Monday, September 29, 2008

Eksklusif: Awas, Puak-Puak UMNO Guna Taktik Jahat Sebarkan Email Hasutan !! - REF MALAYSIAKINI

Posted by Skuad Dun Batu Caves

Mutakhir ini heboh diperkatakan tentang penyebaran email yang berbaur "Hasutan dan perkauman". Team Pahang Daily juga ada menerima email berkenaan yang dihantar oleh pengirim yang menggunakan nama saudagar unta [saudagarminyak@yahoo.com].Setelah mengamati betul-betul kandungan email berkenaan maka, kami dengan jelas sekali dapat menyimpulkan bahawa pekerjaan penyebaran email hasutan ini pastinya dilakukan oleh puak-puak UMNO dengan kerjasama Biro Tata Negara.Melihat kepada kandungan ayat-ayat dan statistik serta ramalan yang dibuat hanya bersandarkan kepada tahun berakhir "2009" terbukti bahawa agenda ini adalah untuk memesongkan kembali jiwa-jiwa rakyat supaya kembali menyokong UMNO dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum akan datang yang dijangka bakal diadakan sekitar tahun 2010. Apakah maknanya email ini dihantar?

Terbukti bahawa kandungannya cukup "jahat" dan "busuk" sekali, dalam usaha untuk mengalih perhatian rakyat kepada Pakatan Rakyat yang dipelopori oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. UMNO menggunakan saluran lain bagi menarik seberapa banyak sokongan, dan setiap pembaca email berkenaan diminta menyebarkannya kepada rakan-rakan yang lain "forward". Ini semua dalah agenda "terdesak" yang terpaksa dilakukan oleh puak-puak UMNO ini dalam menagih kembali simpati rakyat supaya menyokong mereka kembali. Mereka tahu orang-orang Melayu sudah mula "jelek" dan "mual" dengan kepimpinan sedia ada sekarang ini. Semakin lama semakin UMNO ditolak dan berbondong-bondong ahlinya sudah "beralih kapal" menyokong perjuangan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.

Ramai wartawan Pahang Daily sebenarnya telah mengikuti Kursus Biro Tata Negara sejak sekian lama. Sememangnya apa yang diajar dan dididik kepada para peserta kursus adalah berbaus "hasutan" dan tiada kepentingan sosial sama sekali. Hasutan yang dibuat sama ada membenci "kaum lain" di Malaysia dan kini menjurus kepada "parti pembangkang" terutamanya PAS dan PKR. Kebanyakan yang ditanamkan kepada para peserta hanya UMNO sahaja yang layak memerintah negara ini. Jika parti lain diberi kuasa, maka sudah pasti negara ini akan dijajah oleh bangsa lain. Mereka menggambarkan perkara ini menerus lagu yang sukup popular dalam kursus BTN ini iaitu "warisan". Ramai yang masih mengingati lagu tersebut yang mengisahkan bahawa "bumi yang dipijak ini akan menjadi milik orang sekiranya kita bertelagah dan menolak kerajaan sedia ada sekarang?. Seolah-olah hanya UMNO dan BN sahaja yang pandai memerintah negara ini. Inilah yang ditanamkan kepada peserta BTN sejak dulu, kini dan selamanya. Perkara ini sememangnya sudah lama disedari. BTN itu sendiri dibiayai oleh kerajaan Barisan Nasional menerusi Bajet yang besar setiap tahun. Namun hasilnya "nothing", hanya untuk memesongkan fikiran rakyat agar terpahat dalam kepala mereka hanya UMNO sahaja layak berkuasa, walau dalam apa jua keadaan sekali pun.

Justeru itu, tidak syak lagi email ini juga telah diolah dan disusun rapi oleh puak-puak yang berkepentingan ini dalam usaha mereka untuk mengaburi mata rakyat. Paling melucukan ramaln yang dibuat kononnya Menteri Di Jabatan Perdana Menteri akan menukarkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya iaitu Tan Sri Rashid kepada orang Cina. Sungguh "bangang" puak-puak ini. Sebenarnya memang rakyat sudah benci kepada Rashit, jika tidak ditukarkan sekali pun memang ternyata pengerusi SPR itu cukup "tidak profesional" dalam menjalankan tugasnya. Selama ini SPR adalah badan yang bertanggungjawab memecahkan kawasan majoriti Melayu kepada kawasan baru. Ini menyebabkan banyak kawasan yang dimenangi oleh PAS telah berjaya mereka takluki. Mereka juga memindahkan ramai orang-rang Cina ke bandar-bandar utama bagi mendapat sokongan undi kepada BN. Itu dulu, namun kini mereka semua sudah panik. Keadaab sebaliknya telah berlaku. Orang Cina dan India di bandar pula majoritinya menyokong Pakatan Rakyat. Akhirnya mereka terpaksa membuat "teori" untuk "turn over" supaya sebaliknya berlaku dalam pilihanraya 2010 nanti. Tentang SPR ini, tidak usahlah mereka mahu pertahankan sangat. Rakyat adalah hakim negara !!.

Untuk lebih lanjut sila baca email yang dikirimkan ini. Kepada semua penerima email berhati-hatilah. Jangan sampai terpengaruh dengan hasutan yang dibuat oleh mereka ini. Ingatlah, kita mahu pastikan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat bakal menjadi kenyataan dan pilihanraya umum 2010 adalah petanda zaman kegemilangan UMNO dan Barisan Nasional bakal ditamatkan riwayatnya. Jangan terpedaya dengan dakyah yang disebarkan ini.

TAJUK : GERAKAN ORANG CINA UNTUK MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA

FASA I
Mempengaruhi masyarakat untuk mengurangkan majoriti 2/3 kerajaan Barisan Nasional dengan menggunakan pelbagai isu semasa untuk melihat sokongan masyarakat.

FASA 2
Membeli 30 kerusi tambahan bagi PKR menjumlahkan 61 kerusi, untuk mendapatkan Majoriti Mudah (112 kerusi) bagi menumbangkan KerajaanBarisan Nasional. [31 (PKR) + 30 (AP baru serta PKR)]

FASA 3
Berpura-pura memberi gambaran kepada masyarakat Melayu bahawa orang Cina dan India dalam Pakatan Rakyat bersetuju Melayu dilantik sebagai Perdana Menteri (seolah-olah Melayu memiliki bilangan majoriti dalam Pakatan Rakyat). (Utusan Malaysia, 20/07/2008 : Pakatan Pembangkang Setuju Anwar Jadi PM).

FASA 4
Membentuk Kerajaan Pakatan Rakyat dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri hanya untuk sementara sehingga Persidangan Tahunan PKR pada 2009.

FASA 5
Menukar Presiden PKR kepada orang Cina dalam Persidangan Tahunan PKR pada 2009 kerana Melayu menjadi minoriti selepas membeli 30 Ahli Parlimen dan mendapatkan jawatan Perdana Menteri menggunakan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 43 (2)(a) dan Perkara 66(4) dan Perkara 66(4A).

Perkara-perkara yang masyarakat Melayu tidak sedari bagi merealisasikan gerakan tersebut.

Bilangan Orang Melayu
------------ ---------
PAS : 23 orang
PKR : 20 orang

JUMLAH : 43 orang (Melayu)

Bilangan Orang Bukan Melayu
------------ --------- -------
PKR : Cina : 7 orang
: India : 4 orang
DAP : Cina : 21 orang
: India : 7 orang
AP yang dibeli dari : 30 orang
Sabah & Sarawak

JUMLAH : 69 orang (Bukan Melayu)


Cina majoriti dalam Kerajaan Pakatan Rakyat dan dalam PKR selepas kemasukan ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak . Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak untuk melantik menteri-menteri Kabinet Kerajaan Pakatan Rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri :
Menukar pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (Tan Sri Rashid) kepada orang Cina dan membuat persempadanan semula dengan memecahkan kawasan majoriti Cina kepada beberapa kawasan Parlimen bagi mewujudkan lebih ramai Ahli Parlimen Cina :

* P 43 Bagan (59,385) Cina : 70%, Melayu :14%
* P 45 Bkt Mertajam (64,040) Cina : 72%, Melayu : 18%
* P 48 Bkt Bendera (64,545) Cina : 74%, Melayu : 14%
* P 49 Tanjong (53, 188) Cina : 85%, Melayu : 6%
* P 51 Bkt Gelugor (65,614) Cina : 74%, Melayu : 15%
* P 64 Ipoh Timur (76,647) Cina : 81%, Melayu : 13%
* P 66 Bt Gajah (77,313) Cina : 77%, Melayu : 10%, dan kawasan-kasawan lain

Terdapat 26 kawasan majoriti Cina dan minoriti Melayu akan dipecahkan kepada 2 hingga 12 kawasan parlimen baru untuk orang Cina dengan mengambil contoh P126 Putrajaya, Melayu : 53%, Cina : 39%; hanya ada 6,608 orang pengundi sahaja bagi satu kawasan parlimen. Dengan persempadanan semula ini, ahli perlimen Cina akan bertambah bagi membentuk sekurang-kurangnya majoriti mudah untuk terus membentuk Kerajaan Cina dan orang Cina keluar daripada Kerajaan Pakatan Rakyat.

Menteri Pengajian Tinggi : Mempunyai kuasa melantik Naib Canselor (AUKU : Perkara 3) yang orang Melayu dipengaruhi untuk menghapuskan AUKU selama ini, dan melantik NC di kalangan Bukan Melayu (Siasah, 24/04/2006 : Syed Husin Ali : Keadilan Cadang Naib-Canselor Bukan Melayu) dan (The Star,

12/03/2007 : Anwar : University should be headed by non-Malay Academicians) seterusnya menukar semua pensyarah-pensyarah Melayu kepada Bukan Melayu, dan memberi ruang yang besar kepada pelajar Bukan Melayu kerana hakikatnya pelajar Melayu tidak ramai yang layak
masuk Universiti.

Menteri Pertahanan : Rejimen Askar Melayu Di Raja (RAMD) pernah diminta untuk dibubarkan pada 1969. Tahun 2009 Batalion Rejimen Askar yang baru di kalangan Bukan Melayu ditubuhkan.

Menteri Kewangan : Membuat budget negara termasuk peruntukan mendirikan Gereja-gereja, Tokong-tokong dan Kuil-kuil di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Agama Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh bagi menggantikan JAKIM dan urusan- urusan yang memberi kepentingan kepada orang bukan Islam.

Menteri Pelajaran : Membina lebih banyak lagi Sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil dan mengurangkan guru-guru Melayu untuk digantikan dengan guru- guru Bukan Melayu.

Menteri-menteri lain dilantik di kalangan Bukan Melayu bagi memelihara kepentingan orang bukan Melayu. Malaysia akan terus dijajah oleh orang Cina walaupun Melayu baru sedar untuk bersatu kerana kuasa membuat sempadan pilihan raya di tangan Cina dan menjadikan kawasan yang dipimpin orang Cina lebih banyak walaupun mereka hanya 25% di Malaysia. Penggunaan masjid dan surau akan dihadkan kepada 15 hingga 20 minit sahaja untuk tidak memberi ruang kepada Melayu untuk berbincang tanpa kehadiran Bukan Melayu.

Rasa-rasanya eloklah kita berwaspada dari sekarang. Kalau Melayu masih lalai, kita akan jadi pendatang di bumi kita sendiri. Jangan jadi macam Singapura... Tolonglah edarkan untuk pengetahuan semua.

[Kepada semua pembaca, ingatlah mereka bebas melakukan apa sahaja. Mereka tahu sokongan orang Cina dan India kini berpihak kepada Pakatan Rakyat. Bahkan pemimpin MCA sendiri ada mengatakan beliau tidak setuju semua orang Cina menyokong pembangkang. Maka, langkah terbaik ialah memainkan sentimen perkauman iaitu "Melayu". Seolah-olah Anwar itu adalah "tidak mempunyai wawasan" langsung dalam membuat perundingan dan wawasannya. Walhal, selama 51 tahun dibawah UMNO dan BN lah tanah orang-orang Melayu banyak tergadai, Bahasa Melayu diperkotak-katikkan, orang Melayu terus berada pada tahap kemiskinan tegar yang amat membimbangkan, ekonomi erang Melayu semakin lemah dan banyak lagi. Melayu hanya gah atas dasar "namanya" sahaja. Sebaliknya segala kekayaan dimonopoli oleh beberapa kerat pemimpin yang kononnya memperjuangkan nasib bangsa Melayu. Pooorah !! Cakap boleh lah. Tapi hakikatnya mereka memperkayakan "tembolok" mereka sendiri.

Projek habis disapu oleh mereka dan kroni-kroni, rasuah berleluasa, penyelewengan berlaku di segala bidang baik kerajaan mahupun swasta. Konsep "under table" terus diamalkan untuk urusan projek atau apa jua masalah yang berkaitan. Ada wang semua boleh jalan. Mereka yang menentang bakal jadi mangsa, dan ISA menanti !! Dasar apa ini. DEB yang sepatutnya diwujudkan untuk membela nasib Melayu terus dipergunakan sewenang-wenangnya untuk memperkayakan suku-sakat mereka. Tanah-tanah orang Melayu dirampas atas nama pembangunan !! Sedarlah UMNO bahawa parti perkauman yang dicanangkan selama ini sudah "ketinggalan" zaman dan tidak lagi "relevan". Maka itu inilah masanya untuk mereka memesongkan minda rakyat agar memberi kembali undi kepada UMNO yang kononnya membela nasib Melayu. Sebarkan info ini. Jangan biarkan rakan-rakan anda terpengaruh dengan email berbaur hasutan ini]. - PAHANGDAILY

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP