Thursday, March 12, 2009

Khir Toyo ugut, kasari ADUN Pakatan Rakyat - ref malaysiakini


Khir Toyo hari ini bertindak liar mengugut dan mengasari seorang ADUN yang mendedahkan isteri mantan Menteri Besar Selangor itu menikmati kemudahan sebuah kereta mewah yang dibeli oleh anak syarikat kerajaan negeri.

Shaari Sungib (Hulu Klang) membuat pendedahan itu pada sidang dewan undangan negeri Selangor tetapi tidak mendapat penjelasan daripada Khir Toyo di dalam dewan.

Khir Toyo sebaliknya bersemuka dengan Saari di luar dewan ketika sidang ditangguhkan.

Ketua Pembangkang itu dilihat memegang janggut Saari dan memberi amaran kepada beliau supaya berhenti mengaitkan isteri beliau kepada kontrovesi penggunaan kereta rasmi Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

Khir Toyo mengugut tidak akan memaafkan Shaari jika isterinya mengalami keguguran kononnya akibat tekanan daripada isu berkenaan.

“Pada mulanya saya ingat ia satu teguran biasa, tetapi nadanya semakin serius dan beremosi. Saya tidak takut dan akan meneruskan pendedahan apa juga penyelewengan yang berlaku semasa pentadbiran kerajaan yang lalu,” kata Shaari ketika ditemui.

Shaari membuat pendedahan itu ketika membahaskan titah ucapan Sultan Selangor dengan merujuk kepada pelbagai penyelewengan dan salah guna kuasa oleh Khir Toyo ketika menjadi Menteri Besar.

Umpamanya langkah KDEB membeli kereta Mercedes berharga RM1.5 juta untuk Khir Toyo dan RM900 ribu untuk Presiden syarikat beberapa bulan sebelum pilihan raya umum Mac tahun lalu.

KDEB seterusnya menjelaskan RM1 juta untuk kedua-dua kereta berkenaan kepada agen Cycle & Carriage, tetapi anak syarikat kerajaan negeri itu tidak menerima kereta berkenaan sehingga sekarang.

Shaari seterusnya mendedahkan KDEB merestui pembelian sebuah kereta Range Rover berharga RM500 ribu menerusi syarikat Cekal Tulin. KDEB memiliki 51 peratus ekuiti Cekal Tulin.

Saari berkata kereta mewah itu dibeli untuk kegunaan syarikat, tetapi kenderaan itu diserahkan kepada isteri Khir Toyo Datin Seri Zaharah Kechik untuk digunakan. - TVANTARA

0 comments:

Blog Archive

widgeo

Solat Time

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP