Monday, April 27, 2009

Eksklusif: Parti Keadilan Rakyat Telah Memecat Ahlinya Yang Khianat Semasa Pilihanraya Kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau Dan Batang Ai !

KUALA LUMPUR [1.47 pm] - Parti KeADILan Rakyat (PKR) hari ini mengumuman pemecatan 16 orang ahlinya, yang didapati bersalah mengkhianati parti itu, semasa kempen pilihan raya kecil di Bukit Selambau, Kedah dan Batang Ai, Sarawak baru-baru ini. Dalam satu kenyataan media hari ini, Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali (foto) berkata, keputusan tersebut dibuat secara sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi parti yang diadakan semalam. Katanya, pemecatan tersebut berkuatkuasa serta merta mulai 26 April 2009. "Mereka ini bertanding sebagai calon menentang calon parti, menyokong calon yang menentang calon parti, mengkritik parti melalui media dan mengisytiharkan diri keluar dari parti dalam ceramah atau melalui media. "Mereka melakukan kesalahan-kesalahan tersebut dalam Pilihanraya Kecil Bukit Selambau dan Batang Ai baru-baru ini," jelas beliau.

Nama-nama yang dipecat adalah Moganakumar a/l Subramaniam (Bahagian Merbok, Kedah), Jayagopal a/l Andaikalam (Bahagian Pokok Sena, Kedah), Abdul Hamid Othman (Bahagian Padang Serai, Kedah) , Roslan A. Hamid (Bahagian Padang Serai, Kedah), Abu Bakar Din (Bahagian Baling, Kedah), Abdul Wahab Mat Isa (Bahagian Sik, Kedah), Mustafa Hassan (Bahagian Sik, Kedah), Kalai Vanar a/l Bala Sundram (Bahagian Jerai, Kedah), Deivanai a/p Krishnan (Bahagian Jerai, Kedah), Abu Bakar Hamid (penaja Bahagian Pendang, Kedah), Ahmad bin Ayub (penaja Bahagian Pendang, Kedah), Azhar Ahmad (penaja Bahagian Jerlun, Kedah), Dr Ambrose Labang (Bahagian Julau, Sarawak), Wong Kee Kai (Bahagian Julau, Sarawak), Rajang Anak Unau (Bahagian Julau, Sarawak) dan Kudik Untung (Bahagian Julau, Sarawak).

Sumber - Pahangdaily

Read more...

Thursday, April 23, 2009

Rakyat mahu perubahan,bukan lawatan mengejut!

KUALA LUMPUR, 24 April (Hrkh) -Transformasi yang cuba dibuat oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dalam memperkukuhkan pentadbiran barunya hanya dilihat sebagai satu kosmetik semata-mata.

Menurut Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub apa yang berlaku adalah segala yang digalaskan di bahunya kini sarat dengan bebanan yang ditinggalkan bosnya dahulu.

"Bagi saya apa yang Najib buat itu bukan dalam satu konteks perubahan ataupun soal yang dinanti-nanti dan diharapkan rakyat,"jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Mengulas mengenai lawatan Najib ke Perumahan Vista Angkasa, Kampung Kerinci dan tempat tumpuan orang ramai di Jalan Petaling selepas dilantik sebagai Perdana Menteri, Salahuddin menganggap ia sebagai bukan satu pembaharuan.

"Itu bukan satu perubahan. Itu cuma beberapa program mengejut yang melibatkan hanya aktiviti harian seorang menteri.

"Apa yang rakyat hendak visi dan gagasan besar Najib yang rakyat mahu melihat satu perubahan untuk kepentingan negara dalam skala yang lebih besar,"jelasnya lagi.

Tambahnya, rakyat mahu misalnya, melihat agenda memerangi rasuah dan agenda menaik taraf kehidupan rakyat termiskin dalam negara ini.

"Rakyat mahu melihat satu bentuk agihan sistem ekonomi yang lebih adil dengan melihat bagaimana gagasan kerajaan dalam menghadapi masalah perpaduan negara.

"Itu sebenarnya gagasan-gagasan yang rakyat tunggu. Bukan sekadar lawatan-lawatan mengejut begitu sahaja,"tegasnya. - mks.

source ~ Harakahdaily

Read more...

Sunday, April 12, 2009

Kekuatan akidah halang keruntuhan akhlak

Oleh : Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Hari ini umat Islam disibukkan dengan isu keruntuhan akhlak muda-mudi. Adakah ia benar-benar berlaku di dalam masyarakat? Ya, memang berlaku, bahkan sampai ke peringkat boleh menggugat keutuhan peribadi umat Islam keseluruhannya.

Pada hari ini, kita sering mendengar berita tentang anak-anak yang tidak menghormati ibu bapa, bahkan sampai ke peringkat mencedera dan membunuh mereka. Berlakunya gejala pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan sehingga melahirkan anak luar nikah, remaja dirosakkan oleh bahan-bahan yang membahayakan tubuh badan seperti dadah, ganja, gam, ubat batuk dan sebagainya, bahkan kita sudah mendengar ada kanak-kanak sekolah yang mencederakan rakan sekolah dan kejadian melawan guru sehingga mahu membakar rumah guru dan sekolah, bukanlah suatu yang pelik pada hari ini.

Di manakah silapnya apabila pemuda pemudi menjadi rosak akhlaknya? Banyak jawapan yang boleh diberikan. Semua jawapan tersebut berkaitan di antara satu sama lain dan bantu membantu ke arah kerosakan akhlak remaja hari ini.

Asas pendidikan remaja adalah di rumah. Sekiranya di rumahnya sendiri mereka tidak mendapat asas pendidikan, maka apabila berada di luar rumah sudah tentu payah untuk membentuk peribadi Muslim yang sejati kerana godaan dan pancaroba di luar sana seperti pergaulan dengan rakan-rakan yang jahat, pergaulan bebas, hiburan yang melalaikan dan sebagainya adalah lebih hebat dan mencabar. Hanya mereka yang mempunyai asas pendidikan Islam dan diwarnai oleh akhlak yang murni yang berpeluang untuk selamat, namun bukan sedikit yang tercicir di pertengahan jalan.

Oleh itu, ajaran Islam telah menentukan cara untuk melahirkan rumah tangga Islam yang sejati, yang akan menumbuhkan tunas-tunas Islam, yang mampu tumbuh menjalar dan membesar dengan sempurna, tidak mampu dihalang dan dicantas oleh gejala maksiat yang bersimpang siur, kiri dan kanan, akan lahirlah pemuda-pemuda dan generasi sebagaimana firman Allah (maksudnya): Mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, maka kami (Allah) menambahkan kepada mereka dengan hidayah. (Al-Kahfi: 13)

Untuk melahirkan rumah tangga Islam yang sejati, di dalamnya terpancar kecantikan ajaran Islam, maka asas perkahwinan mestilah dibina di atas cita-cita Islam, bukan sekadar untuk memenuhi hawa nafsu. Biarlah pasangan yang mahu berkahwin itu berniat daripada perkahwinan mereka untuk melahirkan zuriat keturunan yang baik yang akan meramaikan umat Nabi Muhammad s.a.w. yang akan dibanggakan oleh Nabi s.a.w. di hadapan para nabi dan rasul yang lain, bukan sahaja kerana jumlahnya yang ramai tetapi juga kerana mereka patuh dan tunduk kepada ajaran Allah SWT.

Untuk mencapai tujuan tersebut, mereka yang berkeinginan mendirikan rumah tangga mestilah membuat pilihan pasangan masing-masing melalui kaca mata Islam, bukannya melalui kaca mata nafsu dan bisikan syaitan.

Di dalam satu hadis Rasulullah s.a.w. memberitahu bahawa seseorang perempuan yang dipilih untuk dijadikan isteri berdasarkan empat sifat: kerana kekayaannya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya. Sekiranya semua sifat tersebut tidak ada pada diri seseorang perempuan itu kecuali agamanya, maka sifat beragamanya yang mesti menjadi pilihan.

Pada hari ini, kaum lelaki yang ingin berkahwin dan ibu yang hendak mengahwinkan anak perempuan mereka tidak lagi memberi perhatian terhadap sifat beragama dan berakhlak. Perempuan yang mahu dikahwini itu mungkin dikenali di pusat membeli-belah atau di perhentian bas, di tepi pantai atau di dalam surat khabar melalui iklan mencari jodoh. Mereka menjadikan artis, penyanyi dan pelakon sebagai contoh isteri solehah sedangkan artis itulah perosak utama muda-mudi Islam pada hari ini kerana pakaian dan fesyen mereka menjadi ikutan di kota-kota dan pedalaman.

Sementara ibu bapa pula menerima sahaja lamaran untuk meminang anak gadis mereka tanpa menyelidiki sama ada teruna itu sembahyang, puasa menutup aurat atau tidak. Kita bimbang sekiranya anak gadis kita yang asalnya beragama, menutup aurat, sembahyang dan berakhlak mulia, apabila jatuh ke tangan lelaki yang tidak setia kepada agamanya akan membawa fitnah kepada anak gadis kita.

Islam juga mewajibkan ibu bapa mendidik anak dengan pendidikan Islam, mengajar mereka mengenal Tuhan sekalian alam iaitu Allah SWT, mengajar mereka perangai yang baik, akhlak dan kesopanan, mengajar mereka batas-batas halal dan haram dan bersikap tegas kepada anak-anak sekiranya ada timbul bibit-bibit untuk cenderung kepada kejahatan sebelum nasi menjadi bubur.

Firman Allah (maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada azab api neraka, bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu, penjaganya adalah malaikat yang kasar lagi bengis, mereka tidak melanggar perintah Allah ke atas mereka dan mereka lakukan apa yang disuruh. (At-Tahrim: 6)

Allah Taala memerintahkan supaya setiap orang Islam berusaha menyelamatkan diri masing-masing dan ahli keluarga daripada azab api neraka. Bagaimanakah caranya? Caranya ialah dengan beramal menurut ajaran Islam. Suami hendaklah memastikan isteri masing-masing patuh kepada ajaran Islam pada perbuatan, percakapan, berpakaian dan melakasakan apa yang diwajibkan oleh Allah Taala dan meninggalkan apa yang dilarang.

Ibu bapa hendaklah sentiasa memerhatikan tingkah laku anak-anak mereka. Menjadi kewajipan untuk bertanya ke manakah mereka keluar, dengan siapa, bila akan pulang dan pelbagai soalan berkaitan. Jangan membiarkan anak-anak melakukan apa yang mereka suka walaupun melanggar batas agama.

Betapa ramai anak-anak yang tidak bersembahyang kerana berkawan 24 jam, pulang ke rumah untuk tidur dan makan. Betapa ramai anak-anak yang terjebak dengan ketagihan dadah dan ganja, pil khayal dan ubat batuk kerana terpengaruh dengan kawan-kawan. Pada asalnya cuma untuk cuba-cuba tetapi apabila sudah ketagih tidak lagi pulang ke rumah siang dan malam.

Anak-anak gadis sudah pandai berkawan dengan lelaki walaupun masih bersekolah menengah. Anak gadis diarak ke hulu ke hilir dengan motosikal oleh lelaki yang bukan suaminya, sudah menjadi perkara biasa di dalam masyarakat. Ibu bapa tidak lagi mampu berbuat apa-apa, sekadar memerhatikan sahaja gelagat anak muda mereka.

Anak pinak adalah harta penting yang dikurniakan oleh Allah. Jika seseorang itu bekerja bersungguh-sungguh untuk mencari sesuap nasi sedangkan rezeki esok hari belum dapat dipastikan lagi, mengapakah kita mensia-siakan rezeki yang dikurniakan oleh Allah yang berupa anak sedangkan anak itu sendiri akan menjadi pesaka yang amat berharga apabila mati kelak, sekiranya anak itu menjadi anak yang soleh.

Sabda Nabi s.a.w. (maksudnya): Apabila mati anak Adam, maka putuslah amalannya kecuali daripada tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya.

Marilah sama-sama kita kembali kepada ajaran Islam di dalam membina rumah tangga. Suami yang baik dijadikan untuk isteri yang baik, akan melahirkan pula anak-anak yang soleh, yang akan menjadi harta yang tidak ada galang ganti, bermanfaat semasa hidup dan sesudah mati. Itulah benteng yang yang paling kukuh untuk menghadapi kerosakan akhlak muda mudi masa ini.

Source ~ Cinaislam

Read more...

Friday, April 10, 2009

Azilah dan Sirul dihukum gantung sampai mati

SHAH ALAM: Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar hari ini dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam setelah didapati bersalah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu.

Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin berkata kedua-dua mereka gagal membuktikan sebarang keraguan bagi kes dakwaan tersebut sebaliknya hanya menyalahkan antara satu sama lain.

Kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) ini selesai memberi keterangan membela diri Februari lalu tanpa memanggil saksi lain selain mereka sendiri.

Azilah, 33, yang diwakili dua peguam, Datuk Hazman Ahmad dan J. Kuldeep Kumar membela diri dengan memberi keterangan di kandang saksi manakala Sirul Azhar, 37, yang diwakili peguam Kamarul Hisham Kamaruddin, Hasnal Redzua Marican dan Ahmad Zaidi Zainal memilih untuk membacakan keterangan bertulis di kandang tertuduh.

Dalam kes yang pernah menjadi tumpuan media tempatan dan antarabangsa ini, kedua-dua mereka didakwa membunuh Altantuya, berusia 28 tahun, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini antara pukul 10 malam, 19 Okt dan 1 pagi, 20 Okt 2006.

Sebelum ini, mereka dibicarakan bersama-sama Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC), Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya.


Sampai jatuh hukum masih tidak dapat melihat wajah Sirul dan Azilah, pandai betul mereka cover.

Diciplak daripada Isuhangat

Read more...

Wednesday, April 8, 2009

MENJAWAB ISU “PAS BERGABUNG DENGAN ORANG KAFIR” (Siri 3)

Penjelasan seterusnya, berkenaan meminta bantuan dengan orang kafir. Sirah telah menceritakan ketika zaman Nabi Muhammad SAW, Baginda SAW berhijrah ke Madinah bersama Abu Bakar. Untuk mendapatkan arah jalan yang selamat, Baginda SAW telah mengupah seorang kafir yang boleh menyimpan rahsia (dipercayai) yang bernama Abdullah bin Uraiqit al Laithiy. (Sila lihat ar Rahiqi al Makhtum)

Nabi Muhammad SAW berhijrah adalah untuk menubuhkan Negara Islam, sama seperti kita hari ini. PAS bermatlamat menubuhkan Negara Islam. Adakah UMNO tidak boleh menubuhkan Negara Islam? Sepertimana yang telah ditanya kepada Presiden PAS, Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang…

Ada pandangan menyatakan perlunya pimpinan Melayu seperti Anwar, Tuan Guru sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi duduk bincang soal Islam dan Melayu?
.
PAS sudah lama mendesak muzakarah diadakan di kalangan pemimpin Islam dan parti-parti orang Melayu sejak tahun 50-an hingga kini. Keadaan itu masih terbuka. Bahkan sebaik sahaja buka pintu muzakarah, PAS (akan) sertai. Kalau dibuka itu respons kita. Tetapi asas muzakarah itu mestilah didasarkan kepada asas akidah dan ajaran yang dianuti oleh orang Melayu itu sendiri iaitu Islam.

Mengenai perpaduan berteraskan Islam dan politik Malaysia, Melayu jadi tunggak. Bagaimana ini hendak diterjemah dalam Pakatan Rakyat. Adakah DAP boleh menerimanya?
.
Sehingga hari ini kita hanyalah wujudkan persefahaman dalam menghadapi pilihan raya sahaja dengan melihat titik persamaan yang ada, seperti dalam menentang kezaliman, menuntut demokrasi yang bersih, menyeru supaya diperbetulkan penyelewengan yang berlaku, tangani rasuah. Ini perkara bersama. Tetapi bila kita ada kuasa di peringkat negeri, sebagai contoh, di sini kita lihat pembahagian yang saya sebut tadi.
.
Dalam perkara yang jadi hak orang Islam, DAP tidak boleh sentuh itu hak orang Islam. Macam kita tidak sentuh hal agama mereka. Mereka janganlah sentuh soal hendak memperlahankan suara azan kita, seperti kita tidak minta dia jangan main mercun masa sambutan malam tahun baru, mereka kena saling hormatilah. Itu menandakan di sana ada beberapa perkara yang perlu dipertahankan dan hormat menghormati.

………………. Harakahdaily………..

Islam itu cantik. Orang bukan Islam (zimmi) merasa tenteram berada di bawah dakapan Islam. Islam menolak riba, rasuah, rampasan hak dan semua yang berkaitan dengan kezaliman. Ahli zimmah tidak merasa tertekan dengan kewujudan hudud, dan Negara Islam. Sekiranya anda masih ragu-ragukan undang-undang (Kitab) Allah ini, Allah SWT sudah jelaskan…

Kitab al Quran ini tidak ada sebarang syak padanya, ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa (al Baqarah : 2)

Oleh itu, inilah hakikat perjuangan PAS, seterusnya menjawab isu yang dilempar oleh beberapa golongan. Timbul juga persoalan tentang istilah Liberal. Mereka mendakwa bahawa PAS cuba membentuk Negara Liberal, iaitu menyamaratakan Islam dengan agama-agama lain. Persoalan ini akan dijawab kemudian sekiranya diizinkan oleh Allah. Insya Allah

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

Read more...

Sunday, April 5, 2009

Jangan tertipu dengan ‘kebaikan’ yang ditunjukkan Najib - TGNA

Ceramah TGNA di Bukit Gantang

Hampir 10,000 orang yang berbertali arus telah hadir ke kawasan pendalaman di kawasan Batu 8, Trong bagi mendengar ceramah oleh TG Nik Aziz, Speaker Perak Sivakumar dan pimpinan yang lain.

Di bawah, wak siarkan foto-foto buat santapan mata, wak bagi yg ringan2 ajer hari ni, yg berat2 bagi kat orang lain lah..penat laa..dahi berkerut beb baca bahan2 yg berat tu..napas jadi pendek..hati pun panas..! Bukit Gantang ajer yg mendung memanjang…lepas tu hujan ! Katak seronok. Hujan dah datang. Eh…ada DIALOG ESKLUSIF malam ni ! Wak harap malam ni katak tidak menjerit memanggil hujan. Malam ni bagi la kredit lebih sikit..jangan hujan !

Sivakumar menegaskan bahawa beliau mempunyai hak mutlak untuk memanggil sidang dun perak walaupun dibawah pokok kerana penggunaan dewan telah dihalang.
Kenyataan Ustaz Ahmad Awang Pesuruhjaya PAS negeri Perak pula, memberi tamparan yang hebat buat UMNO. Beliau memberi pandangan bahawa masyarakat seharusnya menolak Barisan Nasional (BN) kerana pemimpin-pemimpin BN adalah pembohong dan sering menabur fitnah kepada rakyat serta pakatan rakyat.
Mohd Sayuti Omar (MSO) turut kelihatan di Majlis tersebut
Ahli Parlimen Gopeng Lee Boon Chye yang turut juga berucap semalam menyebut sekalipun orang Cina adalah bukan Islam, namun kami tetap menyokong Dato’ Seri Nizar kerana beliau adalah seorang Muslim yang adil dan jujur.Kepimpinan beliau tidak setanding dengan Najib atau calon BN di Bukit Gantang.Keadilan yang dilaksanakan oleh beliau ketika memerintah selama 11 bulan tidak pernah berbelah bahagi.

Pemimpin seperti ini jarang sekali ditemui di kalangan pemimpin BN.Selama memerintah Perak,Nizar telah membela kemiskinan rakyat China yang hidup dalam kemiskinan untuk memiliki tanah sendiri,dalam masa yang sama beliau turut membantu sekolah-sekolah agama rakyat dan memberikan tanah bagi memperluaskan sekolah-sekolah tersebut.

Seperti biasa, TG Nik Aziz tidak lari daripada memberikan kiasan diantara kehidupan makhluk didunia ini (manusia) dengan Maha Pencipta yang menentukan segala-galanya. Baik melayu, cina dan india kesemuanya menikmati nikmat dari Allah Taala secara saksama. Udara, hujan dan panas matahari dirasai oleh semua. Kejadian manusia juga yang bermula daripada Adam membuktikan bahawa melayu, cina dan india adalah daripada satu. Oleh yang demikian, cogankata Najib ‘Satu Malaysia’ adalah satu benda yang lama. Sesuatu yang telah lama diamalkan oleh Pakatan Rakyat.

Rakyat juga dinasihatkan agar tidak terjerat dan tertipu dengan ‘kebaikan’ yang ditunjukkan Najib dengan membebaskan tahanan ISA kerana kesemua Perdana Menteri yang baru dilantik akan membuat suatu ‘pembaharuan’ yang menonjolkan seolah-olah kerajaan yang akan dipimpin adalah satu kerajaan yang adil.

Doa tokguru agar kemenangan berpihak kepada Pas agar Islam dapat ditegakkan dan keadilan yang dilaksanakan kepada semua !

Read more...

Datuk K kesal khabar angin merepek


KHALID bersama Siti Nurhaliza.


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa menafikan khabar angin bahawa beliau dan isterinya penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza Taruddin menyertai Pas.

Sambil menyifatkan bahawa ia hanyalah andaian orang ramai, Khalid atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk K berkata, khabar angin tersebut mungkin berpunca daripada kunjungannya ke pejabat Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini.

"Merepek betul, ini semua khabar angin... Saya orang UMNO dan menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak,'' katanya ketika dihubungi Bernama.

Khalid berkata, kunjungannya dan isteri ke Pejabat Menteri Besar bertujuan melawat Nik Aziz yang dikhabarkan tidak sihat.

Source - Kosmo

Read more...

Datuk K nafi sertai Pas

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa menafikan khabar angin beliau dan isterinya penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menyertai Pas.

Sambil menyifatkan ia hanyalah andaian orang ramai, Khalid atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk K berkata, khabar angin itu mungkin berpunca daripada kunjungannya ke pejabat Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, baru-baru ini.

“Merepek betul, ini semua khabar angin...Saya orang Umno dan menyokong penuh kepemimpinan Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Khalid berkata kunjungannya dan isteri ke Pejabat Menteri Besar bertujuan melawat Nik Aziz yang dikhabarkan tidak sihat.

Source - Metro

Read more...

PAKATAN PEMBANGKANG TAK TULEN : SHAFIE- ref malaysiakini

Pakatan Rakyat (PR) tidak tulen dan ia dapat dibuktikan dengan penggunaan lambang parti yang berbeza setiap kali pilihan raya diadakan, kata Naib Presiden Umno, Mohd Shafie Apdal, di sini, hari ini.

Shafie yang juga Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan berkata, berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang kekal dengan lambang dacing setiap kali calonnya bertanding dalam pilihan raya.

"Kita dapat buktikan Pakatan Rakyat (PR) tidak bersatu hati kerana mengguna lambang masing-masing untuk calon yang bertanding dan tidak seperti BN yang kekal menggunakan dacing," katanya ketika berucap pada sesi perjumpaan dengan penduduk di Dewan Madrasah Kampung Melayu.



kah kah kah…. TAK PAKAI SATU LAMBANG ERTINYA TAK TULEN ?.... kah kah kah…

kah kah kah…. MUNKEE NI TAK TAHU UNDANG.... KALAU NAK ADA SATU LAMBANG MESTI ADA TUJUH BUAH PARTI…. kah kah kah…

kah kah kah…. SAPA BUAT UNDANG UNDANG INI…. kah kah kah…

kah kah kah... INI UNTUK MEMASTIKAN PARTI LAIN YANG ADA SATU SIMBOL...kah kah kah

woit… NAK DAFTAR BARU TAK BOLEH…..PARTI TAK CUKUP….kah kah kah…

woit… JANGAN LAH NAK BODOHKAN ORANG RAMAI.... kah kah kah

Source - Skuad Dun Batu Caves

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP