Sunday, November 23, 2008

Kes Rogol Kaum Penan : KeADILan tubuh Jawatankuasa

oleh: Masdar R Arifudin

KUALA LUMPUR: KeADILan membentuk Jawatankuasa untuk membantu mangsa rogol Kaum Wanita Penan yang dipimpin oleh Dr Tan Yee Kew.

Pengerusi Perhubungan KeADILan Sarawak Dominique Ng berkata, kes rogol berkenaan amat lambat diselesaikan dan KeADILan mengambil inisiatif menubuhkan Jawatankuasa terbabit bagi memastikan Keadilan pelajar Wanita dan Kaum Penan berkenaan terjamin.

Dr Tan dipilih berdasarkan pengalaman beliau sebagai Menteri Kabinet dan aktivis Masyarakat di samping diri beliau sendiri sebagai seorang wanita yang begitu perihatin dan amat memahami wanita.

Dominique turut mendesak polis agar lebih bertanggungjawab dalam mengendalikan kes itu kerana Kaum Penan adalah kaum yang bersifat pemalu, sensitif serta bahasa yang sukar difahami dan KeADILan bimbang sikap ini dieksploitasi oleh polis dalam keputusan siasatan mereka.

Dominique yang juga Adun Padungan mengulas perkara itu sebagai reaksi kepada kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Ng Yen Yen yang mengatakan kes terbabit telah selesai dan hanya diketahui Disember ini.

Terdahulu, Kes rogol ini mula heboh apabila sebuah badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Bruno Manser Fund (BMF) menyiarkan artikel menyatakan yayasan itu menerima maklumat daripada sumber kaum Penan bahawa wanita muda dan pelajar perempuan kaum Penan dirogol oleh pekerja balak di pedalaman Baram Sarawak.

Kes itu yang dilaporkan kepada pihak polis lebih dua tahun lalu hanya disiasat awal tahun ini.

Sementara itu, Unit Maklumat dan Dokumentasi, Jabatan Kesihatan sarawak mencatatkan peningkatan kes remaja hamil di negeri itu sehingga 2006 sebanyak 3,799 orang dengan remaja termuda berusia 11 tahun.

Sumber Suara keadialan

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP