Thursday, September 25, 2008

Perhimpunan UMNO Ditunda Mac 2009, Khuatir Tidak Cukup Pencalonan

Oleh GB

aTKO~Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata perhimpunan agung Umno pada Disember ditangguhkan kepada Mac tahun depan. Sementara itu beliau berkata, pemilihan bahagian Umno tetap diteruskan seperti dijadual pada 9 Oktober ini.

Ramai berpendapat bahwa keputusan itu diambil adalah kerana kekhuatiran "pihak tertentu" yang melihat bahawa Presiden kini bermasalah untuk memperolehi pencalonan yang mencukupi untk mempertahankan jawatannya.

Meskipun Abdullah menyatakan penangguhan itu dibuat untuk melicinkan proses peralihan kuasa, namun ramai pemerhati politik merasakan ia adalah satu persediaan terancang oleh Abdullah untuk "cabut lari" jika benar pencalonan untuknya sebagai Presiden mengalami kemerosotan sehingga memungkinkan beliau tidak layak untuk bertanding.

Pada hari semalam sebuah akhbar didalam talian, Malaysiakini, telah melaporkan bahawa Umno bahagian Shah Alam telah membuat keputusan untuk mencalonkan gandingan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, masing-masing untuk jawatan presiden dan timbalan presiden.

"Ia dibuat setelah mengambil kira kemahuan kira-kira 95 peratus dari 84 cawangan dalam mesyuarat cawangan masing-masing," kata bendahari bahagian Shah Alam, Datuk Abdul Manan Said.

Akhbar tersebut juga melaporkan Ketua Pemuda Umno Petaling Jaya Utara, Mohd Ali Mohd Saad telah berkata, mesyuarat bahagian berkenaan telah memutuskan supaya perkara itu diserahkan kepada perwakilan.

Bagaimanapun, katanya, daripada percakapan ramai, bahagian ini akan mencalonkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk jawatan presiden Umno, manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden Umno.

Tetapi, katanya ada juga yang mahu mencalonkan Tengku Razaleigh Hamzah untuk jawatan presiden Umno tetapi tidak dapat memastikan pencalonan untuk Abdullah.

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP