Thursday, January 15, 2009

UNGA kutuk Israel pada Sesi Tergempar Khas

NEW YORK 16 Jan. - Israel dikecam hebat pada Sesi Tergempar Khas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) semalam kerana melanggar undang-undang antarabangsa dengan melancarkan serangan ke atas Genting Gaza, termasuk bedilan ke atas hospital, pejabat media dan bangunan PBB.

Presiden UNGA dari Nicaragua, Miguel d’Escoto Brockmann mendahului wakil negara anggota pada perhimpunan itu dalam membidas keganasan rejim Yahudi.

“Gaza kini terbakar dan telah dijadikan neraka dunia.

“Pencabulan undang-undang antarabangsa dalam serangan di Gaza telah banyak dirakamkan, termasuk hukuman menyeluruh, penggunaan kekuatan ketenteraan melampaui batas, serangan ke atas kedudukan awam termasuk rumah, masjid, universiti dan sekolah,” kata Brockmann.

Sesi Tergempar Khas itu diadakan atas permintaan 118 negara anggota PBB yang membentuk Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) walaupun cuba dihalang oleh Israel atas alasan melanggar prosedur. - AFP

Sumber ~ Utusan

0 comments:

Blog Archive

widgeo

Solat Time

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP