Sunday, September 28, 2008

7 TAHUN TIDAK DIBENARKAN SOLAT JUMAAT DI MASJID


Meniti hari-hari terakhir Ramadhan, memang terasa sayunya kerana bulan penuh barakah itu akan meninggalkan kita.Segala amalan seperti solat, tadarrus Quran , iktikaf ,mukhayyam, bersedekah dan memberi sumbangan pada orang lain yang kurang bernasib baik, tentunya segala amalan itu hanya mengharapkan balasan yang terbaik dari Allah SWT.Dan diakhir madrasah Ramadan, kita semua akan menyambut Syawal, lambang kemenangan yang Allah janjikan setelah berjaya mengawal diri dan menyelesaikan ibadah dengan sebaiknya.

Bagi tahanan ISA di Kem Kamunting,kegembiraaan mereka hanyalah kerana dapat melakukan amalan mulia seperti solat , membaca Quran dan berdoa di sel atau dorm masing-masing. Itu saja.!!

Tujuh tahun tidak solat di Masjid.

tahanan ISA yang di tuduh dan di label sebagai ahli Jemaah Islamiyyah, adalah antara mereka yang telah dikurung sejak awal tahun 2002. Bagi tahanan ISA tersebut,tujuh tahun mereka dinafikan hak untuk mendapat perbicaraan di mahkamah diikuti penafian pelbagai hak asasi yang lain.Media tidak pernah menyatakan bahawa tahanan ISA ini hampir tujuh tahun tidak dibenarkan pergi ke Masjid untuk menunaikan Solat Jumaat. Di bulan Ramadan , mereka juga tidak dibenarkan solat berjamaah sebagaimana rakyat Malaysia yang merdeka. Manakala Solat Sunat Aidil Fitri di lakukan bersama-sama tahanan Muslim di sebuah gelanggang badminton dengan pengawasan ketat pasukan keselamatan Kem.

Menteri Dalam Negeri bencikan amalan Islam.

Inilah cara Menteri Dalam Negeri untuk “menghakimi dan mengadili” tuduhan yang di lemparkan keatas semua tahanan yang di dakwa ahli “JI” itu. Sebab itulah ISA digunakan keatas mereka , tujuannya untuk memudahkan Menteri berkenaan memperlakukana apa saja keatas manusia yang dijadikan mangsanya termasuk menghalang mereka melakukan ibadah khusus kepada Allah SWT.

Inilah kezaliman tertinggi mereka kerana menghalang mereka yang ingin bersembahyang di rumah Allah. Dan ISA ini adalah satu akta yang sangat disayangi oleh pemimpin UMNO. Sebab itulah kepada semua rakyat Malaysia berugama Islam, janganlah terpedaya dengan dakwaan pemimpin UMNO yang kononnya ingin membela orang Melayu dan agama Islam.Semua itu hanyalah palsu dan retorik saja. Tahanan ISA di Kem Kamunting telah membuktikan bahawa pemimpin UMNO, adalah mereka yang sangat benci kepada kepada Islam dan segala isinya.

Tahanan ISA –7 Tahun bukti kezaliman Menteri Dalam Negeri..

Ada satu permintaan supaya Hamid Albar meletak jawatan dari menjadi Menteri Dalam Negeri, namun saya yakin, ianya tidak akan membawa apa-apa makna.Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri adalah Pak lah@PM. Beliau zalim pada semua tahanan ISA namun setelah jawatan itu diserahkan pada orang lain, penggantinya, iaitu Hamid Albar, juga sama kejam dan zalim macam Pak lah. Tahanan ISA “JI” yang ditahan sejak 2002 itu masih juga belum dibebaskan dan mereka adalah bukti terhadap kekejaman dan kezaliman dua pemimpin UMNO ini.


Doa orang yang dizalimi.

Kami yang menjadi keluarga mangsa ISA ini, sentiasa berdoa supaya Allah akan mengangkat kekejaman dan penganiayaan yang sedang di lakukan oleh mereka keatas kami.

“Ya Allah, Tuhan yang Maha Kuasa , Maha Adil dan Maha Mengetahui, kami memohon supaya semua tahanan ISA segera di bebaskan dan kau balaslah mereka –Penguasa ISA yang menganiayai kami itu , dengan pembalasan yang setimpal dengan perbuatan mereka, yang tidak pernah terfikir oleh kami semua. Kaulah sebaik-baik pembalas.”

Note: Mat Sah, abah Suhaib yang telah hampir 7 tahun tidak dibenarkan Solat di Masjid.Kehidupan harian beliau hanya di sel berukuran 8 x 10 kaki. dan pintu sel sentiasa di kunci dari luar.

diambil dari lailagmi

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP