Saturday, September 27, 2008

Tuntutan Raya Mansuhkan ISA - REF MALAYSIAKINI

Oleh - AminIskandar

Semua gambar diambil oleh Amin Iskandar.

Hari ini bermula jam 12 tengah hari, rakyat berkumpul di Masjid Jamek, Kuala Lumpur untuk menyatakan bantahan mereka terhadap tindakan kerajaan Malaysia dibawah pimpinan regim Abdullah-Najib menggunakan ISA.

Rakyat yang berhimpun juga menuntut kerajaan Malaysia untuk memansuhkan ISA. Perhimpunan yang dianjurkan oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) berjalan secara aman dan berlangsung selama satu jam.

Polis cuba menyuraikan perhimpunan akan tetapi oleh kerana semangat para peserta perhimpunan kuat dan solidariti diantara mereka juga kuat, program berjaya berjalan seperti yang dijadualkan.

Menurut data yang dikeluarkan oleh GMI, sehingga kini masih lagi terdapat 66 orang ditahan di Kem Kamunting termasuk Raja Petra Kamarudin yang baru sahaja dihantar beberapa hari yang lalu.

Selain daripada itu terdapat 23 orang lagi daripada Jemaah Islamiyah (JI), dua orang dari Gerakan Pemisah Selatan Thai, dua orang pemalsu wang syiling, 15 dari Darul Islamiyah (DI), enam orang dari APA, enam orang terlibat dalam pemalsuan dokumen, lima orang dari Hindraf dan lima orang lagi tidak diketahui punca ditahan.

Ketika rakyat Malaysia yang lain sedang sibuk mempersiapkan diri untuk menyambut Aidilfitri, 65 orang ditahan tanpa diberikan hak untuk dibicarakan.

Lagi gambar, klik disini. Berita dari Malaysiakini, klik disini.

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP