Friday, January 23, 2009

Murugiah akan saman Khalid ~ Ref Utusan

PUTRAJAYA 24 Jan. - Senator T. Murugiah akan menyaman Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar kerana mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan seolah-olah dirinya sebagai `gengster' dalam kejadian menyerbu dan menceroboh mayat di Hospital Serdang pada 21 Januari lalu.

Kata beliau, kenyataan yang disebut oleh Khalid itu telah menjejaskan imejnya sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

``Sepatutnya pihak polis berterima kasih kepada saya kerana berjaya meleraikan keluarga si mati (A. Kugen yang mati kerana didakwa didera oleh polis).

``(Namun) kenyataan Ketua Polis Selangor itu menggambarkan seolah-olah saya ini gengster dan sekali gus menjejaskan imej saya. Saya bekerja untuk rakyat dan hanya menjalankan tugas,'' katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ponggal anjuran Persatuan Malindian Putrajaya/Cyberjaya di Dewan Serbaguna Presint 8 di sini hari ini.

Selasa lalu, sekumpulan orang awam termasuk Murugiah dan seorang lagi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S.K Devamany menceroboh Hospital Serdang untuk memeriksa mayat A.Kugen, 22, yang didakwa didera polis.



0 comments:

Blog Archive

widgeo

Solat Time

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP