Tuesday, March 3, 2009

Kemelut politik negara tamat bila Anwar-Mahathir berdamai

Oleh anak_muar

Kemelut politik negara yang sedang berlaku pada hari adalah bermula dari krisis pemecatan Dato Seri Anwar Ibrahim dari UMNO dan kerajaan BN.Sejak peristiwa krisis pemecatan dan kezaliman Anwar lanskap politik tanah air mula berubah secara mendadak.

Tragedi yang menimpa Anwar adalah bermulanya titik tolak segala perubahan besar terhadap suasana politik negara.Seluruh rakyat Malaysia dari kalangan pelbagai kaum telah dan sedang melalui kematangan terhadap isu politik negara.

Pemecatan dan kezaliman terhadap Anwar juga dijadikan sebagai agen perubahan terhadap rakyat terhadap isu-isu semasa politik.Dr mahathir adalah individu yang bertanggungjawab memecat Anwar sehinggakan keadaan politik negara ketika itu menjadi kucar-kacir sepanjang tahun 98/99.

Alasan Mahathir memecat Anwar ketika itu adalah kerana mendapati bekas timbalannya itu mempunyai masalah moral yang begitu serius.Tuduhan liwat dan rasuah telah menjadi faktor utama membawa kepada pemecatan tersebut.Namun Anwar bangkit menentangnya dengan mendakwa bahawa segala pertuduhan terhadapnya adalah satu fitnah besar yang diaturkan melalui konspirasi politik untuk menjatuhkannya.

Dahulunya gandingan Anwar-Mahathir cukup mantap sekali dimana keakraban mereka seperti anak dan bapa.Zaman gandingan Mahathir-Anwar dalam menerajui negara ketika itu sungguh mengkagumkan memandangkan kedua-dua mereka mempunyai ideologi yang sama hebat dalam usaha mengangkat martabat negata ke mata dunia.Dua tokoh besar yang pernah menerajui negara ini akhirnya menjadi musuh ketat sejak peristiwa pemecatan tersebut.

Telah hampir 11 tahun peristiwa pemecatan tersebut berlaku namun permusuhan antara Anwar-Mahathir masih belum berakhir malah semakin menebal perasaan marah diantara mereka berdua.Mengapakah ia masih berterusan dikala kedua-duanya telah berada diluar parti dan kerajaan.Cuma Anwar kini memegang ketua pembangkang dalam parlimen.Anwar dengan Mahathir tidak sepatutnya dibiarkan terus bermusuhan sebaliknya ia perlu ditamatkan.

Anwar juga telah berkali-kali mengulangi bahawa beliau telah memaafkan Tun Mahahthir atas pa yang telah menimpa beliau selama ini.Cuma Tun Mahathir sahaja masih berkeras mempertahankan tindakan keterlaluannya terhadap Anwar adalah betul.Dalam hal ini kita ketahui siapa yang lebih terbuka membuka jalan perdamaian.Tun Mahathir sepatutnya di penghujung usia ini perlu banyak bermuhasabah diri untuk mengakui segala kesalahannya seterusnya menjernihkan kekerushan yang berlaku selama ini diantara beliau dengan Anwar.

Begitu juga Anwar,apa yang berlaku amat menyakitkan diri beliau seisi keluarga.Fitnah dan kezaliman terhadap Anwar memang sukar untuk dibayangkan bagaimana keperitan yang terpaksa yang ditangungnya. Punca persengketaan diantara Anwar-Mahathir hanya mereka berdua sahaja yang tahu.Oleh itu cara yang terbaik untuk diselesaikan adalah di tangan mereka sendiri.

Dalam keadaan politik dan ekonomi yang begitu tidak stabil sekali sesuatu tindakan ke arah kebaikan semua perlu dilakukan.Kita perlu akui bahawa kedua tokoh besar ini mempunyai kepandaian dan juga kebolehan dalam mengurus dan mentadbir ekonomi negara selain mendapat kepercayaan pelabur dan mereka juga diiktiraf oleh antarabangsa atas kemampuan mereka berdua.

Sebagai umat Islam mereka berdua tidak boleh berterusan untuk bersengketa memandangkan mereka sudahpun berusia lanjut. Adakah permusuhan tersebut akan berakhir apabila salah satu dari mereka kembali kerahmatullah terlebih dahulu?Kita tidak mahu ia berakhir begitu.Perasaan ego diantara mereka berdua perlu dibuang serta melupakan segala tragedi hitam yang berlaku demi kebaikan dan kepentingan bangsa dan agama Islam.Segala kekusutan politik akan dapat dilelesaikan secara baik apabila perdamaian diantara Anwar-Mahathir menjadi realiti.

Ini kerana kemelut yang sedang berlaku pada hari ini adalah bertitik tolak dari krisis politik yang dimulakan oleh mereka berdua.Pokoknya adalakah Tun Mahathir bersedia mengakui segala kesalahannya terhadap Anwar dan adakah Anwar secara terbuka dan berbesar hati menerima maaf dari Mahathir seterusnya menamatkan segala konflik yang sedang berlaku.

Segala persoalan akan terjawab apabila Anwar-Mahahtir berdamai.Tuduhan dan fitnah adalah menjadi penghalang bagi jalan perdamaian satu pihak dengan pihak yang lain oleh itu fitnah itu perlu ditolak sepenuhnya.

Sumber ~ TKO

0 comments:

Blog Archive

widgeo

Solat Time

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP