Wang punca gaduh
Bukanlah satu rahsia bahawa semua pasangan pasti bertengkar. Kajian menunjukkan ia berlaku setiap dua minggu sekali melibatkan konflik sementara waktu dan perselisihan faham yang lazimnya boleh diselesaikan dengan memohon maaf antara satu sama lain.
Bagaimanapun, pertengkaran yang berpanjangan dan sukar ditangani kebiasaannya berkait rapat dengan masalah kewangan.
Malah, sebanyak 38 peratus lelaki dan wanita dalam kaji selidik melalui Internet oleh Harris Interactive berkenaan lelaki, cinta dan seks mengatakan, wang adalah penyebab utama yang mencetuskan persengketaan dalam rumahtangga.
Masalah kewangan mendahului subjek lain yang boleh menyebabkan pergeseran dalam rumahtangga seperti pengagihan tugas mengemas rumah dan aktiviti seks dalam perhubungan suami isteri.
Kebanyakan masalah kewangan yang timbul berpunca daripada perbezaan sasaran kewangan antara lelaki dan wanita. Contohnya, isteri inginkan kabinet dapur granit tetapi suami mahukan televisyen skrin leper.
Atau, ia berpunca daripada kurangnya komunikasi mengenai apa sasaran masing-masing. Ini disebabkan oleh salah seorang bertanggungjawab membayar bil jadi mereka ingin mengelak tekanan dengan berbicara soal wang.
Masalah lain juga timbul ekoran tekanan yang dilalui secara rutin untuk memastikan anda mempunyai bajet mencukupi setiap bulan untuk membayar bil, berlibur, belanja anak-anak dan simpanan untuk hari tua.
Lebih-lebih lagi apabila tiba penghujung tahun ketika semua orang menerima bonus akhir tahun. Pada ketika ini, tekanan untuk berbelanja paling kuat dirasai tambahan pula kebanyakan produk baru akan diperkenalkan di pasaran.
Berikut terdapat beberapa panduan untuk membantu anda ketika menghadapi tekanan kewangan;
lFahami pemberian hadiah kepada lelaki/wanita. Lelaki sukakan hadiah yang menarik perhatian dan mahal harganya. Sebaliknya, wanita memilih hadiah kreatif dan difikirkan dengan teliti tetapi biasanya kurang dihargai lelaki.
~ Jangan biarkan wang menjadi isu untuk mengawal perhubungan lebih-lebih lagi jika salah seorang pasangan memperoleh pendapatan lebih tinggi berbanding seorang lagi. Ini kerana pasangan yang bergaji kecil menjadi takut untuk berbelanja sebaliknya seorang lagi akan membeli-belah sesuka hati.
~ Sediakan bajet untuk kegunaan anda berdua dan pastikan kedua-duanya mempunyai akses kepada wang simpanan sama ada untuk bercuti atau kegunaan keluarga.
~ Jangan samakan nilai diri anda dengan pendapatan kewangan yang diperoleh. Pertengkaran mengenai wang pada musim cuti selalunya lebih teruk kerana kaum lelaki merasakan mereka tidak berguna tanpa duit.
~ Apabila timbul konflik, wanita boleh membantu dengan meluahkan penghargaan terhadap sumbangan suami selain wang ringgit dalam rumahtangga.
~ Kaum lelaki juga harus ingat, duit atau hadiah tidak menentukan kejayaan sesebuah perkahwinan sebaliknya ‘hadiah’ yang mengukuhkan kekuatan hubungan kasih sayang itu lebih penting.
~ Ingat, masalah kewangan selalunya bukan disebabkan duit, sebaliknya ketakutan, kuasa dan menguruskan aspek perbelanjaan dalam perkongsian hidup suami isteri.
Susunan DIYANA ROSE KAMALLUDEEN

0 comments:
Post a Comment