Thursday, January 15, 2009

Pemimpin Arab bertelagah dikecam ~ Ref kosmo


RABAT - Pemerintah Maghribi, Raja Mohammed VI enggan menghadiri sidang kemuncak Arab di Doha dan Kuwait pada minggu ini mengenai serangan ganas Israel di Gaza.

Beliau juga mengecam pemimpin-pemimpin Arab kerana bertelagah mengenai perkara remeh sehingga menenggelamkan persoalan yang lebih besar mengenai isu Palestin.

Dalam satu kenyataannya, beliau kesal kerana cadangan sidang kemuncak itu boleh mencetuskan pertikaian sesama negara Arab sedangkan perjuangan mengenai umat Islam terutamanya isu Palestin adalah lebih penting.

Qatar sebelum ini menggesa diadakan sidang kemuncak tergempar bagi mengkaji keadaan di Gaza tetapi Mesir dan Arab Saudi enggan menghadiri sidang tersebut.

Kedua-dua negara menyatakan mereka boleh mengkaji keadaan itu di luar sidang kemuncak ekonomi Arab di Kuwait.

Raja Mohammed mengutuk apa yang disifatkan oleh beliau percubaan untuk mengambil kepimpinan eksklusif atau mewujudkan zon pengaruh di dalam dunia Arab.

Menurutnya, penyelesaian konflik Arab-Israel memerlukan strategi khas, berkesan dan tindakan rasional selain memperkukuhkan perpaduan dan pendirian bersatu serta menolak perpecahan dan kepentingan sempit.

Sumber ~ Kosmo

0 comments:

Blog Archive

widgeo

Solat Time

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP