Thursday, October 23, 2008

Karpal digantung 2 hari sidang parlimen

PARLIMEN, 23 SEPTEMBER (SK) - Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia mengambil tindakan dengan menggantung dua hari Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh selepas Pengerusi DAP itu mengatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menghina orang buta.

Perkara berkenaan berlaku setelah Karpal Singh membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36(4) yang mendakwa M ketika menjawab soalan Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) mengenai kos yang dibelanjakan kerajaan untuk jamuan makan malam Majlis Peguam Malaysia April lalu.

Dalam laporan media, Mohamed Nazri dikatakan menyebut: “Butalah jika orang tidak nampak bahawa hubungan Majlis Peguam dengan pentadbiran Perdana Menteri terdahulu agak tidak begitu baik.”

Pandikar Amin kemudian menjelaskan bahawa Mohamed Nazri tidak menghina Orang Kurang Upaya (OKU).

“Saya rayu supaya ahli Yang Berhormat berpegang teguh pada Peraturan Mesyuarat dan elakkan daripada berhujah yang melanggar Peraturan Mesyuarat.

“Bagi saya, saya tidak nampak situ ada Peraturan Mesyuarat dan apabila saya buat (keputusan) maka Wangsa Maju saya arah keluar, ada lagi ahli Yang Berhormat saya suruh keluar,” katanya.

Jawapan Pandikar Amin itu bagaimanapun tidak diterima oleh Karpal dan berkata: “Tuan Speaker, jangan main-main. Tuan Speaker tidak serius dalam perkara ini.”

Sumber Suara Keadilan

0 comments:

Blog Archive

widgeo

Solat Time

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP