yang takutkan perubahan di dalam kerajaan.

“Kita mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan tarikh yang sebenarnya kerana ada sahaja cubaan dan ancaman yang dibuat oleh mereka (BN) untuk menggagalkan usaha ini seperti yang berlaku sebelum ini.

“Apa yang pasti pada masa ini, jumlah ahli Parlimen yang diperlukan sudah membolehkan kita untuk membentuk kerajaan dan ia semakin bertambah, termasuklah dari semenanjung dan daripada parti komponen BN yang lain di mana saya sendiri di terlibat di dalam perbincangan ini,” jelasnya.

Ditanya mengenai bila agaknya kerajaan baru PR akan terbentuk, Azmin berkata; “Seberapa cepat yang boleh iaitu sebelum Mac 2009.”

Azmin juga tidak menafikan wujud usaha untuk menarik keluar Pas dari PR ketika di awal penggabungan mereka tetapi beliau yakin bahawa Pas akan terus berdiri teguh dan menyokong kepimpinan Anwar malah tidak ada mana-mana pihak yang dapat mengganggu gugat kesepakatan yang telah dibentuk di dalam gabungan itu.

sumber suarakeadilan

Read more...

5 Billion Untuk Pasaran Saham, Tindakan Tidak Bertanggungjawab!

Pakatan Rakyat sentiasa konsisten dan komited di dalam merangka sebarang dasar mahupun program untuk rakyat. Kita malah berulang kali menegaskan pentingnya tidak dibebani dengan kadar inflasi yang tinggi sekaligus mengakibatkan kerencatan ekonomi negara. Tindakan kerajaan untuk menaikkan harga minyak petrol serta dengan boros membelanjakan wang untuk menjana projek mega amat mengecewakan.

Di dalam perbahasan belanjawan tempoh hari, saya menegaskan belanjawan 2009 yang dibentangkan sudah tidak bermakna lagi. Unjuran yang dibuat berasaskan angka dan fakta lapok! Malah saya menggesa Menteri Kewangan yang baru agar segera membentangkan belanjawan berdasarkan unjuran yang terkini. Ternyata gesaan ini dipandang sepi walau ianya memanfaatkan negara dan rakyat. Jelas ini merupakan satu tindakan tidak bertanggungjawab oleh kerajaan.

Semalam kerajaan sekali lagi bertindak terburu-buru dengan membelakangkan kepentingan rakyat dan negara. Pengumuman Menteri Kewangan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan meminjamkan sejumlah RM 5 Billion kepada Valuecap Sdn Bhd untuk menyokong pasaran saham tempatan menampakkan ketidakcekapan di dalam mengurus ekonomi negara. Tindakan ini mengesahkan kenyataan kami bahawa asas ekonomi tidak kukuh dan langkah drastik dan berani harus segera diambil. Rasuah, ketirisan harus dibasmi dan ekonomi negara harus dipacu dan dikendalikan oleh orang yang berkebolehan, bukannya oleh segelintir yang dekat dengan pemerintah.

Sumber - ANWAR IBRAHIM

Read more...

Dua pelajar UPM dedah isu di Parlimen - ref malaysiakini

P99ampang - Dua pelajar cemerlang Universiti Putra Malaysia (UPM), yang dibuang kolej kediaman menjelang minggu peperiksaan, akan mendedahkan nasib yang mereka alami di bangunan Parlimen esok.

Nur Shafiqa Mohd Ali dan Nor Farhana Farzieana Ali mengesahkan, mereka akan menyertai satu sidang media bersama wakil rakyat Ampang, Zuraida Kamaruddin jam 12.30 tengah hari.

Nur Shafiqa, yang juga exco Persatuan Mahasiswa Islam UPM, memberitahu Malaysiakini hari ini, wakil persatuan itu dijangka turut hadir.

Kedua-duanya mencapai keputusan lebih CGPA 3.5 mata, diarahkan meninggalkan Kolej Tun Perak mulai 15 Oktober, sehari selepas notis rasmi dikeluarkan.

Selain kecemerlangan akademik, Nor Farhana Farzieana juga aktif dalam Majlis Perwakilan Mahasiswa UPM sesi lepas yang berakhir awal bulan ini.

Mereka yang menganggotai Kelab al-Biruni UPM, sebuah kumpulan eksklusif pelajar cemerlang universiti itu, kini sedang menghadapi peperiksaan akhir semester.

Dalam surat arahannya, UPM menyatakan kedua-duanya berada di kolej itu “secara tidak sah” dan “tanpa pengetahuan pihak pengurusan kolej”.

Malaysiakini difahamkan universiti itu dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu berkenaan petang esok.

Menurut siaran media pejabat Zuraida, yang juga ketua Wanita PKR, dua mahasiswa itu hadir “bagi mendedahkan hal sebenar” yang berlaku terhadap mereka.

“Mereka juga mahu masyarakat sedar dan mengambil perhatian terhadap isu institusi pendidikan tinggi khususnya di bahagian pentadbiran yang secara langsung merupakan akibat utama terhadap kejatuhan kualiti dan taraf institusi pengajian tinggi awam,” kenyataan pejabat ahli parlimen Ampang dipetik.

Kedua-duanya menetap di kolej itu sejak awal semester ini setelah pengurusan kolej meluluskan permohonan mereka.

Pada asalnya, nama mereka tidak tersenarai sebagai penghuni kolej itu semasa pendaftaran semester ini, awal Julai lalu, walaupun dimaklumkan mendapat tempat seminggu sebelumnya.

Hasil perbincangan dengan pentadbiran kolej, Malaysiakini difahamkan, mereka akhirnya dibenarkan tinggal.

Namun, Jumaat dua minggu lepas, selepas menginap lebih tiga bulan di asrama berkenaan, pintu bilik mereka telah dikunci oleh pengurusan kolej tanpa sebarang notis rasmi.

Borang permohonan Mahasiswa Luar kampus (MLK) turut diselitkan bagi menyatakan mereka harus mencari kediaman di luar UPM.

Mereka bagaimanapun tidak mengisi borang itu kerana tidak berminat berbuat demikian.

Kedua-dua pelajar perempuan itu sekarang menumpang di rumah seorang rakan di Seri Serdang, taman perumahan bersebelahan kampus tersebut.

Read more...

Nik Aziz semakin segar

KOTA BHARU 21 Okt. - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka kembali menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Khamis ini bagi membentangkan Bajet 2009 jika kesihatannya beransur pulih.

Menurut Nik Abdul Aziz, beliau semakin segar setelah menerima rawatan daripada doktor pakar di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini, dan mendapat rehat secukupnya sejak dimasukkan Sabtu lalu.

Rawatan yang dijalankan termasuklah bagi menggalakkan otot kakinya berfungsi dengan baik agar dapat berjalan tanpa perlu sokongan tongkat melalui senaman yang diselia oleh doktor.

“Tempurung lutut kaki kiri saya ini bermasalah, macam tak berfungsi ‘molek’ (baik), bila gerak laju, bergegar, jadi sakit.

“Saya ada rasa ringan (sihat) sikit dari semalam, harap dapat hadir sidang DUN Khamis ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di HUSM di sini hari ini.

Sumber UtusanMeroyan

Read more...

Monday, October 20, 2008

DA PIHAK GUNAKAN NAMA DSAI UNTUK KEPENTINGAN DIRI


Menurut Saudara Idrus Ibrahim kekanda kepada DSAI, "Ada pihak-pihak tertentu yang menggunakan nama AIC dan juga menjaja nama bagi kepentingan diri, malah menegaskan bahawa mereka mengenali sanak saudara dan anak saudara terdekat,keadaan menjadi buruk apabila ianya melibatkan kutipan kewangan untuk pertubuhan tertentu atau menubuhkan sesuatu kelab sokongan dengan mengutip wang dan menggunakan nama DSAI dan mengaitkan dengan nama beliau sebagai saudara ", demikian jelas Cikgu Idrus ringkas.


Pihak-pihak yang terlibat harus sedar dan menghentikan permainan politik ini demi kebaikan semua pihak.Pihak PKR negeri Pulau Pinang akan mengawasi perkembangan ini dari dekat dan akan melakukan apa yang terdaya bagi meghalang perkara ini dari berlanjutan.

Sumber - Wlrl

Read more...

Tuesday, October 14, 2008

Ketua Pemuda: Mukhriz kuasai 8 negeri - MALAYSIAKINI

MKINI - Selepas 72 Pemuda Umno bersidang setakat ini, ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mendahului pencalonan bagi jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia di lapan buah negeri.

Pada keseluruhannya, Mukhriz memperoleh sejumlah 40 pencalonan dan melepasi jumlah - 39 pencalonan - untuk bertanding jawatana tersebut.

bm version breakdown of nomination for youth chief 151008Manakala pesaing terdekatnya, ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendapat 19 pencalonan dan hanya mendahului di satu negeri sahaja, iaitu Kelantan.

Malah, pencalonan bagi jawatan ketua Pemuda di Negeri Sembilan yang selama ini dianggap pro-Khairy juga berpihak kepada Mukhriz.

Sehingga ini, semua tiga pencalonan dari negeri tersebut - Rasah, Jelebu dan Jempol - memihak kepada Mukhriz.

Manakala di Perak - juga dianggap pro-Khairy - beliau dan Mukhriz masing-masing mendapat empat peencalonan.

Negeri-negeri lain yang memihak kepada Mukhriz ialah Kedah, Terengganu, Sabah, Pahang, Pulau Pinang dan Johor.

Mukhriz mendapat kesemua lima pencalonan dari Kedah manakala Khairy pula menguasai kesemua empat pencalonan di Kelantan setakat ini.

Khir Toyo dahulu di S'gor

Dua lagi calon jawatan Pemuda Umno ialah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang setakat ini mendapat 12 pencalonan.

pencalonan bahagian pemuda umnoManakala timbalan ketua badan perhubungan Umno Perlis yang juga ketua Umno Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abdidin mendapat satu pencalonan dari bahagiannya.

Di Perak pula, Mukhriz dan Khairy masing-masing mendapat empat pencalonan manakala Dr Mohd Khir mendapat dua pencalonan.

Di Pulau Pinang, Mukhriz mendapat empat pencalonan, manakala Khairy dan Dr Mohd Khir Toyo masing-masing satu pencalonan.

Di Johor pula, daripada 12 pencalonan bagi jawatan ketua Pemuda, Mukhriz mendapat lapan pencalonan, Khairy (3) dan Dr Mohd Khir (1).

Manakala di Pahang, Khairy mendapat empat pencalonan dan Khairy mendapat dua pencalonan.

Di Sabah, daripada pencalonan bagi jawatan ketua Pemuda, Mukhriz mendapat enam pencalonan, Khairy (3) dan Dr Mohd Khir (1).

Sementara itu, Dr Mohd Khir mendahului pencalonan di Selangor dengan mendapat empat pencalonan, Mukhriz (3) dan Khairy (1).

Read more...

Special court orders Negri ruler to pay US$1 million to bank ~ REF NSTonline


The Special Court which was set up to hear cases involving royalty today ordered the Yang Dipertuan Besar of Negeri Sembilan, Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman, to pay US$1 million to Standard Chartered Bank Malaysia Berhad (SCBMB) after ruling that Tuanku Ja’afar has to honour the terms in a letter of credit.

Chief Justice Tun Abdul Hamid Mohamad, who sat with Chief Judge of Malaya Tan Sri Alaudin Mohd Sheriff, Chief Judge of Sabah and Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, and Federal Court judges Datuk Arifin Zakaria and Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, unanimously allowed the bank’s suit against the former king.

The court also dismissed Tuanku Ja’afar’s counter-suit against the bank for a declaration that the bank was not entitled in law to uplift his fixed deposit to settle the sum of US$1 million.

The suit arose after Tuanku Ja’afar, on or about Feb 12, 1999, established through SCBMB a standby letter of credit valued at US$1 million made in favour of the Connecticut Bank of Commerce (CBC) in the United States for credit facilities to be extended to a U.S. company called Texas Encore LLC (TEC).

According to the bank’s counsel, Robert Lazar, the bank was entitled to withdraw the said amount from Tuanku Ja’afar fixed deposit.

sumber dari NSTonline

Read more...

plan 16 September berada di fasa-fasa terakhir? -ref malaysiakini

walaupun 16 September sudah berlalu, tetapi projek plan 16 September masih berterusan. Walaupun kedengaran macam-macam bunyi di peringkat akar umbi penyokong parti masing-masing, namun usaha pucuk pimpinan Pakatan Rakyat tidak lagi menoleh ke belakang malah terus menyusun usaha untuk memenuhi cita-cita rakyat Malaysia tersebut.

Perkembangan terbaru menunjukkan khilaf yang berlaku antara pimpinan Pas sudah selesai dan semua pihak kembali mendokong projek plan 16 September yang didakwa sudah memasuki fasa-fasa terakhir mengambil alih kerajaan persekutuan yang sedia ada.

Keputusan Pas untuk mengahantar delegasi 5 orang pemimpin paling kanan dalam Pas menyertai Mesyuarat Pembentukan Kerajaan baru bersama Dap dan PKR dilihat sebagai suara sepakat baru Pas mendokong plan 16 September. 3 pimpinan utama yang dikatakan kurang yakin plan ini berjaya ( Presiden, Timbalan Presiden dan Mohamad sabu ) telah dipilih dan mereka juga bersetuju untuk ke Mesyuarat yang didakwa keputusan menghantar lima pemimpin berprofil tinggi parti dibuat kerana perbincangan ke arah pembentukan kerajaan baru "sampai ke tahap lebih tinggi" yang melibatkan perbincangan dasar-dasar dan persediaan membentuk jemaah menteri.

Dakwaan Abdullah Badawi yang semakin dipinggirkan oleh Umno bahawa Pembangkang mengarut dan buang masa mungkin boleh dijadikan bukti peralihan itu benar bakal berlaku. Pemimpin Umno bila bercakap, pasti lah yang betul adalah kenyataan sebalik ucapan tersebut. Beliau yang kerap mengatakan usaha pakatan ini tidak betul dan sering meminta dihentikan isu ini seperti terlupa kerana beliaulah orang yang kerap mengulas isu tersebut. Usaha melalak tak ketahuan punca sedangkan dakwaannya perkara ini cumalah angan-angan kosong pakatan menggambarkan betapa beliau yakin dan sentiasa gusar Plan 16 September akan berjaya..

sumber: bayu senja

Read more...

Harga minyak turun lagi ~ REF MalaysiaKini

MalaysiaKini~Kerajaan hari ini mengumumkan penurunan harga runcit minyak petrol dan diesel berkuatkuasa tengah malam ini.

petrol price hike reduction from rm2 45 to rm 2 30 141008Harga petrol RON97 akan dikurangkan sebanyak 15 sen seliter dari RM2.45 kepada RM2.30 seliter;

Manakala petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 10 sen seliter dari RM2.30 kepada RM2.20 seliter.

Manakala harga diesel akan dikurangkan sebanyak 20 sen seliter dari RM2.40 kepada RM2.20 seliter.

Penurunan harga minyak itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Dalam kenyataannya, perdana menteri berkata, kerajaan telah melaraskan harga runcit petrol pada 23 Ogos dan 24 September lalu.

"Oleh kerana harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhir-akhir ini, kerajaan telah membuat keputusan untuk mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya dengan lebih segera," katanya.

bm version fuel petrol diesel price hike reduction 141008

Read more...

Helikopter kontroversi terbaru Najib ~ Ref MalaysiaKini

Malaysiakini~Timbalan perdana menteri kini berdepan dakwaan berhubung perolehan peralatan pertahanan baru selepas isu kontrak pembelian kapal selam Scorpene dan pesawat pejuang Sukhoi yang menjadi isu politik besar tahun lepas.

Datuk Seri Najib Razak, sewaktu menjadi menteri pertahanan, didakwa mengendalikan usaha mendapatkan helikopter Cougar EC 275 (lihat jadual) yang dibekalkan oleh syarikat Eurocopter dalam "keadaan meragukan".

Dalam suratnya kepada Najib, sebuah syarikat yang terlibat dalam tender tersebut Mentari Services Sdn Bhd mempertikaikan keputusan kementerian itu yang didakwanya "tanpa menemui wakil penjualnya dan (tanpa) melakukan ujian penerbangan."

"Lazimnya, seseorang yang ingin membeli kereta berharga satu juta ringgit pun akan bertanya berbagai soalan kepada jurujual dan membuat pemanduan uji dua atau tiga jenama kereta sebelum memilih kereta yang paling sesuai," kata pengerusi syarikat itu Kapt (B) Datuk Zahar Hashim.

bm version malaysia military helicopter contract 141008Menurutnya lagi dalam surat 7 Oktober, proses mengeluarkan surat hasrat (LOI) kepada Eurocopter "agak luar biasa dan bertentangan dengan prosedur yang telah diamalkan selama ini."

"Kami difahamkan bahawa proses penilaian belum selesai tetapi dengan secara tiba-tiba arahan diberi oleh pihak tertentu supaya LOI dikeluarkan kepada Eurocopter," kata Zahar lagi, yang juga ketua bahagian Umno Petaling Jaya Selatan.

"LOI tersebut ditandatangani oleh seorang pegawai paras menengah di Kementerian Pertahanan dan bertarikh 15 September iaitu dua hari sebelum Datuk Seri (Najib) berpindah dari Kementerian Pertahanan ke Kementerian Kewangan."

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Zahar berkata tindakannya itu "tidak bermotifkan politik."

Dalam surat tersebut, Najib juga didakwa "menyampaikan laporan yang kurang tepat kepada Yang Amat Berhormat (perdana menteri) Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi."

Selain Mentari Services yang bertindak bagi pihak satu daripada empat penender Kelowna Flightcraft Ltd, kontrak pembekalan helikopter itu turut disertai Sikorsky dan Agusta Westland, selain Eurocopter.

Menurut Zahar dalam surat keduanya kepada Najib pada 9 Oktober lalu, Kelowna menawarkan 12 model Kazan MI-172 KF dengan harga RM898 juta, Sikorsky (RM1.45 bilion) dan Eurocopter (RM2.32 bilion).

Pembelian helikopter baru ini bertujuan menggantikan perkhidmatan Nuri, yang dibekalkan oleh Sikorsky, yang sering mengalami kemalangan.

Saranan menggantikan Nuri bermula selepas kemalangan di Genting Sempah, dekat Genting Highlands, pada Julai tahun lalu.

Dalam pilihanraya kecil Ijok, Selangor tahun lepas, isu pembelian Scorpene dan Sukhoi SU30MKM menjadi begitu hangat sehingga memaksa kementerian mengeluarkan kenyataan menjelaskannya.

Kementerian berkata semua perolehan peralatan berkenaan mengikut prosedur yang ditetapkan dan tidak membazir.

Ia juga menafikan dakwaan kerajaan membayar komisen RM540 juta kepada penganalisis politik Abdul Razak Baginda, seorang kenalan Najib yang kini menghadapi tuduhan bersubahat dalam pembunuhan wanita Mongolia.

Dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini, Najib berkata perkara itu akan dijelaskan secara terperinci di Dewan Rakyat dalam masa terdekat.

Read more...

Monday, October 13, 2008

Senang nye jadi Pemimpin

Najib tak berani jejak kaki di Parlimen semalam kerana tidak mampu berdepan dengan Anwar. Dia sudah menjangkakan bahawa isu isu berkaitan Altantuya dan salah guna kuasanya akan di selitkan di dalam mana mana topik. Kerana tidak bertanggung jawab dan 'takut kerana salah' maka, dia menghilang kan diri.

Menurut artikel dalam salah satu blog yang aku baca semalam, ada kelibat Najib kelihatan pada sebelah tengahari tetapi dia kembali menghilangkan diri selepas itu. Entah keluar atau berada di dalam sebuah bilik di Parlimen, itu kita tak tau. Tapi yang pasti ... dia takut berdepan dengan kemungkinan pendedahan kes kes yang bersangkutan dengan dirinya tidak bersedia berhadapan dengan kemungkinan yang tidak pasti. Kalau setakat baca lirik yang ditulis oleh setiausaha ... dia cukup terror.

Hari ini, akhbar arus perdana menyiarkan tajuk "Wakil BN Boikot Anwar". Cukup besar tajuk tu, tapi isi kandungannya tersasar dari tajuk yang diberikan dan keadaan sebenar.

Istilah boikot yang biasa kita dengar dan baca adalah boikot yang di istiharkan beramai ramai. Sebagai contoh pembangkang tidak bersetuju dengan Kerajaan di dalam apa apa isu dan mereka beramai ramai keluar. Tapi keadaan itu berlainan semalam. Dengan jumlah wakil BN yang seciput yang hadir, mereka selang seli keluar dewan untuk melepaskan gian cerut, rokok dan buang air kecil. Tiada istilah boikot selain dari pedih telinga mendengar kritikan Anwar yang di selang seli dengan kritikan sinis terhadap Parti BN dan kepimpinan mereka.

Dalam pada itu, beberapa orang wakil BN di lihat angkat tangan untuk membuat pertanyaan dan hujah, di berikan kebenaran berbuat demikian sehingga ke akhir persidangan. Sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan apa yang dikatakan oleh Anwar, mereka boleh menempelak semula, tapi setiap hujah akan di balas dengan hujah yang boleh membuat mereka menyepi tanpa sebarang kata.

Masalah yang berlaku di Parlimen adalah, Wakil BN terdiri dari golongan angguk dan ampu. Bila dewan di penuhi dengan golongan manusia seperti itu, maka perbahasan yang ada tidak mendatangkan sebarang manafaat kerana kekurangan fakta. Mereka bantai meracau tak tentu hala. Kesimpulannya semalam, dari di belasah kerana kurang bukti dan fakta, maka wakil BN telah mengambil keputusan untuk berdiam diri dan biarkan Anwar membelasah pemimpin pemimpin mereka.

Keadaan mungkin berubah sedikit jika ujudnya PM dan TPM di dalam dewan. Ketika itu, kita akan lihat bagaimana bodeknya mereka mereka ini mem'backup' boss mereka di dalam setiap hujah. Namun kita boleh menjangkakan apa kah inti percakapan mereka yang kosong semata mata.

Aku tak dapat bayangkan bagaimana sebuah Parlimen kononnya menjadi lambang demokrasi negara, di biarkan kosong ketika persidangan berlaku. Nak pergi .. pergi. Tak nak pergi ... maka tak payah pergi. Bila ada usul yang perlukan peratus undi ... diorang penuhkan Parlimen. Kalau cam tu, dah tentu diorang tak tau jalan cerita lalu setuju dengan apa yang pemimpin usulkan. Sampai bila pun negara takkan berubah dengan sikap pemimpin cam ni. Tak bertanggung jawab dan tak mau bersoal jawab. Pemimpin suruh angguk ...diorang angguk, di suruh geleng, diorang geleng.

Kalau tindakan pemimpin BN betul ... jawab la. Apa takut plak? Bila tiada alasan nak jawab, diorang tak datang. Senang punya kerja.

diambil dari No2umno

Read more...

Anwar akan sambung bahas Bajet 2009 hari ini - MALAYSIAKINI

Parlimen Malaysia
Parlimen Malaysia Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyambung perbahasan belanjawan 2009 hari ini mulai jam 11.30 pagi.

Semalam beliau telah mengambil hampir empat jam setengah membahaskan Bajet 2009 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 29 Ogos lalu.

Kemungkinan besar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil masa satu jam lagi membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2009 (Bajet 2009) mulai jam 11.30 pagi selepas sesi soal jawab.

Jika tidak ada apa-apa halangan siaran langsung Dewan Rakyat akan disiarkan mulai jam 10.00 pagi. Siaran langsung ini dibawa khas oleh MP PAS, LIVE DI SINI dengan kerjasama Jabatan IT PAS Pusat.

Klik di sini untuk lihat Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) untuk hari ini. - jiwokelate

diambil dari Skuaddunbatucaves

Read more...

* Pembangkang 'henti' sementara usul tak percaya - REF MALAYSIAKINI

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata pembangkang akan 'menghentikan' sementara usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Rakyat, bagi memberi tumpuan kepada perbahasan Belanjawan 2009.

"Fokus kita sekarang ialah Belanjawan 2009 perlu dibentangkan semula kerana ia sudah tidak relevan dengan keadaan ekonomi semasa," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Beliau berkata, usul undi tidak percaya tidak akan dibincangkan kerana soal belanjawan yang perlu dibentangkan semula kini menjadi keutamaan pembangkang.-

Anwar berkata, soal tarikh baru untuk menubuhkan kerajaan juga bukan menjadi keutamaan Pakatan Rakyat sekarang.

"Tidak.. saya tidak akan bagi tarikh (baru)," katanya yang sebelum ini memberi tarikh 16 September lalu dan baru-baru ini selepas Aidiladha untuk menubuhkan kerajaan Pusat.

- bhairan

Read more...

Sunday, October 12, 2008

MELAKA HAPUSKAN KESAN SEJARAH PELIHARA 'GAJAH PUTIH' ~ Ref Malaysiakini

Semalam saya bersiar-siar di sekitar Bandar Melaka sekadar melihat perkembangan Bandaraya yang dikatakan antara yang paling pesat membangun di Malaysia.

Memang banyak perubahan yang dilihat berbanding dengan apa yang saya lihat kira-kira 28 tahun dahulu sewaktu saya pertama kali bersiar-siar di sini. Ketika itu Mahkota Parade belum ada. Apa yang ada ialah Laut Cina Selatan yang tanpa jemu menghempaskan airnya ke pantai Bandar Hilir. Rupa-rupanya selepas puluhan tahun pantai itu menjadi medan 'shopping' pencinta 'window shopping' di Melaka. Semua adalah kerana ia telah ditambak.

Tanpa di duga suatu yang Padang Pahlawan yang menjadi sejarah suatu ketika dahulu sudah hilang dari dunia ini apabila ia dikuburkan oleh manusia rakus yang tidak jemu-jemu membina hutan batu sedangkan ianya menelan kesan sejarah yang bermakna kepada negara. Padang itu kini menjadi tempat membeli belah dan tempat berpeleseran anak-anak muda yang seolah-olah tidak faham halal haram.

Padang Pahlawan juga dikenali sebagai Padang Merdeka terletak di Bandar Hilir, Melaka.

Di padang inilah, pada 20 Februari 1956 Tunku Abdul Rahman mengistiharkan bahawa tarikh kemerdekaan telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957.

Setelah pulang daripada rundingan selama 3 minggu dengan pihak British, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menaiki konvoi kereta daripada Ayer Keroh ke Padang Merdeka di Melaka sebelum mengumumkan kepada orang ramai pada satu perhimpunan di Padang Merdeka, Bandar Hilir Melaka bahawa Kerajaan British bersetuju memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu secara rasminya pada 31 Ogos tahun 1957.

Kini ianya hanya tinggal nama akibat kerakusan kerajaan BN Negeri Melaka. Bayangkan sebuah tempat paling bersejarah di mana kemerdekaan negara diisytiharkan pertama kali diumukan, sanggup dikuburkan oleh kerajaan negeri Melaka.

Saya agak mungkin banyak lagi kesan sejarah akan lenyap dari mukabumi Melaka ini andai kerajaan BN terus diberikan mandat pada masa depan.

Banyaknya Gajah Putih dipelihara

Salah satu projek Gajah Putih yang paling merugikan ialah Projek Pulau Melaka. Pulau Melaka yang merupakan sebuah pulau buatan yang dibina dengan menambak laut untuk dijadikan kawasan komersil. Namun, kebanyakan kedai-kedai di sini kelihatan terbengkalai dan tidak berpenghuni. Projek ini dikatakan menelan belanja RM1 bilion.

Di sini terdapat sebuah masjid yang dinamakan Masjid Selat. Saya pun kurang pasti mengapa masjid ini dibina kerana sudah dua kali saya bersembahyang di sana, saya dapati jemaah yang bersolat tidak sampai 15 orang sahaja.

Selain dari Projek Pulau Melaka ini terdapat satu lagi projek Gajah Putih iaitu Melaka Digital Mall, satu lagi pembangunan yang bernilai jutaan ringgit.

Walaupun telah siap sejak tahun lepas lagi, tinjauan saya mendapati hanya terdapat sebuah restoran makanan segera dan beberapa kedai menjual telefon bimbit yang ibarat ‘hidup segan mati tak mahu’.

Bangunan yang pada peringkat awalnya ingin dijadikan Plaza ‘ Low Yatt Melaka’ yang menjual pelbagai peralatan dan aksesesori komputer dan telefon bimbit tidak menjadi kenyataan.

Menurut seorang pengedar dan penjual barang komputer di bandar ini berkata di antara punca peniaga-peniaga komputer tidak berminat menjalankan operasi di bangunan ini kerana sewanya yang mahal dan masalah tempat letak kereta yang dilihat menyukarkan pengguna untuk berkunjung ke sini.

Saya juga pernah mendedahkan dalam blog ini bahawa Stadium Hang Jebat juga merupakan sebuah projek Gajah Putih kerana ianya jarang digunakan.

Nampaknya begitu banyak projek Gajah Putih di negeri ini sehingga menyebabkan hutang negeri meningkat menjadi RM1.1 bilion mengikut laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2007.

Sikap pemimpin negeri ini yang berbangga dengan projek besar tetapi tidak memberikan hasild dan pulangan kepada negeri dan rakyat amat dikesalkan.

Selepas ini kita juga belum mengetahui nasib yang akan menimpa projek-projek mega lain seperti Eye On Malaysia yang menelan belanja RM40 juta; Menara Taming Sari Menara Taming Sari yang bernilai RM 26 juta dan Skrin Air Terbesar di dunia dan 'aerospace dome' yang bernilai RM 43 juta.

Rakyat Melaka diharap tidak terpengaruh dengan sikap pemimpin negeri yang suka berbangga dengan projek-projek ini tetapi akhirnya menjadi gajah putih sekadar untuk pameran tetapi tidak memberikan hasil kepada negeri. Akhirnya duit rakyat yang hangus dan lebur.

Read more...

NAJIB AKAN JADI BONEKA MAHATHIR?

Ruhanie Ahmad

Kebelakangan ini terdapat pelbagai suara, termasuk oleh bloggers tempatan, yang menyalurkan doa, harapan dan nasihat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menghindari kesilapan dan kepincangan kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Doa, harapan dan nasihat ini mencerminkan kesungguhan serta kesukarelaan rakyat jelata untuk menyumbang idea demi memperkasakan kepimpinan Najib dan jemaah perjuangannya dalam usaha memulihkan negara tercinta ini di hari-hari mendatang.

Bagaimanapun, ada pula seorang mantan menteri yang meramalkan kononnya Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjadi Perdana Menteri de facto dan mahathirisme akan mendapat nafas baru bila Najib menerajui UMNO dan kerajaan Malaysia.

Kenyataan meleset ini membayangkan seolah-olah Najib tidak mampu menguruskan negara dan UMNO menurut visi, misi dan kebijaksanaanya sendiri. Ia juga cuba membayangkan kononnya Najib dan barisan pemimpin yang kelak bersamanya akan menjadi boneka Mahathir.

Nampaknya mantan menteri berkenaan terlupa bahawa dakwaan mengenai wujudnya Perdana Menteri de facto ini sebenarnya hanya kedengaran di era kepimpinan Abdullah - tidak di zaman Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Razak Hussein, Tun Hussein Onn, waima di zaman Mahathir. Majoriti kita pun amat maklum siapakah individunya yang dikatakan menjadi Perdana Menteri de facto di era Abdullah ini.

Mahathirisme

Apa yang disifatkan sebagai mahathirisme pula memang boleh ditafsirkan mengikut sentimen dan citarasa pentafsirnya. Ia boleh jadi positif atau sebaliknya.

Tetapi, sebilangan besar kita menyifatkan mahathirisme sebagai ketegasan, keikhlasan, tidak flip-flop, tidak dijangkiti sindrom penafian, dan tidak mengizinkan mana-mana pihak menjadikan Malaysia sebagai bonekanya.

Mahathirisme juga adalah semangat dan sikap perjuangan yang sentiasa memelihara kemerdekaan dan kedaulatan ibu pertiwi, semangat dan perjuangan yang sentiasa menitikberatkan masa depan yang makmur dan selamat bagi seluruh rakyat jelata, amalan pengurusan yang mampu mentakrif masa depan sebagai landasan kepada pelbagai dasar dan program pro-aktif untuk kebaikan warga Malaysia, dan amalan tidak menggunakan agama sebagai topeng melegitimasikan sesuatu era kepimpinan.

Hari ini Mahathir membuat kenyataan di Melbourne, Australia, menasihati Najib “memastikan dirinya tidak dikelilingi oleh kroni dan anggota keluarga apabila beliau menjadi perdana menteri.”

Mahathir juga mencadangkan semoga Najib “mendapatkan nasihat daripada beberapa bekas anggota Parlimen dan pakar mengenai urusan mentadbir negara.”

Muhyiddin

Kenyataan penuh Mahathir yang dilaporkan oleh Bernama boleh diakses di sini:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1012&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_03.htm

Bernama juga memetik kenyataan Mahathir di Melbourbe bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan “tokoh terbaik” untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Kata Mahathir: “Terdapat banyak orang yang bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO, tetapi saya fikir Muhyiddin adalah tokoh terbaik untuk menjadi timbalan kepada Najib.”

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1012&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_08.htm

Maka, soalnya di sini, mungkinkah mantan menteri berkenaan akan mengatakan bahawa kedua-dua kenyataan Mahathir di atas adalah bukti kononnya Mahathir akan jadi Perdana Menteri de facto dan mahathrisme akan menerima nafas baru di era kepimpinan Najib kelak?

Negarawan

Saya yakin kedua-dua kenyataan Mahathir di Melbourne ini adalah ikhlas dan demi kepentingan Malaysia dan rakyat jelata seluruhnya. Ini kerana Mahathir adalah seorang negarawan unggul yang dihormati, termasuk oleh komuniti dunia.

Biarpun Mahathir pernah diberikan pelbagai label dan nama jolokan yang negatif di era kepimpinannya selama 22 tahun, adalah tidak boleh dinafikan bahawa majoriti rakyat jelata Malaysia bangga dengan perjuangan serta pencapaian beliau.

Pada waktu yang sama, Mahathir bersara tanpa disuruh. Beliau meninggalkan legasi kepimpinan yang mengharumkan Malaysia. Beliau berwawasan besar dan jauh. Beliau sentiasa fokus. Beliau adalah negarawan yang yang mengketengahkan mentaliti dan psikologi “Malaysia Boleh!”.

Jadi, bila Najib dan barisan kepimpinannya kelak, Insya Allah, berjaya menggembilang dan mengharumkan semula nama Malaysia, adakah ini bermakna Najib menguruskan kerajaan dan siasahnya menurut telunjuk Mahathir?

Majlis Penasihat

Mudah-mudahan Najib dan barisan kepimpinannya kelak benar-benar menebus segala kesilapan dan kepincangan kepimpinan Abdullah supaya Abdullah sendiri tidak akan terkilan dengan slogan cemerlang, gemilang dan terbilang yang sebenarnya hanya indah khabar dari rupa.

Untuk itu, apa yang disarankan oleh Mahathir kebelakangan ini - bahawa kerajaan era pasca Abdullah sewajarnya membentuk satu majlis penasihat atau council of advisors sebagai pembimbing dan watch-dog kepada pengurusan negara - seelok-eloknya dihalusi oleh Najib dengan seberapa segera demi agama, bangsa dan tanahair seluruhnya.

Lantiklah sesiapa sahaja yang layak untuk mengetui majlis berkenaan. Lebih elok lagi jika majlis itu diwakili oleh seluruh entik Malaysia yang berwibawa asalkan mereka bukan golongan oportunis atau kelompok sokong yang membawa rebah!

Mungkin sukar untuk Najib dan barisan kepimpinannya untuk mengkoreksikan seluruh kesilapan dan kepincangan era Abdullah dengan sekelip mata. Tetapi, jikan iltizam ke arah ini dilaksanakan secara ikhlas, jujur, komprehensif dan konsisten, pastinya ia akan beroleh kejayaan.

KEPADA ALLAH BERSERAH.

diambil dari kudakepang

Read more...

Friday, October 10, 2008

Proton MPV Journey1.8





Read more...

Gula Gula Be-End


Hari nie ada member office bagi gula-gula ... Gula Gula BN, perisa coklat ada rasa pahit pahit sikit,

Read more...

Thursday, October 9, 2008

PEMBENTUKAN KERAJAAN BARU... - MALAYSIAKINI

Posted by Skuad Dun Batu Caves

Tempoh dua bulan akan datang menjelang hari Raya Aidiladha kini menjadi sasran Pakatan Rakyat membentuk kerajaan baru Persekutuan.

Namun dijangkan penubuhan kerajaan baru akan dibentuk secepat mungkin. Mungkin persidangan parlimen yang disambung pada 13 oktober ini akan memberi titik permulaan penubuhan kerajaan baru ini kelak dan pasti akan bermula dengan penuh kejutan.

Menurut mstar Anwar menetapkan sasaran mungkin sebelum Hari Raya Haji sewaktu beliau memberikan ceramah di Padang Perdana.

Anwar memberitahu, sasaran 16 September memang menjadi, namun Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi enggan menemui Pakatan Rakyat dan menolak permintaan sidang khas Parlimen pada 23 September lalu.

Ketua Pembangkang itu juga memberitahu "Sasaran 16 September, ia masih landasan. Tak minggu ini, minggu depan. Tak bulan ini bulan depan. "

Anwar juga menegaskan mempunyai jumlah wakil rakyat yang mencukupi di samping mahu mengikut lunas Parlimen untuk menggantikan kerajaan Barisan Nasional.

Read more...

Bermulalah Perang terhadap Najib Razak - MALAYSIAKINI

Pagi tadi ketika pulang dari Mahkamah Jalan Duta sekitar pukul 11 pagi, ternampak satu banner digantung yang berbunyi, “Rakyat Merayu kepada Pak Lah Agar Tidak Serah Malaysia Kepada Penjenayah”. Di banner tersebut terdapat gambar Altantuya Shaariibuu, Najib Razak dan Rosmah Mansor.

Tanpa membuang masa, kereta pun dihentikan dan gambar diambil.Kebanyakkan kereta yang melalui jalan tersebut memperlahankan kenderaan untuk melihat banner tersebut.

Selepas makan tengah hari saya keluar untuk membayar bil-bil.

Dalam perjalanan pulang ketika melalui Jalan Bangsar pada pukul 2.00 petang berhampiran dengan simpang untuk ke pejabat NSTP, ternampak sebuah lagi banner yang mempunyai gambar Altantuya, Najib dan Rosmah.

Di banner ini pula tertulis,

“Najib Tun Razak Perdana Menteri Ke 6?

  • Rasuah hampir satu billion dalam urusan pembelian peralatan pertahanan.
  • Tuduh isteri pertama Tengku Puteri Zainah gila babi untuk kahwin dengan isteri orang.
  • Membeli isteri orang untuk dikahwini.
  • Punyai isteri yang tamak, boros dan queen control umpama Imelda Marcos.
  • Misteri pembunuhan Altantuya.

http://antinajib.blogspot.com Selamatkan Melayu”

Banner yang kedua ini terdapat logo Umno dan digantung disebelah banner hari raya Umno Lembah Pantai. Semalam Pak Lah mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno dalam pemilihan parti tersebut Mac depan.

Setakat ini Najib disebut sebagai penggantinya. Seperti yang dikatakan semalam, Najib “mungkin” menjadi penggantinya. Beliau menggunakan perkataan “mungkin” kerana Najib masih lagi perlu bertanding untuk merebut jawatan Presiden Umno. Setakat ini hanya Ku Li yang telah mengumumkan untuk mencabar jawatan Presiden Umno dalam pemilihan Umno nanti. Masih belum ada calon-calon lain yang berani.

Namun ramai pihak belum yakin Ku Li akan dapat cukup pencalonan untuk merebut jawatan tersebut.

Apa-apa pun perang dalaman Umno untuk merebut kekuasaan telah bermula. Yang peliknya, perang terhadap Najib bermula terlebih dahulu. - Amin Iskandar

diambil dari skuaddunbatucaves

Read more...

Pembetulan dari Akhbar Sinar Harian mengenai kenyataan DSAI - ref malaysiakini


Berita bertajuk ' Anwar akui Najib dapat lebih sokongan' yang disiarkan di halaman N4 akhbar ini semalam ada menyebut kenyataan DSAI seperti berikut:

"Najib mampu mendapat sokongan yang lebih dalam menguruskan ekonomi dan membersihkan negara ini daripada amalan rasuah dan salah urus ekonomi."
kata kata tersebut telah dijadikan 'quotation' dan disiarkan di halaman hadapan.

Kenyataan Penasihat PKR yang dibuat pada 7 Oktober di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta itu sepatutnya di baca seperti berikut:
" Najib tidak mampu mendapat sokongan yang lebih dalam menguruskan ekonomi dan membersihkan negara ini daripada amalan rasuah dan salah urus ekonomi."
Wartawan kami yang menulis berita tersebut telah tertinggal perkataan 'tidak' dalam laporannya. Kami memohon maaf di atas kesilapan ini. - Editor SinarHarian

berita sebelum ni...

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim percaya bahawa negara akan terjerumus ke dalam bencana yang besar sekiranya negara ditakbir oleh seorang Perdana Menteri yang bernama Najib Tun Razak. Menurutnya, Timbalan Presiden Umno itu akan menerus agenda ekonomi pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi yang telah ditolak oleh rakyat Malaysia. “Kenyataan beliau bahawa Malaysia tidak akan terkesan dengan perkembangan krisis ekonomi dunia sangat membimbangkan dan mempamerkan kegagalan beliau untuk menangani cabaran yang akan dihadapi oleh negara kita pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata sedemikian bagi memperbetulkan salah lapor kenyataanya didalam akhbar Sinar Harian yang membelitkan kenyataan Ketua Umum KeADILan di Perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta semalam. Sinar Harian hari ini memutar belitkan kenyataan Ketua Umum KeADILan bahawa beliau percaya Najib mampu mendapat sokongan yang lebih dalam menguruskan ekonomi dan membersihkan negara ini daripada amalan rasuah.

“Ini adalah tidak benar. Laporan tersebut jelas memutar belitkan kenyataan saya yang dibuat pada 7hb Oktober berkenaan proses peralihan kuasa dalam UMNO,” katanya lagi. Menurut Anwar lagi, Najib tidak menunjukan komitmen bagi memastikan agenda perubahan berlaku demi memulihkan keyakinan rakyat terhadap Badan Kehakiman dan bertindak memerangi rasuah. “Rakyat Malaysia bimbang di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, undang-undang kuku besi seperti penggunaan ISA akan diteruskan dan sendi-sendi demokratik akan dilumpuhkan,” katanya lagi. Pada Pilihanraya Umum, 8 Mac lalu serta Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, jelas Anwar, iaya telah membuktikan rakyat mahukan agenda perubahan dan harus ianya direalisasikan segera. “Sedangkan pada Pilihanraya Umum 8 Mac 2008 dan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh tempoh hari, rakyat menyuarakan hasrat mereka agar Agenda Perubahan menjadi keutamaan dan direalisasikan dengan segera,”tambahnya lagi.

Najib, menurut Anwar,yang dikatakan terlibat didalam beberapa kes seperti komisen pembelian peralatan tentera dari perancis dan Russia serta kaitanya didalam kes pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu harus menjawab persoalan yang mengaitkan beliau dengan tuduhan berkenaan. “Pemimpin sebegini akan mencemarkan reputasi Malaysia di kacamata masyarakat antarabangsa dan sekaligus akan memberikan kesan negatif dalam membentuk tanggapan pelabur-pelabur asing terhadap Malaysia,”katanya lagi Anwar turut memohon agar akhbar berkenaan (Sinar Harian) menyiarkan pembetulan dan lebih bertanggungjawab untuk melaporkan sebarang berita dengan benar dan tepat pada masa hadapan. Sumber: Suara Keadilan

Read more...

Wednesday, October 8, 2008

Parlimen Marang kekal milik Presiden PAS -ref malaysiakini

KUALA TERENGGANU, 9 Okt (Hrkh) - 'PAS Menang Lagi' begitulah ungkapan yang dapat dinyatakan apabila keputusan Hakim Mahkamah Pilihan Raya Terengganu, Dato' Kang Hwee Gee membuat keputusan menolak petisyen tersebut.







Justeru itu, Parlimen Marang masih kekal milik Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang apabila Mahkamah Pilihan Raya memutuskan untuk menolak dengan kos petisyen yang difailkan calon Barisan Nasional (BN), Dato' Dr Ahmad Ramzi Zubir pada 28 April lalu.

Setelah meneliti kesemua hujah yang dikemukakan oleh pihak pempetisyen dan responden, hakim berkenaan ketika membacakan keputusan penghakiman bahawa pempetisyen gagal mengemukakan bukti berhubung salah laku penyokong PAS di parlimen tersebut pada pilihan raya umum, 8 Mac lalu.

Pasukan peguam responden diketuai oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Wan Abdul Mutalib Embong dan Pempetisyen diwakili lima peguam yang diketuai oleh Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin.

Dato' Wan Abdul Mutalib berkata keputusan bantahan awal yang dikemukakan oleh PAS terhadap petisyen yang dibuat oleh Umno diterima pihak mahkamah.

"Keputusan di atas bantahan awal kita (PAS) di atas ketidaksempurnaan petisyen yang dibuat oleh Umno-Barisan Nasional dalam dua kes di Parlimen Marang dan Rhu Rendang diterima mahkamah.

"Oleh kerana, Rhu Rendang itu berada dalam kawasan Parlimen Marang maka kes itu disekalikan pendengarannya," jelas Dato' Wan Abdul Mutalib.

Katanya, fakta yang dikemukakan dalam petisyen hampir sama, tinggal lagi parlimen itu mencakupi dua lagi insiden di luar daripada kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Rhu Rendang.

Menurutnya, insiden tersebut berlaku di Sekolah Bukit Sawa kemudian di depan markas PAS Seberang Marang dan di depan Sekolah Menengah Marang termasuk peristiwa penahanam bas di lokasi dekat Masjid Marang.

Katanya, mahkamah mendapati bahawa pihak pempetisyen gagal membuktikan kejadian yang berlaku itu dilakukan oleh calon atau agen calon.

Dato' Wan Abdul Mutalib berkata hujah pempetisyen berhubung anak lelaki Presiden PAS iaitu Mohd Khalil sebagai responden pertama dan penyokongnya yang memakai jaket PAS ketika kejadian tersebut tidak memadai bahawa perbuatan tersebut dilakukan dalam pengetahuan atau agennya.

"Pempetisyen juga gagal menyediakan fakta bahawa individu berkenaan adalah agen kepada responden pertama," ujarnya.

Bahkan, katanya mahkamah mendapati PAS berjaya mengemukakan bukti mencukupi untuk menolak petisyen yang difailkan calon Umno-BN itu. - mks. _

sumber : harakahdaily

Read more...

MAMPU KUKUHKAN UMNO – MAHATHIR – U.meroyan -ref malaysiakini

PUTRAJAYA 8 Okt. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan keputusan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti Mac tahun depan mampu mengukuhkan kembali kekuatan UMNO.

Mengenai apakah yang perlu dilakukan oleh Abdullah sekarang, Dr. Mahathir berkata, Abdullah perlu membiarkan Najib melaksanakan peranannya dan beliau berharap Perdana Menteri tidak terlalu mencampuri tugas timbalannya itu.

''Ini kerana jika Najib dilihat terlalu mengikut atau mengambil nasihat Abdullah, saya percaya Najib akan kehilangan sokongan," katanya.

kah kah kah…. inilah dia malaun yang menjatuhkan dolah…..inilah dia malaon yang 22 tahun berusaha nak naikkan anaknya…. Jadikan anaknya kaya raya….kah kah kah

tengok nasihat dia pada mat najib ….. jangan ikut ambil nasihat dolah… kah kah kah…. ertinya ambil nasihat dia…. berap tahun lagilaaa kita ni nak di bawah madey… letih dengan kitul ni…. kah kah kah

sumber - tukar tiub

Read more...

Anwar tidak tunggu Pak Lah

KUALA LUMPUR - Rancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih kerajaan tetap akan diteruskan tidak mengira keputusan sama ada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan Presiden UMNO ataupun tidak.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, beliau hanya menunggu keputusan yang akan dikeluarkan esok (hari ini).

“Rancangan mengambil alih kerajaan ini bukanlah bersifat peribadi terhadap Abdullah ataupun Najib.

“Najib mampu mendapat sokongan yang lebih dalam menguruskan ekonomi serta membersihkan negara ini daripada amalan rasuah dan salah urus ekonomi," jawabnya ketika ditanya mengenai peluangnya untuk menjadi Perdana Menteri berikutan pengumuman Abdullah hari ini sama ada bertanding atau tidak jawatan Presiden sekaligus memberi laluan kepada timbalannya mengambil alih jawatan sebagai Presiden pada Mac depan.

Tambah Anwar, adalah penting pihaknya meneruskan gerakan reformasi dan melakukan perubahan kerana rakyat sudah tidak mempercayai pemerintahan di bawah Perdana Menteri yang ada hari ini.

“Pemimpin mestilah berwibawa dan kita bercerita tentang sistem yang dicemari amalan rasuah dan menyokong perbuatan jenayah," ujarnya kepada pemberita di lobi Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini, semalam.

Ketika disoal mengenai tindakan Hindraf yang keterlaluan kebelakangan ini, Anwar menjawab, isu berkenaan dilaporkan oleh sebuah akhbar bertujuan membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap kaum India.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, turut menyentuh isu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang disifatkan sebagai zalim dan perlu diubah.

“Orang ditahan di bawah akta yang zalim kena dibebaskan. Jangan nak tukar (topik), makan anjing ke, makan beruk ke. Itu bukan soalnya.

“Orang zalim kena dibetulkan kesalahan mereka. Kalau orang Melayu beragama Islam tunjuk zalim kepada yang bukan Islam, mereka tidak layak memimpin negara ini," katanya.

Diambil dari Sinar

Read more...

Tuesday, October 7, 2008

Mahkamah jangka buat keputusan esok, rakyat diseru beri solidariti

Mahkamah akan tentukan sama ada keputusan membawa kes ke Mahkamah Tinggi atau terus kekal di Mahkamah Seksyen hari ini. Gambar: Malaysia Insider


KUALA LUMPUR, 7 SEPTEMBER (SK)
- Hujah-hujah pihak pembela Anwar Ibrahim akan bersambung jam 11 pagi esok sebelum mahkamah memutuskan samaada membawa kes berkenaan ke mahkamah tinggi atau tidak.

Hari ini, Hakim S.M Komanthy Suppiah menyatakan bahawa Mahkamah Sesyen mempunyai budi bicara untuk memerintahkan pemindahan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.

Oleh yang demikian, para pendokong keadilan dan reformasi diminta agar berkumpul di Mahkamah Jalan Duta pagi esok bagi mendengar keputusan berkenaan.

Pada 10 September lalu, Barisan Peguam Anwar Ibrahim yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah mempertikaikan campurtangan Peguam Negara, Abdul Gani Patail yang menandatangani perintah untuk memindahkan kes pendakwaan terhadap tuduhan liwat keatas Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi.

Menurut para peguam Anwar, tidak sepatutnya Abdul Ghani terlibat didalam kes tersebut kerana sebelum ini, Perdana Menteri Abdullah Badawi telah mengatakan Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Musa Hassan tidak akan terbabit secara langsung dalam kes liwat terhadap Anwar.

Ini berikutan, bekas Timbalan Perdana Menteri itu pernah membuat laporan polis terhadap Abdul Gani atas dakwaan memalsukan keterangan dalam insiden “mata hitam” Anwar pada 1998.

diambil dari SuaraKeadilan

Read more...

Monday, October 6, 2008

PKR enggan turunkan foto besar Anwar

malaysiakini | ...Gambar penasihat PKR yang diperbuat daripada papan lapis itu dinaikkan pada 28 September oleh sekumpulan penyokong PKR bagi menyambut Aidilfitri diletakkan di sebuah simpang depan Wisma Keringat dengan kelulusan Majlis Perbandaran Selayang.

Wakil rakyat PKR kawasan itu Amiruddin Shari berkata ia akan diturunkan apabila permit kelulusannya tamat tempoh tidak lama lagi.

poster gergasi anwar ibrahim batu caves 061008Bagaimanapun beliau, yang turut merasmikan penegakan gambar Anwar berbaju biru muda sedang tersenyum sambil mengangkat tangan kanan itu, tidak pasti bila tarikh tamat permit tersebut.

"Apabila tamat tempoh yang dibenarkan, kita akan turunkan.

"Saya tidak pasti berapa lama, tetapi seingat saya, permitnya tidak sampai sebulan," katanya kepada Malaysiakini, mengulas kenyataan mufti Perlis di muka depan sebuah akhbar hari ini.

Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Islam melarang penganutnya menjadikan objek manusia seperti replika yang besar untuk diagungkan oleh pengikut masing-masing kerana menjurus kepada unsur mengagungkan sesama manusia lebih daripada had yang sepatutnya.

Amiruddin, yang juga naib ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), bagaimanapun menafikan wujud aktiviti keberhalaan di tempat tersebut.... selanjutnya.

Read more...

Bongkar: Fakta Sebenar Disebalik Insiden Anggota Polis Lepaskan 58 Das Tembakan !!

buletinonline

Ditulis oleh Pahangdaily
Monday, 06 October 2008
http://buletinonline.net/images/berita12/58das14.jpgSatu syawal yang lalu, seluruh negara dikejutkan dengan berita "Anggota Polis Lepaskan 58 Das Tembakan". Sesungguhnya berita ini amat menggemparkan sekali, tambahan pula ia dilakukan oleh seorang anggota polis.

Apakah yang berlaku sebenarnya?. Mengapakah anggota polis terbabit melepaskan tembakan membabi buta begitu? Mengapakah seorang anggota polis yang diluar tugas boleh membawa begitu banyak peluru sedangkan beliau sepatutnya menyerahkan semua senjatanya.

Inilah yang menjadi persoalan ramai pihak. Kami juga tertanya-tanya dengan laporan yang disiarkan oleh media arus perdana tentang perkara ini. Sesungguhnya, insiden yang berlaku ini adalah "mirip" kepada kejadian yang membabitkan Prebet Adam suatu ketika dulu.

Beliau juga dikatakan telah membuat tembakan rambang dan membahayakan orang awam. Tiada apa yang berlaku, namun disebalik kisah tersebut tersembunyi sebab musabab kenapa Prebet Adam melakukannya.

Ini kerana tekanan perasaan dan jiwa akibat "adiknya" yang dikatakan meninggal dunia gara-gara penangan "orang ternama". Apakah kes terbaru ini juga sama seperti yang pernah berlaku itu. Segala persoalan masih bermain difikiran ramai orang terutamanya para penduduk dan orang awam yang berada di tempat kejadian tempohari.

Pihak kami telah menjalankan risikan "kisah sebenar" kejadian ini dari kacamata orang awam. Ini kerana kami tidak yakin dengan laporan media arus perdana. Tambahan pula kebanyakan wartawan yang terbabit hanya mendapatkan maklumat dan gambaran kejadian ini daripada pihak polis semata-mata. Ini maknanya ada fakta-fakta kes yang tidak diketahui umum.

Justeru itu pihak kami mengambil peluang ini untuk membuat "pembongkaran" tentang isu ini. Bukanlah tujuan kami untuk menyalahkan mana-mana pihak. Namun kejadian ini sebenarnya harus dipandang dari sudut keselamatan orang awam.

Apa yang dapat dilihat sekarang ialah pihak berkenaan lebih menyalahkan anggota polis terbabit dan mengaitkan beliau dengan "masalah mental" dan "ajaran sesat". Lantaran itu, anggota polis terbabit telah dirujuk ke Jabatan Psikiatri Hospital Lipis dan khabarnya kini dibawa pula ke Hospital Bahagia Tangjung Rambutan untuk menjalani ujian mental.

Sebaliknya "mental orang awam" yang tertanggu dengan kes ini tidak didedahkan kepada khalayak ramai. Malahan pihak media juga seolah-olah dihalang untuk melaporkan berita sebenar tentang kejadian ini.

Justeru itu kami lampirkan gambarfoto yang sempat diambil pada pagi kejadian oleh krew Pahang Daily yang sempat berada dilokasi kejadian. Kebanyakan media melaporkan fakta yang salah dalam insiden ini.

Lihat laporan ini:

Anggota Polis Lepaskan 58 Das Tembakan Akibat Tekanann

KUANTAN, 1 Okt (Bernama) -- Seorang anggota polis melepaskan 58 das tembakan ke udara dipercayai akibat mengalami tekanan dalam satu kejadian di Kampung Selendang, Padang Tengku, Kuala Lipis. Ketua Polis Daerah Lipis, DSP Abdul Razak Hassan berkata, anggota polis berusia 22 tahun itu bertindak demikian pada pukul 6.30 pagi di kawasan berhampiran satu tanah perkuburan Islam. "Tiada sebarang kecederaan dilaporkan kerana penempatan agak jauh dari kawasan berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Ketika kejadian, hanya anggota berkenaan yang berada di tempat itu. Katanya, anggota polis itu yang baru berkhidmat selama tiga tahun, turut melepaskan tiga das tembakan ke arah keretanya sendiri. Beliau berkata anggota polis itu membawa pulang pistol yang sepatutnya ditinggalkan di tempatnya bertugas di Balai Polis Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan. Anggota polis itu telah ditahan untuk siasatan lanjut dan polis masih menyiasat punca dia bertindak demikian, kata Abdul Razak. -BERNAMA

Ada beberapa perkara dan fakta yang telah disalah lapor oleh pihak media berhubung dengan kejadian sebenar insiden ini, iaitu ;
-

http://buletinonline.net/images/berita12/58das13.jpgBukan Pistol, 2 Buah Raifel M15 Juga Digunakan

Untuk makluman kes tersebut melibatkan seorang anggota polis yang berumur 22 tahun dan bertugas di Balai Polis Simpang Durian, Jelebu Negeri Sembilan. Menurut maklumat beliau dikatakan dalam perjalanan ke satu tempat untuk melakukan "jihad", lantaran itulah beliau membawa begitu banyak senjata.

Beliau menaiki sebuah kereta Iswara Aeroback dengan nombor pendaftaran BDC7918. Siasatan kami senjata dalam kes berkenaan bukan sahaja sepucuk pistol biasa malahan juga turut melibatkan dua pucuk senapang Raifel M15 (Sila lihat foto) serta terdapat begitu banyak peluru hidup termasuk 2 set peluru M15 yang masih belum digunakan.

Disamping itu juga beliau turut membawa kayu belantan, beberapa buah kitab dan lain-lain barangan yang dipercayai untuk tujuan "jihad" berkenaan. Beliau dikatakan dalam perjalan ke sebuah lokasi berhampiran Padang Tengku-Merapoh yang dikenali sebagai "Bukit Tujuh".

Laporan polis mengatakan suspek hanya membawa pistol adalah tidak benar sama sekali. Mana mungkin pistol boleh mengeluarkan sehingga 58 das peluru ditembak ke udara?
.

Bukti jelas menunjukkan dua lagi 'megazine' peluru Raifel M15 didalam kenderaan suspek yang masih belum digunakan. Bukankah ini amat berbahaya?

http://buletinonline.net/images/berita12/58das10.jpg


Kami difahamkan tempat berkenaan adalah satu "kawasan keramat" yang biasanya dikunjungi oleh mereka-mereka yang ingin menjalankan aktiviti "pembomohan". Kawasan ini dikatakan menjadi tempat pemujaan dan amalan syirik.

Banyak kejadian misteri yang dialami oleh mereka-mereka yang pernah melalui kawasan ini, termasuk diganggu makhluk halus ataupun jin. Kami difahamkan, jika berlaku kerosakan kereta dikawasan terbabit, maka tiada sesiapa pun penduduk kampung yang berdekatan berani membuka pintu kiranya kita memerlukan bantuan. Itu cerita orang-orang kampung sekitar Bukit Tujuh. Ini bermakna tempat itu penuh dengan misteri.



Kesalahan Lokasi dan Masa Insiden Diselesaikan

Difahamkan kejadian sebenar berlaku bukanlah di Kampung Selendang seperti yang dilaporkan oleh semua media arus perdana. Insiden berkenaan berlaku di Kampung Teha, Mukim Gua, Padang Tengku, Kuala Lipis Pahang.

Kampung Selendang adalah lokasi surau yang berdekatan dan menjadi tempat perhimpunan orang awam. Mungkin wartawan terbabit hanya singgah disitu dan tidak pergi ke lokasi kejadian sebenar seperti kami. Laporan media juga menyebut kejadian itu dapat diselesaikan dalam masa 15 minit, walhal sebenarnya fakta itu adalah salah dan kemungkinan besar mereka hanya mendapatkannya daripada pihak polis.

Sebenarnya kejadian itu bermula sejak jam 6 pagi lagi dan berakhir hampir 2 jam kemudian. Ini menyebabkan penduduk setempat berada didalam ketakutan ketika solat sunat Aidil Fitri. Difahamkan kereta yang dinaiki oleh anggota polis terbabit telah kehabisan minyak dan terhenti dikawasan berkenaan. Lihat foto dibawah yang diambil dari lokasi kejadian.http://buletinonline.net/images/berita12/58das8.jpg


Inilah laluan jalan lokasi tempat kejadian tembakan anggota polis di Kg.Teha

Sebenarnya ada penempatan disekitar kejadian, dan yang paling hampir jaraknya hanya tidak sampai 100 meter daripada lokasi terbabit

Lagi bukti, jarak yang terlalu dekat dengan dua buah rumah (gambar kanan dan bawah) penduduk tempatan. Kenapa fakta ini dikelirukan?

http://buletinonline.net/images/berita12/58das5.jpg

Suspek Dalam Tugas Dan Memakai Seragam Polis

Setelah kehabisan minyak, anggota polis yang berpakaian seragam dan berkopiah itu keluar dari keretanya dan mundar-mandir sambil memegang "pistol" ditangannya. Ketika itu beliau tidak menganggu dan menembak. Beliau hanya ke hulu ke hilir seperti orang kehilangan arah. Terdapat saksi yang telah menghubungi pihak polis, namun polis yang menerima laporan tidak mempercayai bahkan melayan panggilan tersebut. http://buletinonline.net/images/berita12/58das3.jpg

Mungkin beliau berangapan perkara itu adalah satu permainan semata-mata. Pihak terbabit terpaksa pergi ke balai, hanya dua orang polis yang bertugas di balai berkenaan. Setelah laporan dibuat, maka polis terbabit mengikuti beliau untuk memastikan bahawa apa yang dilaporkan itu adalah benar ataupun tipu.

Memandangkan hanya dua anggota polis bertugas, maka seorang sahaja yang telah pergi ke tempat kejadian dengan pengadu. Polis terbabit juga pada awalnya tidak percaya pistol yang dipegang oleh suspek adalah pistol sebenar. Lalu cuba menghampiri suspek menerusi "longkang" yang berdekatan.

Suspek mula menembak setelah menyedari ada pihak polis datang dan cuba untuk mengganggu beliau ketika itu. Maka bermulalah aktiviti tembakan kepada polis terbabit dan juga ke udara. Keadaan ketika itu umpama ada pesta "main mercun", tambahan pula ketika itu adalah pagi Hari Raya Aidil Fitri.

Tembakan bukan sahaja ditujukan ke udara dan kenderaaan suspek sendiri. Malahan lebih parah lagi ia juga ditujukan kepada orang awam yang melalui kawasan itu. Suspek dikatakan berdiri ditengah jalan sambil menghalakan senjata kepada kenderaan yang lalu lalang.
http://buletinonline.net/images/berita12/58das2.jpg
Difahamkan ada mangsa yang hampir terbunuh dalam kejadian tersebut. Mangsa dikatakan akan membuat "saman" atas kes ini. Mangsa dikatakan melalui jalan berkenaan walaupun keadaan "berbahaya" ketika itu kerana tiada anggota polis yang mengawal lalulintas. Tiada sekatan atau pun lencongan dibuat, menyebabkan kenderaan mangsa meredah laluan berkenaan. Mujurlah mereka tidak terbunuh.


Kesan tembakan pada cermin kenderaan suspek, foto kanan kayu belantan yang turut dibawa oleh suspek semasa kejadian "ngeri" ini
http://buletinonline.net/images/berita12/58das1.jpg


Kejadian tembakan hanya dapat ditamatkan setelah 3 orang anggota polis dari Balai Polis Lipis yang lebih profesional untuk memujuk suspek tiba. Akhirnya suspek menyerah diri dan dibawa dengan kenderaan polis terbabit ke balai polis. Kejadian itu berakhir dengan tiada korban manusia, namun terdapat beberapa penyelewangan fakta dan tindakan pihak polis yang sebenarnya boleh mengancam keselamatan orang awam.

Antara Tindakan Yang Gagal Dilaksanakan Polis


Kejadian ini sebenarnya menyebabkan orang awam semakin takut dengan pihak polis. Persoalan yang timbul bagaimana suspek terbabit boleh bergerak sejauh itu dengan membawa banyak senjata berbahaya didalam kenderaan mereka. Bahkan ia boleh mengganggu ketenteraman awam.

Bayangkan sekiranya tembakan yang dibuat mengenai penduduk tempatan. Kami difahamkan terdapat 3 buah kenderaan yang terkena tembakan. Mujurlah tidak ada kemalangan jiwa. Bahkan ada mangsa penduduk tempatan yang hampir "maut" bila peluru tembakan berkenaan benar-benar melalui atas kepala beliau. Mujurlah beliau menundukkan kepalanya.

Bukankah ini berbahaya kepada orang awam. Soalnya sekarang, apa yang dibangkitkan hanyalah isu "Suspek dipercayai kurang siuman". Sedangkan nyawa penduduk tempatan sebenarnya ramai yang hampir melayang gara-gara kelewatan dan kegagalan pihak polis dalam kes ini. Antara kegagalan pihak polis ialah :-

  • Gagal memastikan suspek terbabit bertugas di balai terbabit (Balai Polis Simpang Durian, Jelebu) Hinggakan beliau boleh keluar sejauh itu dengan membawa senjata berbahaya.
  • Gagal mengawal keluar masuk senjata di balai tempat suspek bertugas. Ini menyebabkan suspek boleh mengambil senjata dan peluru sesuka hati tanpa ada sebarang sekatan daripada mana-mana pihak untuk tujuan "jihadnya" itu.
  • Gagal memastikan keselamatan orang awam. Laporan dibuat tetapi polis menganggap ianya adalah "lawak jenaka", akhirnya pengadu terpaksa membawa anggota polis terbabit ke tempat kejadian. Hanya dua orang anggota yang bertugas di Balai Polis berhampiran. Akhirnya bantuan 3 anggota terpaksa dihantar dari Balai Polis Lipis, itu pun sudah terlambat ketika ada kenderaan orang awam yang sudah ditembak.
  • Gagal membuat sekatan jalanraya, dan memeriksa senjata yang dibawa dari Negeri Sembilan hingga ke Pahang. Bukankah banyak terdapat "roadblock" di musim perayaan.
  • Ketika suspek melepaskan tembakan hanya seorang anggota polis ditempat kejadian. Tiada sekatan untuk melencongkan pengguna jalaraya dari melalui jalan berkenaan. Akibatnya terdapat tiga kenderaan yang cuba melalui kawasan terbabit telah ditembak oleh suspek. Mujurlah tiada nyawa yang terkorban. Hanya orang awam yang menjaga dan menghalang kenderaan melalui jalan berkenaan. Mungkin polis ramai yang bercuti raya.
  • Laporan polis yang memutar belit fakta mengatakan tiada penempatan awam, hanya guna pistol dan tiada orang awam yang ditembak adalah amat mengecewakan. Padahal ada rumah yang jaraknya tidak sampai 100 meter dari tempat kejadian. Kesemua keluarga dalam rumah terbabit terpaksa melarikan diri dalam ketakutan untuk menyelamatkan diri kerana takut ditembak. Tambahan pula terdapat peluru yang dihalakan ke rumah mereka. Ini jelas sekali mengganggu ketenteraman awam dan menyebabkan keluarga terbabit "trauma" dengan kecuaian pihak polis ini.
  • Pihak polis gagal mengenalpasti anggota mereka yang bermasalah seperti ini. Suspek tidak mengalami masalah kewangan kerana buku bank yang turut terdapat dalam kenderaan beliau menujukkan baki simpanan sebanyak RM12,000. Ini bermakna suspek adalah seorang yang penjimat dalam usianya baru mencecah 22 tahun itu.

Pulihkan Imej Polis, Suspek Perlu Ditahan ISA


Susulan daripada terbongkarnya fakta sebenar kes ini, maka pihak kami mendapati polis sengaja melaporkan cerita yang berbeza kepada apa yang sebenarnya berlaku. Seolah-olah kes ini tidak melibatkan keselamatan awam, walhal perkara sebaliknya berlaku.

Mujurlah Krew Pahang Daily antara yang paling awal sampai ditempat kejadian ketika ia masih berlaku. Justeru itu kami bertanggungjawab atas laporan ini. Kreadibiliti pihak polis perlu diperbaiki, laporan yang salah menyebabkan penduduk setempat kecewa dengan kejadian ini.

Mereka tahu apa yang berlaku di kampung mereka ketika kejadian. Sebelum ini sudah banyak kejadian senjata dibawa keluar tanpa rekod dan pengetahuan pihak terbabit, namun kes kali ini dianggap paling serius kerana tembakan rambang terhadap orang awam sebenarnya berlaku.

Media arus perdana juga sengaja memutar belitkan laporan ini. Kami menyeru supaya pihak-pihak berkenaan mengambil perhatian perkara seperti. Jangan biarkan ia berlaku lagi. Bayangkan jika suspek pergi menyerang ditempat awam, sudah pasti banyak mangsa yang akan terkorban dalam kes ini.

Maka itu, adalah wajar suspek ditahan ISA kerana beliaulah yang telah mengganggu ketenteraman awam dan melakukan huru-hara secara jelas didepan mata. Apa yang ditunggu lagi oleh pihak polis dan kerajaan Malaysia. Tunjukkan sikap profesional dalam kes ini sama dengan apa yang berlaku kepada Raja Petra yang dikatakan mengganggu ketenteraman awam.

Sila ke Blog Pahang Daily untuk info panas dan sensasi..

[Pahang Daily mengucapkan syabas kepada 3 orang anggota polis dari Balai Polis Lipis yang lebih cekap dan berani mengawal keadaan. Jika tidak sudah pasti kes ini akan terus berpanjangan. Kepada keluarga dan mangsa yang terbabit dalam insiden ini, harap bersabar dengan dugaan yang melanda. Semoga kes ini akan memberi pengajaran kepada kita agar lebih berwaspada dan berhati-hati dengan sesuatu kejadian].

Read more...

Blog Archive

widgeo

Solat Time

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP