Ludah Saya Jika Gagal Bawa Perubahan - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sanggup diludah sekiranya Pakatan Rakyat tidak mampu membuat perubahan seandainya diberi mandat memerintah negara.
“Saya tidak berani bersumpah atau berjanji tapi saya berikrar akan membela nasib rakyat. Sekiranya saya tidak berbuat demikian, tuan-tuan boleh jumpa saya dan ludah pada saya,” katanya satu dalam ceramah di sini malam tadi.
Dalam ceramahnya di Kuala Terengganu, Anwar membangkitkan antara lain isu pengambilan tanah oleh Umno selain isu rasuah.
Ini macam punya pemimpinlah yang Malaysia perlukan. Berilmu, berani, bersemangat, ikhlas, berprinsip. Kalau pengundi di Kuala Terengganu masih tidak faham, entahlah apa saya nak cakapkan lagi pun sudah tidak reti dah.
0 comments:
Post a Comment